Bab 58

5.7K 416 12
                                    

Sejak peristiwa 'cinta' Angel ditolak untuk kali pertamanya, gadis itu mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada semua ahli anggota mafia tersebut.

Dia tak nak wujudkan perasaan sayang mahupun kasih. Dia inginkan kebencian serta kekejaman.

Sedaya upaya Angel menolak ajakan mereka untuk meluangkan masa bersama-sama. Pelbagai alasan dan cara untuk dia menjauhkan diri.

Apakan daya. Itu kehendaknya sendiri. Keluarga mafia terkuat itu harus dibunuh!

"Mummy? Jauh sangat termenung.." Tengku Fazril memeluk tubuh Angel daripada belakang. 'Isterinya' itu seperti sedang berada di dalam dunianya sendiri.

"Nothing."

Angel segera meleraikan pelukan suami arwah Putri Risha namun lelaki itu bagaikan tidak ingin melepaskannya.

"Please don't move.." bisik Tengku Fazril separuh merayu. Kepalanya didaratkan pada bahu Angel.

Ada sesuatu yang dia sembunyikan selama ini. Dan dia hanya berdiam diri. Entah mengapa. Mungkin belum tiba masanya untuk dia menanyakan hal itu.

"Mummy pening. Rasa nak rehat dulu," tolak Angel mendatar. Dia melepaskan dirinya dari dalam pelukan Tengku Fazril lalu meninggalkan lelaki itu bersendirian.

Tengku Fazril hanya menghantar figura Angel bersama perasaan yang agak sukar ditafsir. Matanya kelihatan begitu sayu seolah-olah menyimpan seribu perasaan.

Namun, tiada siapa yang tahu.

________________________________

"Ha dah lama you tak jenguk kitorang," tegur Ciko terhadap Tengku Nurfaiza. Gadis itu hanya tersengih lalu menghirup jus orennya.

"Banyak keje kat office. You tahu kan I ada benda yang nak diselesaikan," beritahu dia.

"Pasal gadis bertopeng tu lagi? Licik jugak ye pompuan tu," sampuk Zack selamba.

Tengku Nurfaiza hanya berdiam diri. Seluruh keluarga mafia itu nampaknya sedang bercuti pada setiap hujung minggu.

"Kak Tasya bila nak bersalin?" soal Tengku Nurfaiza sekadar berbasa-basi.

"Dalam bulan ni kut.." balas Tasya mendatar.

Beberapa minit kemudian, suasana di antara mereka menjadi hening sebentar. Hanya bunyi televisyen sahaja yang menguasai ruangan tersebut.

"Hello everybody!" jerit seseorang dengan ceria sambil menuju ke arah mereka.

Serentak dengan itu, mereka semua memandang ke arah empunya suara.

"What the.."

"Xender kat mana?" soal Christine tanpa sedikit pun berasa malu.

"Kat lubang pantai aku. Asal? " balas Tengku Haikal sedikit geram. Cherina menyiku tangan suaminya agar lelaki itu menjaga pertuturan.

Asal semua orang dalam keluarga ni kurang ajar erk? Memang keturunan diorang ni semuanya mulut berpuaka ke? Desis hati dia.

"Eh, you jaga sikit mulut you erk. I nak cari buah hati I bukan ye nak cari pasal dengan kepala hotak you!" balas Christine tajam.

"At least dia ada otak. Kau tu ada apa? Baju pun tak cukup kain. Nak cakap miskin pun, tak. Nak cakap kurang pendidikan pun tak. Aku rasa kau ni sebenarnya langsung TAKDE pendidikan. Kesian. Malang betul mangkuk jamban yang dapat kau," sampuk Alex lalu menonton semula siaran kartun kegemarannya.

"Hei, you ni asal? Dari hari tu, you memang tak puas hati kat I! Ele, ingat handsome la tu. Setakat muka jambatan tak siap, boleh bla la!" ejek Christine. Dia menyelak rambutnya dengan gaya yang cukup angkuh.

"Apa?! Kau kata muka husband aku muka jambatan tak siap?!" Giliran Tasya pula yang tak puas hati.

"So, what?"

" Kau ingat kau tu cantik sangat? Setakat taik anjing kat tepi jalan,ceh! Berlalat!" balas Tasya pedas.

"Pfftttt!!! Hahahahah!!" Terhambur gelak mereka mendengar sindiran Tasya ke atas Christine. Riak wajah gadis itu kelihatan berbahang merah menahan bengang.

" Siap kau aku kejekan!" ugut Christine namun Tasya menjelirkan lidahnya tanpa berasa sedikit pun takut.

"Eeeeee!! Kuang aja!!"

"Christine? You buat apa kat sini?" suara Tengku Fazril jelas menyapa di pendengaran Christine.

Gadis seksi a.k.a seksa itu segera menoleh ke belakang dan melihat Angel sedang menjelingnya tepat di belakang Tengku Fazril.

"Sayang!" teruja dia lalu cuba memeluk tubuh lelaki tampan itu. Namun, Tengku Fazril segera menjauhkan jarak mereka dengan selamba.

"Sayang! I rindu you tau!" rengek dia.

"Sayang sayang..aku sepak kang," omel Angel lalu mendekati mereka di bahagian ruang tamu.

Dia tak sedar dirinya menjadi bahan tatapan Tengku Nurfaiza. Sesaat kemudian, balang kerepek dicapai lalu dibuka kuat.

"Tak reti mampus ke betina ni?" omel dia lagi. Kali ini, dia makan sambil menonton televisyen.

"Christine, you buat apa kat sini? You buat semak tau tak!" bebel Tengku Fazril kurang berpuas hati. 

Dia mengorak langkah ke arah mereka lalu turut melabuhkan punggung di atas sofa.

"Eish takkan I kat sini sebab nak jumpa dengan adik you yang beruk ni. Mestilah jumpa dengan you," balas dia tenang.

"Sial punya mulut! Kau kata aku beruk?!" marah Alex bengang.

"Dahlah tu." tegur Tengku Fazril.

"Papa..halaulah pompuan ni!! Eeeee!!" rengek Riley penuh berharap.

"Ha'ah. Sakit mata kitorang nak tengok muka dia. Nak-nak lagi dress dia yang seksi nak mampus ni..Geli-geleman along dibuatnya," tambah Roland.

"Hei, apa yang korang tak puas hati kat I hah?! Suka hati I la kalau nak datang sekalipun. I nak jumpa dengan baby I!"

"Hei..." Suara Angel menyampuk membuatkan semua orang terdiam dan memandang ke arahnya.

"Betina. Boleh tak diam? Kau nak remote control ni tersumbat kat dalam mulut kau?" Wajah Angel tampak begitu kosong sekali.

Namun pandangan matanya begitu nampak menakutkan sehingga membuatkan Christine terdiam buat kali pertamanya lalu menonton ke arah televisyen.

"Ceh, reti pun.."

Suasana di antara mereka sekarang sunyi tanpa sebarang suara. Hanya bunyi televisyen sahaja menguasai ruangan tersebut.

Dalam diam-diam, Tengku Nurfaiza merenung wajah Angel dengan pandangan yang tajam.

Dia melihat wajah Angel begitu kosong sekali seolah-olah tiada perasaan. Matanya tepat ke arah televisyen namun fikiran suspek utamanya itu melayang entah ke mana.

Tanpa pengetahuan mereka semua, sejak Angel kembali semula ke penthouse ini, akal fikirannya sarat diganggu dengan pelbagai benda mistik.

Ada seorang perempuan yang sentiasa menganggu lenanya tak kira bila dia akan tertidur. Berulang kali dia melihat figura Tengku Fazril bersama seorang gadis di dalam mimpinya sehingga dia berasa stress dan sugul.

Setiap masa, dia berasa ingin marah namun dipendamnya berseorangan.

Entah mengapa benda tersebut terjadi pada dirinya. Adakah 'benda' itu pernah dia bunuh? Tapi kenapa tiada dalam memorinya?

"Kak Risha..dengar tak ni?" tegur Tengku Nurfaiza. Angel tersentak lalu memandang ke arah polis itu.

"Errrhh ye?" janggal dia menyahut.

Tiada segaris senyuman pada wajah Tengku Nurfaiza. Dia merenung tajam ke arah Angel sehingga gadis itu mengerutkan dahinya.

"Sape akak yang sebenarnya?"

Dap!

Jantungnya berdegup kencang.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now