MHS : 12

51.7K 1K 32
                                    

BUAT PENGETAHUAN PEMBACA, BAB INI ADALAH BAB YANG DIAMBIL DARI PAGE PROLOG, SO YANG ADA DI PROLOG DIALIHKAN KE HUJUNG BAB 12 INI, PADA SIAPA YANG DAH VOTE, JANGAN TEKAN VOTE AGI, HILANG VOTE NNTI😭😭

"MA... maaf saya tersilap orang."
Berakhir pucat lesi di wajah Alissa apabila sosok itu bukan Erisha. Melorot jatuh tubuhnya saat orang itu berlalu.

Jantungnya hampir luruh. Dia langsung tidak memikirkan tentang Erisha. Namun mengapa wajah itu menyapa ruang mata dan menggugat ketenangannya saat ini?

Kepalanya diserang rasa sakit. Dia tidak tahu angkaranya. Fikir tidak, teringat juga tidak. Dia benar-benar berharap ini bukan petunjuk Erisha akan hadir semula dalam hidup Tengku Hael. Tengku Hael miliknya, bukan milik Erisha lagi.

Seorang pengawal keselamatan yang menegur tadi terus mengangkat bakul makanannya. Gara-gara pengawal keselamatan itu terus mengangkat barangnya sebelum dia mengungkap permintaan tolong, dia terpaksa mengejar langkah pengawal keselamatan itu bagi memberitahu tempat yang dituju.

Hospital itu mewah. Terasa rendah dirinya kerana makanan yang disediakan hanya makanan biasa-biasa sahaja.

"Di mana Cik?" Pengawal itu menghentikan langkah apabila Erisha terhenti.

Erisha tersentak. Dia cepat memberitahu hala tuju melalui sekeping kertas yang tertera nama bersama tingkat. Pengawal itu mengangguk barangkali memaksudkan tahu.

Jauh. Jika dia seorang diri sahaja yang membawa makanan itu pasti lelah. Sebaik sahaja sampai, Erisha mengeluarkan satu bungkus nasi.

"Saya sedekah," jelas Erisha ringkas sebelum pengawal itu bertanya.

Wajahnya kelihatan jelas basah dengan peluh. Erisha ditujah rasa kasihan hanya nasi sahaja dia berikan. Tidak berbaloi dengan bantuannya.

"Ini pun saya sedekah, buat belanja makan petang." Bibir Erisha melakar senyum sebelum cepat berlalu meninggalkannya. Erisha tidak lupa ucapan terima kasih saat langkahnya melepasi pengawal itu.

Kata pengawal itu, mereka tidak dibenarkan masuk sehingga ke ruang tempat kerja doktor dan staf perubatan. Jadi terpaksa dia yang menjengah ke dalam kawasan ruang yang dimaksudkan.

Sentuhan di bahu menghentikan mata Erisha meliar mencari seseorang yang dapat diajukan pertanyaan. Erisha menoleh melihat orang yang menyentuh bahunya.

"Saya Qaseh," sapa gadis berbaju doktor itu.

Erisha senyum senang, tidak perlu susah-susah bertanya. Dia pula tertinggal telefon di dalam kereta ibu. Jika tidak, sudah boleh hubungi tanpa mengajukan soal. Tapi saat ini lebih mudah disapa oleh pembeli secara terus.

"Saya Erisha dan ini nasi-nasi tempahan daripada Cik Qaseh." Erisha sengaja menggunakan panggilan 'cik'.

Saat itu tubuh terus dipeluk erat. Alangkah gembira suaranya saat itu. Erisha senang membalas pelukan itu.

"Janganlah panggil Qaseh, cik. Panggil Qaseh, adik. Qaseh kan adik akak." Erisha menayang sengih. Qaseh merupakan adik angkatnya. Selama ini mereka hanya berbual di laman perbualan internet sahaja. Sungguh, gembira rasa hatinya dapat bertentangan mata dengan Qaseh.

"Ini semua makanan yang Qaseh order?" Qaseh mendapatkan bakul-bakul berisi makanan yang diangkat oleh Erisha.

"Ya adik akak. Alhamdulillah dapat jugak jumpa si doktor ni, kejap je dah jadi doktor. Dulu mulut tu asyik cakap nak berhenti belajar, tapi sekarang jadi doktor dah," sakat Erisha melepaskan rindu. Qaseh memeluknya erat. Dia juga rindu dengan kakak angkatnya itu.

Qaseh memanggil beberapa jururawat membawa makanan-makanan itu ke dalam biliknya. Dia menahan tangan Erisha dari membantu sebaliknya dia menarik Erisha mengikutinya ke ruang luar hospital.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now