Bab 11

8.1K 493 11
                                    

Maisara ingin mengetuk kepalanya di atas meja sekarang.Apa kan tidak,cucu kepada ketuanya sedang mengigil di dalam genggaman tangan dia.

"Lek jelah.."
"Aku rasa macam nak jumpa mak mentua pulak!" bisik Angel perlahan.

Kini semua sekarang berada di dalam penthouse selepas berjumpa dengan keluarga Dato Fikri dan Tengku Zamil.Betapa gembiranya mereka Apabila melihat figura Putri Risha yang masih hidup.

Dan saat ini,satu-persatu memandang ke arah Angel dengan pandangan yang masih kurang percaya.

"Ehem!" dehem Alex sebentar.
"I bekas orang Black Cindy.Dulu dia pernah tugaskan I untuk tukar Putri Risha dengan yang lain.Walhal mayat yang korang tengok tu sebenarnya telah dipakaikan dengan kulit topeng serupa dengan Putri Risha.

Kalau korang masih ingat,Black Cindy ada cipta permainan.Dia berikan korang 30 minit sebelum kereta tu dibakar.

Sebenarnya,Black Cindy dah kencing korang.Sebelum korang sampai,Putri Risha dah ditukar dengan orang lain," tipu Maisara membuat cerita.

Hakikatnya,Putri Risha memang telah maut dalam kejadian tersebut.Angel tersenyum lembut ke arah mereka.

"Sorry sebab tak munculkan diri.I takde keberanian nak buat semua tu.I takut Black Cindy nak bunuh I," sayu Angel berkata.

Nampaknya,lakonan dia semakin berjaya apabila riak wajah mereka semua tumpang simpati.

"Mummy.." panggil Tengku Fazril.Segera dia menghampiri Angel lantas melabuhkan punggung di sebelah gadis itu.

"I...I miss you so much.." bisik Tengku Fazril lalu memeluk tubuh isteri 'palsunya'.

Sedetik,Angel tergamam dengan apa yang sedang berlaku.Ya,memang benar dia suka menggoda tapi dia tak suka digoda.

Tiada sesiapa yang pernah menyentuh tubuhnya melainkan diri dia sendiri.

"I miss you too erhhh Fazril.." bohong Angel janggal.

Ni padahnya nak menyamar jadi bini orang.

"Fazril?" Tengku Fazril merenggangkan pelukan.

"Sejak bila mummy panggil nama daddy yang sebenar?" pelik Tengku Fazril.

"Sape mummy?" soal dia balik,hairan.

"Hah?" Keadaan mulai menjadi pelik seketika.

"Engkau setann...tu nama panggilan manja korang..." bisik Maisara geram.

'Arghhhh!! Rasa nak jerit je!!! Apesal bengong sangat ketua aku ni?!'

Angel tertawa besar tiba-tiba.
"Hahahaha!!! Ye..mummy!! Yes,,I'm a mummy!! Hahahah!! "

'Adoii! Malunya!!'

"Tak,camni.Mummy panggil daddy 'Fazril' sebab mummy rindu sangat dengan nama tu.Nama yang dah curi hati mummy beberapa tahun yang lalu," tutur Angel manis sambil mengusap pipi Tengku Fazril.

'Pergh! Patutlah banyak jantan yang dah tergoda dengan makhluk ni!' desis hati Maisara.

Tengku Fazril tersenyum halus.Bini kesayangan dia kini kembali dalam dunia realiti.Ini bukan mimpi!

"I love you,mummy.I love you so much!" Tengku Fazrip mengucup dahi isterinya dengan penuh syahdu.

"Eisk..eisk.." tangis seseorang.
"Kau dah nape?" soal Zack pelik apabila melihat Ciko menangis.

"Ak..aku terharu weh..Huhuhu," luah Ciko lalu melentokkan kepalanya pada bahu Miko.

"Haihhh asal lah aku ada adik yang hati tisu macam kau?" rungut Miko perlahan.Belakang Ciko ditepuk berkali-kali dengan perlahan.

Miss Destroyer (In Editing)Onde histórias criam vida. Descubra agora