Bab 87

7.9K 493 42
                                    

Hari itu, Maisara dan Black Eryn datang menghadap The King Of Evil atas arahan lelaki itu. Mereka membongkokkan badan sebagai tanda hormat pada The King.

"Ada apa tuan panggil kami ke sini?" soal Black Eryn ingin tahu. Ketika itu, matanya sempat melihat Shilda sedang tersenyum sinis di sisi The King.

Mereka berdua saling berpandangan dan berasa ada sesuatu yang tidak kena.

"Aku nak tahu macam mana dengan perkembangan dia?" soal The King serius merujuk pada Angel.

"Jangan risau, tuan. Angel tengah jalankan misi dia dengan sempurna," tempelak Maisara.

"Sempurna? Kau yakin apa yang sedang berlaku?" Soalan The King benar-benar membuatkan Maisara dan Black Eryn terkedu.

"Kau ingat aku tak tahu apa yang sedang berlaku?!" herdik The King secara mengejut. Kedua-dua bahu gadis itu terangkat sedikit apabila mendengar suara The King.

"Aku dah bagi amaran dekat korang ! Kalau Angel gagal jalankan misi tu, korang yang kena nahasnya!" Tajam mata The King merenung Black Eryn dan Maisara yang sedang tertunduk kesal.

"Dan korang gagal bimbing dia dan cuba tipu aku!" marah The King lalu menumbuk sebuah meja sehingga terbelah dua.

Shilda sudah tersenyum senang. Ideanya untuk menghasut The King nampaknya semakin menjadi apabila melihat lelaki itu mengeluarkan amarah.

"Ma...maafkan kami, tuan! Kami janji.."

"Janji?!" kata-kata Maisara terhenti begitu sahaja apabila The King terus memintas.

"Korang tak boleh diharap! Aku benci orang yang ingkar dengan arahan aku!" tengking The King bengis. Black Eryn dan Maisara cuba menahan getar di hati.

Sememangnya lelaki seperti The King amat digeruni ditambah-tambahkan pula lelaki itu mempunyai pengaruh yang kuat.

"Takde gunanya bercakap dengan orang yang tak faham bahasa. Mungkin diorang bertiga dah bersengkongkol untuk khianati you," sampuk Shilda sekaligus menghasut The King.

Black Eryn dan Maisara terus sahaja menoleh ke arah gerangan binatang yang mampu bersuara. Sial punya anjing! Sengaja nak tambah minyak kat api yang dah marak!

"Aku yakin..Angel dah mula lupakan asal usul dia yang sebenar," tambah Shilda lagi.

Serentak dengan itu,Maisara mengetap giginya sambil mengepalkan penumbuk.

Asal usul? Kau tak layak cakap tentang asal usul dia! Getus hatinya.

"Aku akan tunjukkan akibat mengingkari arahan aku!" Bersama ayat tersebut, muncul sekumpulan lelaki bersama batang besi di tangan masing-masing. Mereka mengerumuni Maisara dan Black Eryn agar kedua-dia gadis itu tidak mempunyai ruang untuk melarikan diri.

"Tuan...apa semua ni?" soal Black Eryn kurang percaya.

The King hanya diam di dalam ruang kegelapan . Kata-kata serta rayuan mereka berdua tidak diendahkan.

Kini, Shilda berjalan sombong lantas berhenti di hadapan mereka.

"Goodbye,Alia. Goodbye, Black Eryn." Setelah itu, Shilda memetik jarinya tanda mengarah kumpulan lelaki itu untuk 'menguruskan' mereka berdua.

"Sial!" tengking Black Eryn bengang lantas sedaya upaya bergabung tenaga bersama Maisara untuk menyelamatkan diri.

Angel,hehehehe...dah tiba masanya untuk kau mampus,bisik hati Shilda jahat.

____________________________

Empat hari kemudian..

"Nganga mulut," ujar Tengku Fazril gembira. Angel tersenyum suka dengan layanan yang diberikan oleh Tengku Fazril terhadap dirinya.

Apakan tidak, lelaki itu sanggup mengambil cuti semata-mata ingin menjaganya di rumah. Kandungan tak masuk lagi sebulan tapi Tengku Fazril beria-ria nak jaga 'isterinya.'

"Sedap tak?" tanya Tengku Fazril setelah Angel menerima suapan daripadanya.

"Sedap,sedap,sedap!" sahut Angel gembira. Kalau aku tahu layanan dia tip top macam ni, baik aku mengandung setiap hari. Hehehe..Amboi,gatalnya Angel! Logik sikit la nak mengandung hari-hari.

Tengku Fazril pula sudah tersenyum lebar. Kepala Angel diusap nakal lalu bibir perempuan itu dikucup sekilas.

Bukan apa, semenjak Angel disahkan mengandung, kini mereka berdua tidak lagi bergaduh seperti dulu.

Tambah menarik lagi, bila Tengku Fazril mulai melihat Angel mulai berubah seperti gaya keanak-anakan. Tiada lagi sikap yang mampu membuatkan kemarahannya naik.

"Daddy..nak lagi," pinta Angel manja. Siap buka mulut lagi. Tengku Fazril tergelak kecil dengan permintaan comel Angel.

Tanpa membuang masa lagi, sesuap nasi dimasukkan ke dalam mulut dia.

"Sedap! Thank you daddy!" ucap Angel ceria. Dia mengunyah makanan itu sambil tersenyum manja ke arah suami tak jadinya.

"Dear, boleh tak kalau daddy nak tanya satu perkara?" pinta Tengku Fazril mendatar.

"Hmm..apa dia?" Bersama wajah yang naif, Angel memandang ke arah lelaki itu.

"Erhh..mummy dah tak jumpa dengan Maisara? Dah lama daddy tak nampak dia datang ke sini." Penuh berhati-hati Tengku Fazril menyusun ayatnya. Risau jika hati gadis itu terguris walaupun sedikit.

Mendengar nama Maisara membuatkan Angel terdiam. Entah mengapa dia diasak perasaan cemburu.

Gila tak cemburu.Bini depan mata, sibuk cari pompuan lain buat apa?

"Asal nak kesah sangat tentang dia? Daddy rindu ke?" tuduh Angel membabi buta plus mengkhinzir buta plus ngok ngok buta.

"Tak, just pelik. Selalunya tiap minggu dia datang ke sini lawat sayang. Tapi..."

"Daddy suka dia? Ha elok! " Serentak dengan itu, Angel cuba melangkah pergi. Kalau boleh dia tak nak dengar nama perempuan lain meniti daripada mulut lelaki itu.

Tengku Fazril pula sudah kalut. Hati pompuan mengandung memang sensitif sikit. Teringat masa Putri Risha mengandungkan Double R dulu.

"Sorry sayang. Daddy tak maksudkan perkara lain. Maisara kan kawan baik mummy. Cuma daddy pelik bila dia tak datang kat sini," luah Tengku Fazril jujur.

Sesaat kemudian, Angel mengeluh berat. Ya, memang benar Maisara sudah lama tidak melawatnya. Sejak peristiwa di hospital itu, Maisara seolah-olah hilang daripada radar.

Bukan dia tak cuba cari orang kanan merangkap rakan baiknya itu. Malah, Black Eryn jugak turut dicari.

Namun, pelik. Kedua-dua mereka tidak berjaya dihubungi. Ini membuatkan Angel tertanya-tanya mengenai keadaan mereka berdua.

Semenjak dia mengandung, dia semakin lupa pada misinya yang sebenar. Dia mulai hidup bahagia bersama lelaki hebat seperti Tengku Fazril.

Hari-harinya akan sentiasa dipenuhi dengan bunga-bunga ceria. Tengku Fazril benar-benar pandai mengambil hati dia sebagai perempuan yang berhati dingin.

Kalau boleh, dia nak hidup selama-lamanya dengan keluarga itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi malangnya dia tak sedar, The King sentiasa memburunya seperti singa yang lapar inginkan makanan.

Vote and Comment.

Author tahu ada yang pening. Bukan pening apa. Pening sebab nak tahu Angel ni kembar Risha ke atau diri Risha sendiri? Tu jangan fikir dulu. Kan author dah kata yang author akan singkapkan satu persatu misteri yang ada.

Jangan risau. Author suka punahkan harapan orang. Muahahaha!!! Ok, part ni gurau.

Goodnight! 🃏

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now