Bab 23

6.8K 466 16
                                    

Belum sempat pisau tersebut tembus ke dalam perut Riley,Angel tiba-tiba sahaja mematikan pergerakkannya.

"Mama..mama..." Nampaknya Riley sedang mengigau tanpa sedar.Angel tergamam.Mata pisau itu berhenti seinci sebelum tiba pada sasarannya.

Wajah mulus dan naif Riley dipandang dengan sejuta perasaan pelik.

'Angel! Bunuh budak tu sekarang!" hasut setan tak guna.Tangan Angel mara ke hadapan namun sekali lagi dia terhenti.

'Ak..aku tak mampu...'

"Angel bebaskan aku.." rayu suatu bayangan dalam fikiran Angel.

"Arghhhh!!"

"Mama? Mama! Mama ok tak?!" Terkejut Riley apabila terdengar suara Angel merintih kesakitan.

Seketika,Angel menarik nafas lalu menghembus.
"Heh..mama ok sayang.Mama tiba-tiba pening sikit," bohong Angel lantas duduk di birai katil.Pisau tadi sempat disembunyikannya.

"Mama sakit ke?" soal Riley prihatin.
"Tak sayang.Mama ok," ujar Angel.

Roland yang terbangun daripada lenanya segera melihat wajah 'mamanya.'

"Nape ni mama?" sampuk Roland sambil menenyeh matanya untuk menghilangkan rasa kabur.

"Nothing darling.Erhhh,nape along tido kat bilik Riley? Korangkan dah besar.Form 1.."

"Along tertido kat sini.Tadi Riley kata mimpi buruk.So,dia minta along temankan kejap.Tup-tup tertido pulak,"sengih Roland.

"It's okay.Dah,jom sambung." Baru sahaja Angel ingin beredar,tiba-tiba sahaja tangannya ditarik oleh Riley.

"Mama.." seru dia.
"Yes sweetie?"

"Boleh tak nyanyikan lagu yang biasa mama nyanyi dulu sebelum kitorang tido? Riley rindu," pinta Riley sayu.Angel terkedu.

'La..gu? Lagu apa?' Angel menggaru dahinya yang tidak gatal.

"Mama?" panggil Roland pulak.Angel duduk semula di birai katil.Kepala Riley diusap lembut.

"Ok,janji korang berdua tido."
"Yeahhh!!"

Riley dan Roland sedia memejamkan mata masing-masing.Suara 'Putri Risha' memang telah lama menjadi igauan mereka.

"Ehem!" Angel berdehem sebentar.Dia menarik nafas lalu memulakan nyanyian.
"My little pony,my litt..."

"Kejap,kejap.Apa ni mama? Asal lagu unicorn pulak?" Roland tidak berpuas hati.

Kitorang bukan bebudak lagi tau.
"Cute apa..hehehehe," sengih Angel.
"Bukan lagu tu yang mama selalu nyanyikan.." rajuk Roland.

"Erhh.."
"Takpelah! Riley suka!"
"Ceh,kau suka sebab tu lagu unicornkan? " malas Roland menyoal.

Dia bangkit daripada tidurnya lantas menuju ke arah Angel.
"Mama..along tido dulu kat bilik along sendiri.Goodnight,ma.And thanks for the 'little pony'." Sempat lagi Roland mengusik.

"Hehehe.."
"Mama sambunglah nyanyi.Riley suka dengar," rengek Riley manja.Angel tersenyum pendek.

'Nasib baik tak kantoi!'

_________________________________

"I want nobody nobody but you,I want nobody nobody but you.How can I be with another,I don't want any other.I want nobody nobody nobody...Why are you trying.."

Angel bernyanyi girang sambil merebus jagung atas dasar permintaan 'suaminya'.

Pinggul digelekkan lalu dia menepuk tangan mengikut rentak lagu.

"I want nobody,nobody,nobody but you.." Kalau beruk ni dah menyanyi or dengar lagu,confirm tak ingat dunia dek...

"Woi Sha!! Amboii..syok bebenor hang duk menggelek nohhh," sergah Tasya riang.
"Awat hang tak puas koh? Suka hati temanlah nok gelek kohh,nok mampuihh koh.."

"Bahasa apa yang kau pakai ni?" pelik Tasya sambil mencapai sebatang jagung yang semakin hilang haba panasnya.

"Bahasa Langkawi.Hahaha!!" Mereka berdua tergelak suka.
"Bodohlah hang!"
"Hang pun bodoh!"

"Deme tak bodoh macam kome ye.."
"Dah.Aku makin tak faham dengan bahasa kau.Sekali dengan readers tau," kata Angel sambil menyeka air matanya.

"Weh,Sha.Kau tahu tak.."
"Mummy!!! Jagung tu dah siap ke belum? Daddy dah lapar!" laung Tengku Fazril di halaman luar.

"Jom arh.Beruk tu dah memekak," selamba Angel mengajak.

"Let's go honey!" Tasya merangkul bahu Angel lantas mereka beriringan menuju ke arah Tengku Fazril dan yang lain.

Ketika mereka tiba di sana,kelibat Tengku Fazril sedang bermandi di dalam kolam.Begitu juga dengan mereka semua kecuali Riley yang sedang sebok menjaga Raisha Ayun.

"Jom naik atas dulu.Makan!" Ajak Angel.
"Malaslah mummy.Bagi je kat daddy.Don't worry sweetie.Daddy akan sambut," kenyit Tengku Fazril.

"Gila ke apa? Dah,meh datang sini.Kang jatuh pulak makanan ni," arah Angel.Dia berdiri di tepi kolam sambil menghulurkan makanan tersebut ke arah 'suaminya'.

"Mummy sikit je lagi."
"Eish tak sampai! Maju sikitlah daddy! Kang mummy jatuh pulak!" geram Angel.

"Ok," Tengku Fazril tersenyum dengan penuh bermakna.Dia maju ke hadapan dan berpura-pura ingin menyambut pinggan tersebut.

Ketika Angel semakin ke hadapan tak semena-menanya dia jatuh akibat dipermainkan oleh Tengku Fazril.

Bush!!

"Hahahahha!!!" Gelak mereka beramai-ramai.
"Bunyi nangka busuk jatuh,bro," ejek Miko kejam.

"Hahahahha!!!"
"What the hell are you doing?! " maki Angel tanpa sempat menapis kata-katanya.

"Baju mummy dah basah! I really hate you! Bitch!" Carut Angel tanpa sedar.

"Wowowow..watch your mouth dear.." tegur Tengku Fazril.
"Apa dear-dear hah?! Dahlah selamba badak je permainkan orang !! Eeeee memang nak kena!" Dengan geramnya,Angel menendang perut suami Putri Risha sehingga lelaki itu terdorong ke belakang.

"Uhuks..Mak aih...Kuatnya kaki.Mummy makan apa semalam? Uish,dah kuat macam..."
"Bini shrek!" sampuk Ciko jahat.

Mendengar sahaja bicara Ciko membuatkan Angel menjeling tajam ke arah jejaka itu.
"Lek arh mummy.Gurau je,"sengih Tengku Fazril lalu mengeyitkan matanya.

Ingat seksi ke?! Ye,aku mengaku.Dia memang seksi.

"Rileks?! Eeeee!! Lu ingat makanan ni free?! Lu memang sengal!!!" Angel menolak kuat kepala Tengku Fazril sehingga kepala lelaki itu masuk ke dalam air.

Blop..blop..

Giliran Tengku Fazril pulak yang ditertawakan.

Angel merengus geram seraya berenang ke arah permukaan kolam.
'Dahlah penat aku memasak!'

Tengku Fazril terkebil-kebil.
"Sejak bila bini aku jadi samseng?"

Uishhh..seram...

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now