Bab 39

7.5K 467 35
                                    

Tik tok..tik tok..

Jam yang menunjukkan 12 tengah malam membuatkan Angel tersenyum sendirian.

Sudah lama dia menunggu jarum jam bergerak ke arah nombor tersebut.Tangan Tengku Fazril yang sedang melingkari pinggangnya,dileraikan secara perlahan-lahan.

Seketika,dia bangun perlahan lalu mengambil bagasinya menuju ke arah pintu bilik.

Dia tak kesah.Kampung ni dah bagaikan neraka pada dia.Pandai-pandailah dia bagi alasan pada Tengku Fazril bila dah balik nanti.

Diiringi lagu James Bond,Angel terhendap-hendap meneliti setiap penjuru bersama bagasinya.

Setelah pasti kesemua ruang telahpun kosong,Angel segera berjalan dengan pantas menuju ke belakang pintu dapur.Kalau pintu depan agak bising sikit bunyinya.

Dengan penuh berhati-hati dia keluar daripada dapur tersebut lalu memakai kasutnya.

"Hmmm..harumnya udara malam ni," bisik dia gembira.Baru sahaja dia ingin memulakan langkah,tiba-tiba ada seseorang menegurnya daripada arah belakang.

"Sha? You buat apa kat sini?" Angel menelan air liurnya menahan gementar.

Sebaik sahaja dia berpusing,dia melihat kelibat makhluk halus berwajah putih.

"Arghhh!! Hantu!!!" jerit Angel lalu cuba berlari.
"Hah,hantu? Mana hantu?!"

"Arghhh!!"
"Arghhh!!" Ciko menyentuh bahu Angel kerana ingin menyembunyikan diri.

"Hantu!!!" pekik Angel lantang.Nak terkeluar kahak dibuatnya.Disebabkan terlalu takut,Angel jatuh terjelepok di atas rumput.

"Mana hantu,Sha? Mana?!" desak Ciko ketakutan.
"Pegi!!!" Marah Angel.

"Woi!!! Apa korang buat ni?!" sampuk seseorang bersama lampu suluh di tangan.

Ciko dan Angel menutup mata sebaik sahaja melihat cahaya tersebut.

"Daddy! Ada hantu!" Angel berlindung di belakang Tengku Fazril.Lupa akan niatnya untuk melarikan diri.

"Mana hantu?" Ciko yang turut ketakutan segera merangkul tangan Alex.

"Dah tepi! Kau giler ke apa setan?!! Yang kau pakai bedak sejuk ni dah kenapa?!" tengking Alex.

"Aku nak jaga muka.."gumam dia perlahan.

"Dah,blah! Mama jangan tengok muka setan ni ye.Kang baby pulak yang terjangkit," kata Alex lalu menarik tangan Tasya masuk ke dalam rumah.

"You Ciko?! You saje je ke nak takutkan I?!" marah Angel geram.Mati-mati aku ingatkan puntianak balik rumah.Eh eh.Dah macam Hantu Kak Limah balik rumah.

"Hehehe.." sengih Ciko.
"Aku ingatkan orang pompuan je kemaruk nak pakai bedak sejuk.Rupanya kau pun sama," ejek Zack geram.

Disebabkan beruk ni, aku tak boleh nak tido.
"Korang berdua buat apa kat sini?" soal Akim pelik.

"Aku kat sini sebab nampak Risha terhendap-hendap macam pencuri tadi.Aku baru je tegur,terus dia menjerit.Aku pun apa lagi.Ikut menjerit sekali le! Hahahah!!"

"Kau ingat lawak ke setan?! Hah,memang padanlah bedak sejuk tu dengan muka kau.Dah macam hantu! " sindir Zack lalu beredar bersama Akim.

"Kau memang sengal!" marah Miko dan Riko pulak.Mereka juga turut meninggalkan Ciko.

"Bang,tunggu I bang! I takut! I perlukan perlindungan," usik Ciko gedik lantas melompat ke arah belakang tubuh Miko.

"Turunlah sial! Aku takde adik hantu macam kau!" tengking Miko.

Miss Destroyer (In Editing)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora