Bab 93

8.2K 550 61
                                    

Dengar lagu kat atas tu.

Selepas peristiwa di dalam bilik, mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu untuk membincangkan identiti sebenar Angel.

Kelihatan perempuan itu tunduk menikus seraya tubuhnya dipeluk kemas oleh si comel Riley.

"No,papa! Mama tak jahat! Mama bukan pembunuh! Mama baik!" Riley menangis bersungguh-sungguh membela Angel.

Tengku Fazril hanya sekadar berdiam diri. Dia merenung wajah isterinya dengan pandangan sayu.

Angel masih dia membatu. Tak sangka identiti dirinya telah lama diketahui oleh mereka sekeluarga. Terasa dirinya bodoh kerana berlakon menjadi Putri Risha walhal mereka semua telahpun tahu kebenarannya.

"Tunggu apa lagi. Bunuh jelah aku," kata Angel menahan sebak. Dia memberanikan dirinya menatap lama wajah Tengku Fazril.

Kelihatan lelaki itu masih diam membisu. Dah macam patung. Tak bergerak mahupun berbunyi.

Seketika, Angel tergelak kecil. Matanya berusaha daripada mengalirkan manik-manik halus.

"Haha!! Seronok mainkan aku selama ni? Ya, aku jujur. Aku bukannya Putri Risha yang korang sanjung-sanjungkan ataupun sayang! Aku pembunuh kejam yang...yang..." Angel mengigit bibirnya menahan esakan.

Hatinya benar-benar berasa sakit. Niatnya ingin memerangkap mereka tetapi berlaku pula di sebaliknya.

"Yang..eisk..yang cuba bunuh korang," suara Angel semakin lama semakin mengendur.

"No! Mama tipu! Mama tak jahat! Mama selalu buat Riley tersenyum. Pembunuh semuanya jahat tapi mama tak! Mama baik! Maknanya mama bukan pembunuh," bidas Riley bersama tangisannya yang semakin pecah.

Angel hanya mampu melontarkan pandangannya ke arah lain. Si comel di sisinya tidak diendahkan walaupun sebentar. Dia risau jika hatinya tersentuh dan mulai lembut semula meskipun ia sudahpun berlaku.

'Maafkan aku, Riley. Aku bukannya mak kau.'

"Ke..kenapa kau buat semua ni? Kau tak rasa sayang ke pada kitorang semua?" soal Tasya hiba.

Angel tergelak sinis.

"Buat apa aku nak sayangkan musuh-musuh aku sendiri? " Balas Angel berani mati. Sedikit pun dia tidak berasa takut berhadapan dengan mereka.

"Korang dah lama tahu sape aku sebenarnya. Kenapa korang tak bunuh aku je? Or korang saje nak tengok sampai bila aku boleh dibodohkan? Haha! Well done! Korang dah berjaya. Aku memang...bodoh," tambah Angel lagi.

Tak lama kemudian, Tengku Fazril mendongakkan wajahnya bersama riak sukar ditafsir.

" Ya, memang kitorang dah lama tahu sape you yang sebenarnya. Tapi I ada sebab yang kuat untuk percayakan you," ujar Tengku Fazril yakin.

"Percaya? Huh, apa yang kau nak percayakan daripada aku, Xender? Kau sendiri nampak yang aku cuba nak bunuh kau."

"Tapi kau tak bunuh. Dan aku tertanya. Kenapa kau batalkan niat tu?" duga Tengku Fazril. Kini, mereka bertatapan antara satu sama lain. Buat kali pertamanya, Angel mengalah dengan pandangan lelaki itu.

"Sebab apa? Sebab kesian? Sayang? Cinta? Suka? Atau.."

"Diam! Aku memang nak bunuh kau! Aku cuma...cuma.." Angel mati kata. Dia sendiri tak tahu mengapa dia membatalkan niat sebenarnya.

"Cuma tak sanggup?" potong Tengku Fazril lagi. Angel terdiam. Mungkin itu ke sebab utamanya?

"Atau you rasa ada hubungan dengan I?"tambah lelaki itu.

Miss Destroyer (In Editing)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora