Bab 78

12.7K 426 24
                                    

Angel meraup kasar wajahnya. Detik-detik hitam mulai menjengah semula ke dalam fikiran sekaligus membuatkan dia trauma. Hatinya bagai disiat-siat dan dia berasa amat marah.

Tadi pagi, dia sempat memeriksa teliti telefon Tengku Fazril serta mendapati Christine telah memfitnahnya dengan sengaja.

Lakhanat punya betina! Sebab kau, aku yang kena tanggung semuanya! Dan disebabkan kau jugak harga diri aku dah hilang! Arghh!!

Angel membuang semua barang di dalam bilik itu dengan perasaan geram. Habis semua cermin dihempas bengang lalu dia menangis teresak-esak.

Tak sangka lelaki yang menjadi musuh ketatnya telah meragut kesucian dia selama ini.

Bersama hati yang membara, Angel bangkit sambil mengepalkan penumbuknya. Ya, dia harus memberi pengajaran kepada Christine agar gadis itu berhenti mengganggu hidupnya.

Christine sememangnya dah melampau! Dasar betina tak cukup kain! Aku akan hancurkan hidup kau macam mana kau dah hancurkan hidup aku.

__________________________

"Kau tunggu apa lagi? Jangan buang masa la Xender! " marah Alex serius. Figura abang sulungnya yang jauh termenung bersama senyuman yang meleret membuatkan dia berasa pelik.

Dah kenapa pulak dengan si setan ni? Kena sampuk ke apa?

"Woi! Aku bercakap la weh! Kau ingat aku batu nisan kat sini?!" herdik Alex sekaligus mematikan lamunan abangnya.

"Apa? Sebok aje." Tengku Fazril merungut sebal. Dia berdehem seketika lantas menyelak kertas-kertas kerjanya.

"Apa benda kau menungkan tu sampai aku cakap pun kau tak dengar?"

"Takde."

"Ceh.." Alex berdecit malas. Tentu ada sesuatu yang membuatkan Tengku Fazril berasa gembira.

Ada apa-apa ke yang terjadi pagi tadi?

____________________________

Angel memandu kereta BMW silver nya dengan had yang laju. Wajah Christine yang sedang tersenyum sinis di dalam fikirannya membuatkan amarah ia membuak-buak.

Christine si pembawa sial itu harus dikerjakan! Selepas sahaja mengetahui lokasi markas utama Christine daripada Black Eryn, Angel terus bergerak menuju ke sana.

Kalau bukan disebabkan Christine, sudah tentu dia boleh hidup bahagia tanpa diganggu oleh mana-mana parasit.

Dalam sebal memandu, Angel tak sedar bahawa keretanya telah diekori daripada belakang oleh Alvin iaitu salah seorang anak buah Shilda.

_________________________

"Daddy tahukan yang Chris nak sangat kahwin dengan Xender? Please aturkan perkahwinan kitorang," rengek Christine manja. Dia merangkul erat tangan Dato Mursyid agar daddynya itu bersetuju.

"Christine sayang... daddy usahakan ye. Cuma..."

Bammm!!

Semua penghuni di dalam gudang besar itu tersentak sebaik sahaja melihat sebuah kereta BMW silver datang merempuh tempat mereka.

Masing-masing mengambil posisi lantas mengacukan pistol mereka ke arah kereta itu.

Dalam beberapa saat kemudian, muncul seorang perempuan bertopeng bersama heels yang agak menarik.

Angel mencerlung tajam ke arah Chistine lalu menghempas pintu kereta dengan ganas.

"Gadis bertopeng?" gumam Dato Mursyid. Dia tak tahu bahwa Angel bukan lagi seorang gadis disebabkan perbuatan anaknya sendiri.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now