Bab 99

9.4K 544 24
                                    

Hujung minggu terasa indah apabila diluangkan masa bersama ahli keluarga. Petang itu, mereka sekeluarga minum petang di belakang halaman rumah.

Semasa Putri Risha tekun melayan karenah anak gadisnya, tiba-tiba Black Eryn memanggil ia.

"Sha, jom arh berlatih dengan kitorang," ajak Black Eryn mendatar. Putri Risha segera menoleh lantas menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tak nak. Tak elok pompuan terkangkang-kangkang macam tu," tolak Putri Risha mentah-mentah.

Tengku Fazril pula sudah tersenyum mendengar jawapan isterinya. Tu dia. Risha lembut dah kembali.Dah takde dah aksi ganas.

"What?! Betul ke apa yang aku baru dengar ni? " sampuk Maisara kurang percaya. Biar betik? Bukan ke dia juga yang selalu arah kitorang supaya sentiasa berlatih dan menjadi lebih kuat?

"Wowowow... Risha, kita kan..."

"Nop! Tak boleh. Lagipun aku nak luangkan masa bersama dengan anak-anak aku. Betul tak Riley?" ujar Angel bersama senyumannya.

Serentak dengan itu, Riley menganggukkan kepalanya dengan pantas.

" Yeah! Tepuk tangan sikit!" ujar Putri Risha ceria.

Seketika, Maisara dan Black Eryn saling berpandangan bingung. Tak best dah kalau Putri Risha tak rock macam dulu.

"Haihh...aku rindu Angel yang dulu," rungut Black Eryn tanpa sengaja.

"Apa?!" Tajam mata Putri Risha memandang ke arah kedua-dua orang kanannya.

"Erhh takde apa! Hehehe..."

________________________________

"Tak guna! Sial! Macam mana betina tu masih hidup?! Aku ingat nyawa suami dia je yang liat, rupanya dia pun sama! Arghhh!! Celaka kau, Angel!!" jerit Shilda lalu menumbuk meja di hadapannya.

Mata gadis itu kelihatan penuh dengan dendam kesumat. Dia benci melihat Angel gembira bersama musuh-musuh ketat The King.

Angel harus diberi pengajaran. Perempuan itu sungguh berani menentang The King dalam diam-diam. Manusia seperti Angel harus dihapuskan!

Di masa itu, Shilda mulai memasang rencana untuk memisahkan semula Angel dengan suaminya. Jika mereka berpisah, sudah tentu kerjanya mudah untuk menghapuskan Angel!

_________________________________

"Cite arh! Hari tu kau janji nak cite tujuan kau tentang The King. Aku dah tak sabar ni," desak Black Eryn pantas.

Seketika, semua mata memandang ke arah Maisara yang sejak tadi memasukkan makanan ke dalam mulut. Maklumlah mereka sekarang sedang menjamu makanan di dalam restoran KFC atas permintaan Putri Risha.

Katanya rindu nak makan ayam bersama mereka yang lain. Rakan-rakan baiknya iaitu Qistina, Sarah, dan Zalikha juga turut datang untuk menunaikan hajat perempuan itu.

"Oh, ya. Mak cik pun nak tahu juga sejak bila Alia masuk dalam kumpulan The King," tambah Datin Melia sehingga Maisara terpaksa menceritakan hal sebenarnya.

"Erhhh....hmm..macam ni...Maisara dah lama masuk dalam kumpulan The King. Cuma sebab Mai menentang dia hmmm...."

Flashback...

7 Tahun yang lalu...

"Katakan apa takdir aku..." arah The King sombong. Dia bertentangan mata dengan Rosilia agar wanita itu mampu melihat takdirnya.

Rosilia hanya berdiam diri. Riak wajah ia begitu serius ketika menilik takdir ketua mafia tersebut.

Sesaat kemudian, dia memulakan bicara.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now