Bab 73

6.4K 433 12
                                    

"Baby...lama dah I tak jumpa dengan you. You pegi mana? Mak dah sihat ke belum?" soal Lufti, kekasih Angel entah yang keberapa.

Angel hanya mampu tersenyum tawar. Dah naik berbulu telinganya mendengar Lufti duk berbaby-baby dengan dia. Kang terbagi babi pulak.

Sesaat, Angel meneguk rakus jus orennya ketika Lufti sedang berceloteh panjang.

"Baby, jom pegi club dengan I malam ni," ajak Lufti miang. Tangannya bertindak ingin menyentuh tangan Angel tetapi gadis itu terlebih dahulu mengelak.

"I dah kata dengan you sebelum ni. Kalau nak couple dengan I, jangan berani nak sentuh-sentuh!" marah Angel garang.

"Baby, I min.."

"Now, you dah langgar peraturan tu and I really hate that! I nak kita putus!" ujar Angel tegas.

"Baby! Sebab peraturan tu je you mahu putuskan hubungan kita?!" bidas Lufti kurang percaya.

Angel melipatkan tangannya rapat ke dada. Sesaat kemudian, akalnya mulai merencanakan sesuatu.

"Kalau you degil sangat, I terpaksa guna cara yang kasar," kata dia sambil mengeluarkan jam rantai.

Tujuannya adalah untuk menghinopsiskan fikiran Lufti agar lelaki itu tidak lagi mengingatinya.

"Pandang jam tangan ni!" arah Angel lalu jam tersebut diayun-ayunkan tepat di hadapan mata Lufti.

Kini, lelaki itu meletakkan seluruh perhatiannya pada jam rantai sambil mendengar kata-kata Angel.

"Bila detik berubah, you akan lupakan siapa I sebenarnya. I tak pernah sesekali muncul dalam kamus hidup you," hinopsis Angel.

Semakin lama, mata Lufti semakin layu. Angel tersenyum sinis. Namun, masuk beberapa saat kemudian, tiba-tiba Lufti membuka mata dengan rasa jelek lalu merenung ke arah Angel.

"Apa yang you merepek ni?" ujar Lufti bingung.

Prakk!!

Angel terbatuk kecil. Dia menyimpan semula jam rantainya ke dalam beg tangan lantas tersenyum tawar.

"Erhhh..takde. Saje nak bermanja dengan you," tipu dia janggal. Lufti hanya mampu mengganguk kemas.

"Bukan semua orang boleh dihipnosiskan," omel Angel perlahan.

"Apa dia?" Lufti berasa mendengar bicara terbit daripada bibir kekasih hatinya.

"Erhh..I rasa nak pegi toilet kejap. Bye!" Angel segera mengorak langkah ke hadapan bersama keluhan yang berat. Akal fikirannya cuba berfikir cara untuk menyingkirkan Lufti si parasit miang itu.

Ketika dia menuju ke tandas, matanya tak semena-menanya tertacap pada sebatang tubuh comel sedang berlalu untuk keluar beredar.

Sesaat dia tersenyum lebar kerana mendapatkan idea bernas. Hehehe..

8 Minit kemudian...

Angel melangkah ala-ala model terkenal ke arah meja makan yang telah dihuni oleh Lufti. Kelihatan lelaki itu sedang termenung jauh mengimbas sesuatu.

"Sorry lambat sikit," mohon Angel mendatar. Lufti tersenyum pendek. Wajah ayu Angel dipandang lama sambil mengenangkan umurnya yang hampir masuk 30-an.

"Sayang?" seru Lufti.

"Yupp?" sahut Angel. Lufti menarik nafas panjang. Dia harus meluahkan hasrat yang terpendam selama ini.

"Baby, I rasa nak pinang you jadi wife I," luah dia jujur.

"What?! " Angel hampir tersedak. Kata-kata Lufti sebentar tadi membuatkan jantungnya ingin tercabut daripada tangkai.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now