Bab 21

7.4K 476 19
                                    

Angel mengeluh kasar apabila misinya untuk membunuh Alex gagal diselesaikan dengan sempurna.Tangan dia yang masih berdarah,dicengkam kuat untuk menahan darah tersebut daripada terus mengalir.

Tiba sahaja di penthouse,Angel perlahan-lahan menapak ke tingkat atas.Riak wajah Raisha Ayun yang gembira dalam pelukannya,membuatkan Angel tersenyum sendirian.

Saat dia ingin ke atas untuk membersihkan luka,telinganya terdengar alunan melodi tak jauh daripada dia berdiri.

'Sape pulak yang main piano pagi-pagi buta ni? Hantu ke? Hantu reti ke nak main piano? Eish,mengarut!'

Dengan seribu persoalan,Angel mengorak langkah ke arah sebuah bilik yang tidak tertutup rapat pintunya.

Dia mengintai secara senyap-senyap lantas melihat figura seseorang yang sedang membelakangnya.
'Roland? Nape dia tak tido lagi?'

Kelihatan Roland khusyuk menekan kekunci piano tanpa mengeluarkan sebarang bunyi daripada mulutnya.Angel mendengar melodi tersebut dengan begitu tekun sekali.

Pelik! Melodi trsebut kedengaran sayu seolah-olah Roland sedang meratapi seseorang.

Tapi sape? Dan melodi lagu tu macam aku pernah dengar. Tapi kat mana?

Semakin lama dia cuba ingat,semakin sakit kepalanya.

Melodi tu..arghhh!! Kat mana aku pernah dengar?!

Ting..

Roland menarik nafas panjang setelah lagu misteri tersebuf habis dimainkan.Tanpa sedar,ingatannya terimbas pada wajah seseorang.

'Apa yang tak kena dengan aku?' Angel berlari anak sebaik sahaja melihat Roland bangkit daripada kerusi.Ketika dia tiba di tingkat atas,sekali lagi langkahnya mati tanpa dipinta.

Sebuah pintu berwarna pink,ditenungnya dengan penuh tanda tanya.

Sejak hari pertama aku kat sini,pintu tu sentiasa berkunci.Tak pernah dibuka. Rasa macam diorang ada sembunyikan sesuatu daripada aku.

Dan yang paling pelik sekali,nape takde satu pun gambar Putri Risha dalam penthouse ni waima gambar perkahwinan mereka? Even atok pun tak pernah tunjukkan gambar budak tu pada aku.

Begitu banyak sekali persoalan yang menyerang fikiran Angel.Saat Angel melangkah,ada satu bayangan yang melintas dalam mindanya.

"Eisk..eisk..Awak jahat! Awak tak cintakan saya! Eisk..eisk.." Perempuan comel itu membuka pintu berwarna pink lantas masuk ke dalam.

Sap...lenyap! Lagi sekali wajah perempuan itu tidak kelihatan.

"Arghhh sakitnya!" Angel menyentuh dahinya yang terasa berdenyut-denyut kesakitan.
"Sape tu?" laung Roland dari tingkat bawah apabila mendengar suara Angel merintih kesakitan.

Gadis itu segera berlari ke arah bilik tetamu bersama fikiran yang agak serabut.Cepat-cepat dia menuju ke tandas untuk membersihkan luka di bahagian tangannya.

'Lagi lama aku tinggal kat sini,lagi sakit otak aku!"

__________________________________

Pagi itu,Maisara membuat alasan kepada keluarga mafia tersebut untuk berjumpa dengan Angel atas dasar rindu pada gadis itu.Namun,tidak pulak kelihatan figura Angel.

"Gadis bertopeng? Aku pernah dengar nama tu tapi aku tak pernah lagi terserempak dengan dia.Aku dengar dia sorang pembunuh profesional."

Maisara berlakon untuk mencungkil rahsia daripada mereka.

"Aku tak tahu nak cakap apa tapi hmmm..nevermind.Aku dah pasang cctv kat rumah aku.Kau pasang wifi jap kat tv.Aku nak sambung rakaman cctv tu kat tv.Biar semua nampak."

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now