Sapesial chapter

10.8K 627 105
                                    

Setahun kemudian...

Setelah setahun berlalu tanpa sebarang masalah, kelima-lima mangkuk tandas yang telah berjanji ingin SINGLE selama-lamanya, sudah memasang tekad untuk menamatkan zaman bujang mereka.

Pada hari ini, majlis akad nikah sedang berlangsung di sebuah dewan besar. Majlis secara besar-besaran itu hanya dihadiri oleh anggota-anggota yang bergelar mafia sahaja.

Tiada wartawan mahupun orang luar yang tak dikenali. Di hadapan tok kadi sekarang, duduk seorang lelaki sambil berjabat tangan.

"Muhammad Zack Affendy bin Muhammad Amar," kata tok kadi tersebut.

"Ya, aku," jawap Zack gementar.

"Kepala hotak kau 'aku'! Jawap tu biar guna 'saya'," sampuk Tengku Haikal sehingga membuatkan Zack tersipu malu.

"Erhhh sorry tok kadi."

"Takpe, kita buat lagi sekali," ujar tok kadi tersebut.

Seketika, Zack berdehem tanda bersedia.

"Muhammad Zack Affendy bin Muhammad Amar."

"Ya, saya."

"Aku nikah akan dikau dengan Nur Eryn binti Alwalid dengan mas kahwinnya Rm80 tunai."

"Sah!" jawap Zack, pantas. Serentak dengan itu, para hadirin mentertawakan jawapan Zack yang terlalu gopoh-gapah. Ada ke patut dia jawap sah? Lafaz pun tak lagi. Aduh, Zack. Tak menyempat betul!

Naik malu Zack apa sedar mulutnya salah memberikan jawapan. Dari jauh pula, Black Eryn sudah tertunduk-tunduk malu dengan sikap bakal suaminya.

"Takpe, tok faham. Gementar en? Biasalah tu," senyum tok kadi lalu memulakan lagi bicaranya.

"Aku nikah akan dikau dengan Nur Eryn binti Alwalid dengan mas kahwinnya Rm80 tunai."

Ok, ready guys. Kita dengar jawapan mangkuk baldi ni.

Sejenak, Zack menarik nafasnya lalu bersuara semula.

"Aku terima nikahnya Nur Eryn binti Alwalid dengan mas kahwinnya Rm80 tunai," lafaz Zack lalu menelan air liurnya.

Sesaat kemudian, tok kadi menoleh ke arah kiri lalu ke kanan.

"Sah?"
"Sah! Sah!"

"Alhamdulillah!" Zack tersenyum malu sambil menutup wajahnya. Yeah, kita dah kahwin la wak! Tak bujang lagi. Ngiau!

"Takyeh nak tutup muka sangat. Hilang macho tu!" tegur Tengku Haikal tegas sehingga membuatkan Zack membuka tangannya lalu mendabik dada.

Selepas sahaja hal Zack selesai, giliran Akim pula tiba bersama peluh di wajah.

"Aik, mandi ke apa ni?" soal tok kadi seraya tersengih menahan lucu .

"Dia gementar tok," jawap Tengku Fazril sambil menepuk bahu orang kanannya.

"Jawab betul-betul. Kang aku sumbat mulut kau dengan stokin aku pulak," ugut Tengku Fazril dalam nada mengusik.

"Ehem, dah bersedia?"

"Dah, tok."

"Baiklah," bersama ayat tersebut, tok kadi berjabat tangan bersama Akim. Belum sempat tok kadi berbicara, tiba-tiba dia berasa tangannya basah serta menggigil.

Takkan aku pulak yang mengigil?

"Teruk bebenor gementar kamu ni. Sampai mengigil kat tangan tok," usik tok kadi disambut dengan gelak ketawa mereka yang lain.

Akim hanya tersengih sambil menundukkan wajahnya.

"Kim, jangan malukan aku, siot. Aku dah ajar kau semalam camne nak lafaz betul-betul," tegur Tengku Fazril serius.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now