Bab 37

8.3K 476 28
                                    

Aku duk tengok je pasangan tak guna ni.Syok duk bermesra depan aku.Aku tahu Xender majuk dengan aku sebab kes tempoh hari.

Kes apa korang tanya? Kes pasal aku dengan Mike lerh.Apa lagi? Takkan kes pasal aku bawa motor brek patah? Giler.

Lepas je dia kiss and bisik kata-kata cinta kat aku,terus dia blah.Aku perasan muka dia masam bila aku tak balas ciuman dia.

Otak aku masih tak putus wayar weh! Aku bukannya bini dia.

Sejak tadi Angel melihat perempuan yang bernama Shasha itu tergedik-gedik nakkan perhatian Tengku Fazril.

Sape Shasha? Hah,tulah korang tak tahu.Shasha tu jiran sebelah Tok Mariam.Bertudung litup tapi gedik nak mampus.

Benci tau tak benci! Dari kelmarin keje nak berkepit dengan Xender! Bodoh punya pompuan! Eh,macam baik pulak.Ehem,aku repeat balik erk.Bodoh punya betina!

Xender tu pun satu.Saje nak jealouskan aku.Desis hati Angel.

Dengan hati yang membara,Angel melangkah keluar daripada rumah lalu berjalan di hadapan mereka berdua yang sedang berbual di atas pangkin.

"Risha nak pegi mana?" soal Shasha lalu menyuapkan sepotong mangga ke dalam mulutnya.

"Hmmm..." Tengku Fazril hanya menghantar pemergian isterinya melalui ekor matanya.Selepas sahaja kelibat Angel hilang dimakan masa,Tengku Fazril beredar naik ke atas.

Tak betah tinggal dengan pompuan gedik ni.Asyik nak pegang tangan aku je.Tu pun aku terpaksa buat muka happy supaya Risha cemburu!

"Awak nak pegi mana?" tegur Shasha.
"Atas.." jawap dia dingin.

Shasha mengerutkan dahinya tanda pelik.
"Cepat betul mamat ni berubah.."

Di dalam rumah..Tengku Fazril menjerit nama Riko dengan lantang.
"Riko,kau pegi ikut bini aku," arah dia.

"Aku? Tak nak! Hari tu dia patahkan pedal brek.Entah-entah kali ni dia patahkan leher aku pulak..wuuuhhh aku tak nak mati muda.." bantah Riko mendatar.

Tengku Fazril mencebikkan bibirnya.Dasar penakut!

"Miko! Kau pegi ikut bini aku.Full stop!" arah Tengku Fazril keras.

"Aku? Haihh..apalah nasib aku kenal dengan kau.Tak lama lagi,confirm ada benda kat tubuh aku yang patah.." rungut Miko sambil mengatur langkah menuju ke arah pintu.

"Paling teruk pun patah tulang je.." hasut Akim mendatar.

Masaklah aku kali ni!

___________________________________

Mike termenung jauh di warung Pak Samad.Sesaat kemudian,wajahnya diraup kasar.

"Sha..." gumam dia perlahan.
"Giler sangat ke kau dengan budak murah tu?" sapa Kak Timah sinis.

Mujur sahaja pelanggan kurang pada tengahri itu.
"Kau sape nak panggil dia macam tu? Blah sebelum aku tarik rambut palsu kau," ugut Mike keras.

"Uuhhhh takutnya.." ejek Kak Wati.Mereka berdua mentertawakan Mike selamba.

"Ehem..kalau kau nak,aku boleh tolong kau untuk dapatkan Risha? Hehehe.." umpan Kak Timah.

"Aku tak nak! Blah!" marah Mike lalu cuba beredar dari tempat tersebut.

"Eppp,kejap! Kau betul tak nak dengan Risha? Kau tak nak kahwin dengan dia? Sayang nye ..." hasut Kak Wati.

Perlahan-lahan Mike menoleh ke arah mereka.Kak Timah dan Kak Wati saling berpandangan sebentar.Mereka yakin Mike telah masuk ke dalam perangkap mereka.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now