Bab 70

6K 375 20
                                    

Angel mengigit bibir. Sudah menjadi sifatnya apabila berasa malu. Kepala yang tidak gatal, digarunya dengan kasar.

Berkali-kali dia mengetuk kepalanya sehingga dia berasa naik geram.

Ciuman suami Putri Risha masih hangat terasa di bibirnya. Apa yang dia dah buat? Jujur dari  dasar hatinya, Angel telah lama tergoda dengan sikap romantis Tengku Fazril.

Penampilan serta sifat lelaki itu cukup sempurna! Takde cacat celanya! Angel dah benar-benar gila bayang pada ketua mafia tersebut!

Apa lagi alasan yang dia ada? Cepat atau pun lambat, The King tetap ingin Xender dibunuh.

Beberapa minit kemudian, Angel keluar daripada bilik mandi bersama fikiran yang berkecamuk.

Saat dia mengorak langkah ke hadapan, dia terlihat kelibat seorang gadis sedang duduk di atas balkoni.

Angel segera berlari kerana menyangkakan Riley sedang bermain bersama unicornnya.

"Riley ! Turun sekarang! Bahaya!" tegur Angel tegas namun tiba-tiba langkahnya mati. Telinga dia menangkap suara yang asing sedang menyanyikan sebuah lagu yang amat dikenalinya.

Matamu..bersinar bagai pelangi,
Inginku lukis wajahmu,
Buat peneman mimpi,
Izinkan aku..Pinjam hatimu,

Agar dapat kurasa,
bagaimanakah cinta..

Angel tergamam. Lagu tu..lagu yang selama ini telah mengganggu lenanya! Lagu yang dah buat dia hampir gila!

Terketar-ketar Angel ingin mendekati figura gadis misteri tersebut. Ketika dia datang menghampiri, gadis itu tiba-tiba menoleh ke arahnya.

Jantung Angel berdetak pantas tak berirama. Bibirnya terkunci rapat apabila melihat makhluk tersebut menangis bersama linangan darah pekat.

"Angel...." seru dia.

"Argghhh!! Ja..jangan ganggu aku! Jangan!!" Angel meracau-racau.

"Eisk..eisk..bebaskan aku..bebaskan aku.." rayunya. Kini, Angel menangis ketakutan. Wajah di hadapannya cukup sama seperti dia!

"Ak..aku..tak kenal kau! Pergi!!" pekik Angel kuat.

"Aku..aku nak...pembelaan..eisk..eisk..Angel..."

"Diam!!!" bentak Angel keras. Sejurus itu, suasana menjadi sunyi. Hal ini membuatkan tangisan Angel menjadi reda sekaligus dia membuka matanya dengan perasaan takut.

Pada masa itu, dia melihat figura tersebut menangis sayu sambil memandang ke arah langit.

"Eisk..eisk..Angel.." nangis dia.

Tanpa dijangka, makhluk itu melompat dari atas balkoni. Angel jatuh terduduk lantas menangis teresak-esak. Dia takut. Sangat-sangat takut.

Dia bertindak memeluk kedua-dua lututnya. Apabila berasa semakin baik, Angel bangkit gementar lalu memberanikan diri untuk melihat ke bawah.

Naik merinding bulu romanya apabila melihat figura misteri itu tiada di atas tanah.

Apa yang dah berlaku? Kenapa pompuan tu ada muka yang sama macam aku? Ke mana dia menghilang?

Dalam elok berfikir , tiba-tiba Angel terdengar bunyi telefonnya berdering pendek menandakan mesej masuk. Dia segera masuk ke dalam lalu membuka mesejnya.

Aku kenal makhluk tu. Kau nak tahu? Hehehe.. jumpa aku kat club malam di mana kau selalu pergi.

Angel mengetap giginya menahan sebal sebaik sahaja membaca mesej itu. Dia berasa dirinya seolah-olah dipermainkan oleh seseorang.

Tanpa berfikir terlebih dahulu, Angel membuat keputusan untuk pergi ke club tersebut pada waktu malam.

Nak tak nak, dia harus tahu jawapannya!

______________________________

Malam itu, Angel masuk ke dalam sebuah club malam tanpa perlu menyamar sebagai gadis bertopeng. Sebaik sahaja kakinya mengorak ke hadapan, dia dikejutkan dengan kehadiran semua penghuni yang berwajah persis seperti dirinya.

Angel tergamam. Tanpa sedar, kakinya melangkah setapak ke belakang. Dia menutup mulut tanda tidak percaya akan pemandangan yang sedang berlaku di matanya.

Perempuan mahupun lelaki,semua berwajah seperti Angel. Ada yang menari, ada yang berbual dan tak jauh juga ada yang berseronok bersama alkohol di tangan masing-masing.

Angel mulai ketakutan.

"Cik? Cik nak cuba minum wain ni tak?" tegur seorang pelayan lelaki. Angel terkejut bukan kepalang sebaik sahaja melihat pelayan lelaki itu tersenyum seram bersama darah di wajah. Namun yang peliknya, wajah mereka amat serupa!

Angel tidak mampu bertahan lagi. Otaknya benar-benar sakit dan berasa dirinya mulai berhalusinasi. Tanpa menunggu sesaat pun, Angel segera melarikan diri lalu masuk ke dalam perut kereta.

Dia menangis ketakutan dan berharap Tengku Fazril ada bersamanya seperti biasa.

Pada masa yang sama, Christine yang ketika itu sedang berjalan menuju ke club terserempak tanpa sengaja dengan kelibat Angel yang sedang berlari menuju ke kereta.

Dia melipatkan tangannya lalu tersenyum sinis.

Ceh, ingat kan baik! Rupanya setan bertopengkan manusia! Hmmm..Xender tahu tak betina yang selama ini dia agung-agungkan pegi ke club malam?

Sesaat kemudian, akal Christine berjaya merencanakan sesuatu apabila melihat seorang budak lelaki miskin sedang menjual minuman.

"Adik! Sini kejap!" panggil Christine.

Budak lelaki tersebut datang bersama pelbagai minuman.

"Nak tak seratus ringgit?" duga dia licik. Budak tersebut mengangguk teruja.

Christine mengambil minuman coca cola lantas membuka penutupnya.

"Akak nak buat apa ni?" soal budak tersebut. Dia melihat Christine sedang meletakkan serbuk putih di dalam minuman lalu memberikan semula kepadanya.

"Takde apa-apa. Akak nak kau jual minuman ni pada pompuan yang tengah duduk kat dalam kereta tu," arah Christine licik lantas memberikan not Rm100 pada budak miskin itu.

"Ok!"

____________________________

Angel menarik nafas sesaat. Sebentar tadi, seorang budak lelaki miskin telah menjual minuman kepadanya.

Disebabkan berasa simpati pada budak miskin itu, Angel membeli sahaja minuman daripada ia.

Lagi pula, Angel sememangnya memerlukan air agar dia mampu bertenang. Sesaat dua saat, Angel membuka penutup minuman tersebut lalu meneguk airnya dengan penuh rakus sekali.

Sekali lagi dia menarik nafas dengan panjang. Baru sahaja dia ingin menghidupkan enjin kereta, tiba-tiba kepalanya terasa berpusing-pusing.

Dalam masa itu, dia sempat melihat kelibat Christine sedang menuju ke arahnya bersama senyuman licik.

'Aku akan pastikan Xender tahu keburukan kau!'  Christine tergelak jahat sebaik sahaja pasti bahawa pil khayal itu mulai menguasai minda Angel.

Hehehe.

Vote and Comment.

Sedutan akan datang..

"Mummy..kenapa dengan you ni?" - Tengku Fazril.

"Papa! Kenapa dengan mama? Mama mabuk ke?" - Riley.

"I tak rasa Risha mabuk sebab hidung I tak bau sebarang apa-apa alkohol daripada badan dia."- Tasya.

*****

"Apa yang dah jadi dengan bini kau? Kena sampuk ke apa?" -Akim.

"Putri Risha! What's wrong with you?!"- Tengku Fazril.

****

"Pfttt..Hahahah!!! Aku...sebenarnya bukan Risha. Risha dah mampus! Mampus!"- Angel.

"Apa?"- Tengku Fazril.

"Aku...Angel..Angel! Hahahha!!" - Angel.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now