Bab 85

8K 481 44
                                    

Maisara mundar-mandir di dalam bilik sambil matanya melihat ke arah Angel yang hanya berdiam diri di atas katil hospital.

Riak wajah sahabat karibnya itu kelihatan kosong walaupun telah menerima berita yang benar-benar mengejutkan mereka.

"Bagitau aku,Angel. Bagitau aku! Bila kau buat benda tu dengan Xender sampai kau mengandung macam ni?! Kau sedar tak sape lelaki tu pada kau?! " herdik Maisara kurang percaya.

Wajah Angel masih beriak kosong. Ada sesuatu yang menggangu fikirannya. Terlalu sangat persoalan yang datang secara bertubi-tubi tanpa sempat ditepis.

"Angel, kau dengar tak?! Aku.."

"Mai.." panggil Angel sekaligus memotong percakapan gadis itu.

"Ada sesuatu yang tak kena pada aku. Tapi apa dia, Mai? Kenapa kepala aku rasa sakit?" Dengan wajah sayu, Angel menoleh ke arah Maisara.

Gadis itu pula sudah diam tidak berkutik. Dia sengaja memandang ke arah lantai agar matanya tak bertembung dengan Angel.

"Ak..aku rasa...eisk eisk..aku dah gila," rintih Angel perlahan. Dia teringat semula kelibat yang sentiasa menganggu dirinya sejak dia tinggal bersama Tengku Fazril.

"Aku tak faham apa yang kau cakapkan," dalih Maisara serius.

"Jangan tipu aku! Eisk..eisk..Bagitau aku. Sape diri aku yang sebenarnya?! Apa yang korang berdua cuba sembunyikan daripada aku?!" tengking Angel bersama tangisannya.

Tiada siapa pun yang tahu, apa yang dirasainya selama ini. Terlalu sakit dan sangat misteri.

"Aku tak tahu!"
"Tell me the truth!" balas Angel kasar. Wajah sahabatnya itu ditenung penuh berharap.

"Kau nak sangat tahu sape diri kau yang sebenarnya? Ok, aku akan bagitau," setuju Maisara selepas menarik nafas panjang. Mungkin ini la masanya untuk membongkar semua kebenaran tersebut.

"Cakap kat aku.. apa kebenarannya?"

"Kau sebenarnya..." Belum sempat Maisara meneruskan kata-kata dia, secara mengejut pintu hospital dikuak kasar oleh seseorang.

Bam!

Melihat kedatangan keluarga Tengku Fazril  secara beramai-ramai membuatkan niat untuk memberitahu rahsia tadi terbantut begitu sahaja.

"Mummy?! Are you okay? Ada apa-apa yang cedera tak?" soal Tengku Fazril risau. Tubuh Angel dibelek-belek untuk memastikan bahawa 'isterinya' itu benar-benar dalam keadaan yang baik.

Angel pula hanya sekadar berdiam diri. Matanya masih tertumpu pada figura Maisara yang sedang berdiri dekat pada dinding.

"Maafkan aku.." tutur Maisara tanpa mengeluarkan suara. Melihat sahaja Maisara ingin beredar pergi, Angel terus berteriak memanggil nama gadis itu.

"Maisara, kau nak pegi mana?! Bagitau aku dulu tentang kebenarannya! Bagitau aku!" jerit Angel bersama tangisan yang pecah.

Serentak dengan itu, mereka semua memandang ke arah Maisara. Gadis itu hanya terpacak di situ bersama mata yang berkaca-kaca.

"Aku tak tahu," tipu Maisara lalu mengorak langkah ke hadapan.
"Maisara,tunggu! Jangan pegi! Jangan!!" pekik Angel kuat. Tengku Fazril yang tidak mengetahui apa-apa hanya mampu menjadi sekadar pendengar.

Baru sahaja Maisara ingin hilang di sebalik pintu, tiba-tiba namanya dipanggil lantang oleh perempuan tersebut.

"Alia Maisara!" Langkah Maisara terhenti. Dia tergamam apabila nama panjangnya disebut oleh Angel.

Nama tu..ya nama tu. Sudah sekian lama nama Alia tidak disebut pada bibir sesiapa. Namun, pada hari ini, nama Alia disebut sekali lagi.

Ya, Alia. (Muncul dalam book 2/ hint.)

Maisara memejam matanya sesaat lalu meneruskan langkahnya dalam perasaan bercampur-baur.

"Alia!!" panggil Angel lagi. Ketika itu, datang beberapa doktor lalu cuba menenangkan Angel yang sedang menjerit-jerit seperti orang histeria.

"Mummy! Tenang! Jangan seksa diri mummy macam ni!" tegur Tengku Fazril tegas seraya memeluk tubuh Angel yang meronta-ronta minta dilepaskan.

"No, Xender! I...I...erghhh.." Kepala Angel terasa semakin memberat sebaik sahaja disuntik oleh Qistina.

"Alia Mai...sara..." ujar dia perlahan sebelum semuanya kelihatan gelap.

Melihat keadaan Angel membuatkan Tengku Fazril meraup kasar wajah kacaknya.

"Fazril, Risha perlu berehat dulu. Dia perlu ruang supaya dapat tenangkan diri dia. Kalau dia terus macam ni, ia akan memudaratkan kesihatannya ditambah lagi dalam keadaan dia  yang tengah mengandung," pesan Qistina lembut.

Sesaat dua saat kemudian, Tengku Fazril mengerutkan dahinya. Mengandung? Bila masa pulak dia mengandung?

"Apa you cakap tadi?" ulang Tengku Fazril ingin tahu.

"Dia perlukan rehat se.."

"No! Bukan tu. You kata tadi yang dia mengandung? Betul ke?" Sekali lagi, Tengku Fazril ingin meminta kepastian.

Qistina tersenyum lebar sambil mengangguk kemas. Sejurus itu, senyuman gembira jelas terukir pada bibir Tengku Fazril.

"Tahniah!" ucap Qistina tumpang gembira. Tengku Fazril tergelak kecil. Tanpa membuang masa lagi, dahi Angel dikucup lembut dengan penuh kasih sayang.

Seketika, dia mendekatkan bibirnya ke arah telinga Angel lantas membisikkan sesuatu.

"Thank you, mummy..."

Di tempat lain pula, Maisara berusaha menahan sebak di hati.  Entah kenapa dia berasa simpati melihat keadaan Angel semasa dalam bilik hospital tadi.

"Maafkan aku. Aku tak mampu nak jadi kawan yang terbaik untuk kau," monolog dia sendiri. Ketika kakinya ligat berjalan, tiba-tiba diri dia ditegur oleh seseorang.

"Cik Maisara?" panggil dia. Maisara segera menoleh ke arah suara tersebut bersama wajah yang kelat. Sebaik sahaja kepala ditoleh, dia tergamam.

Kini, dia berhadapan dengan Tengku Nurfaiza yang datang entah dari mana. Dia berdehem seketika untumk menghilangkan rasa janggal.

Dalam masa itu, keadaan di antara mereka berdua menjadi hening sebentar. Tengku Nurfaiza pula mengambil kesempatan ini dengan merenung lama wajah Maisara.

"Kita...pernah berjumpa ke?" Akhirnya, Tengku Nurfaiza bersuara jua sekaligus memecahkan keheningan.

Mendengar soalan tersebut membuatkan Maisara terdiam lama. Dia turut melawan pandangan Tengku Nurfaiza ke atas dirinya.

Tak lama selepas itu, Maisara menarik nafasnya lalu menjawap persoalan Tengku Nurfaiza.

"Tak, kita langsung tak pernah berjumpa," jawap Maisara lalu beredar meninggalkan Tengku Nurfaiza bersendirian.

Kelihatan polis itu masih terpacak di koridor hospital kerana memikirkan sesuatu.

Daya ingatannya cuba memperingati di mana pertemuan singkat ia bersama gadis sebentar tadi.

Jawapan Maisara sememangnya membuatkan Tengku Nurfaiza berasa ragu-ragu. Sedetik kemudian, Tengku Nurfaiza menarik nafasnya lalu mengatur langkah menuju ke arah ahli keluarganya.

'Aku pasti yang kita pernah berjumpa...'

Vote and Comment.

Semua persoalan korang akan dijawap pada bab-bab yang seterusnya.

Kalau tak ingat sape diri Alia, korang boleh rujuk kat book 2. Ingat apa yang dia dah buat sepanjang bersama Black Cindy. Alia merupakan hint yang terbesar dalam cite ni.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now