Bab 59

5.7K 392 21
                                    

"Erhhh.. akak ipar Faiza la..sape lagi." Angel tersenyum tawar.

Semua mata memandang ke arah Tengku Nurfaiza dan Angel silih berganti.

"Pfttt..hahahha!! Faiza gurau jelah kak. Faiza tanya camtu sebab tengok akak termenung jauh. Berulang kali tau Faiza panggil sampai rasa kahak ni dah nak terkeluar," rajuk Tengku Nurfaiza namun jauh di sudut hatinya, dia memang serius bertanyakan soalan itu.

Dia berfikir dalam. Masih awal ingin mengesyaki apa status 'Putri Risha' sebenarnya.

"Haha..akak cuma fikir tentang resepi baru nak buat kek. Tu sebab termenung panjang," bohong Angel.

Tengku Nurfaiza tersenyum manis. Dia melihat abang sulungnya sedang memandang Angel dengan pandangan yang sukar ditafsir.

'Aik. Diorang gaduh ke?'

"Reti jugak erk you memasak," sindir Christine.

Angel tersenyum panjang.

"Ha'ah. Mesti la reti. Bukan macam kau. Telur pun tak reti nak goreng," balas dia tajam lalu bangkit daripada sofa.

Tak kesah apa saje tanggapan diorang kat Angel. Janji gadis itu dapat merehatkan fikirannya.

Ketika dia naik ke tingkat atas, tak semena-mena matanya tertancap pada sebuah pintu bilik berwarna pink. Ya, sekali lagi.

Bilik yang sangat digemari oleh arwah Putri Risha dulu menjadi tatapannya lama.

Entah mengapa kakinya mengorak langkah ke arah bilik tersebut lalu tombol pintu cuba dipulas kuat.

Chik! Chik!

Seperti kali pertama dia masuk ke dalam penthouse ini, pintu bilik berwarna pink itu sentiasa berkunci. Agaknya sape pemegang kunci tersebut?

Angel mengeluh dan dia ingin beredar namun langkahnya terbantut apabila terdengar suara orang menangis teresak-esak. Kedengaran begitu sayu sekali serta mendayu-dayu.

Ya,suara itu lagi. Suara memohon agar dibebaskan. Sape empunya suara itu sebenarnya?

"Tolong jangan ganggu aku..tolonglah," rayu Angel. Terasa kepalanya sakit apabila mendengar suara merayu itu. Perlahan-lahan dia menyandar di dinding sambil mengurut dahinya.

"Tolonglah.." Terasa tubuhnya ingin rebah tapi ditangkap segera oleh seseorang.

"Mummy! Hei, mummy ok tak ni?!" terkejut Tengku Fazril. Dia melihat wajah Angel pucat tak berdarah.

"O..ok.." nafi Angel mendatar.

"You tak ok! Mummy...please..bagitau daddy apa yang tak kena dengan mummy," rayu Tengku Fazril.

Angel menarik nafasnya beberapa kali. Setelah berjaya bertenang untuk seketika, dia menolak tubuh Tengku Fazril secara perlahan-lahan.

"I'm ok daddy. Mummy cuma pening kejap je. Jangan risau ok?" senyum dia lalu beredar meninggalkan Tengku Fazril.

"Mummy..hmmm.."

____________________________

"Kat kampung ada unicorn tak?" soal Riley. Wajah Tok Mariam yang baru sahaja tiba daripada kampung bersama kawan baiknya, dipandang lama.

"Unicorn?" soal Rosilia.

"Yuppp!"

Telatah Riley membuatkan semua orang di situ tergelak besar. Disebabkan kedatangan Tok Mariam bersama sahabatnya yang datang daripada kampung juga, keluarga Tengku Fazril harus bermalam di rumah Dato Fikri.

"Kalau kamu semua nak tahu. Kawan tok wan ni bekas doktor psikiatri. Dah hampir capai pangkat profesor tapi dia berhenti setakat doktor je. Lagi satu, dia ada kebolehan nak tilik nasib orang," beritahu Tok Mariam teruja.

Miss Destroyer (In Editing)Kde žijí příběhy. Začni objevovat