MHS : 4

14.5K 773 102
                                    

"YA Allah!" Pemandu teksi itu gelisah ketika dirinya ditarik keluar dan hampir dipukul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"YA Allah!" Pemandu teksi itu gelisah ketika dirinya ditarik keluar dan hampir dipukul.

Sekelip mata sahaja keretanya dirempuh dan didatangi beberapa orang lelaki yang lagaknya seperti orang samseng.

Namun begitu dia cepat berdiri dan cuba menewaskan perbuatan samseng-samseng itu walaupun berkali-kali ditolak.

"Ibu, ada orang jahat." Erisha mulai takut. Sebelum sempat dia memeluk ibunya, lelaki-lelaki itu menarik Erisha keluar.

"Ibu, ibu!" teriak Erisha memanggil ibunya. Elina tidak bergerak malah kaku seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Pintu di bahagian Elina dibuka oleh seorang lelaki. Lelaki itu menundukkan kepalanya dan menyuakan wajahnya di depan muka Elina.

Dagu Elina dipagut kasar agar memandang wajahnya.

"Teruk keadaan kau, macamlah mati suami." Suara sindiran itu disiratkan ketawa di bibir lelaki itu.

Elina masih dengan ekpresi yang sama. Licik senyuman lelaki itu.

Respon itu tidak mustahil. Itulah cara layanan Elina terhadapnya.

Tudung Elina dicengkam kuat lalu dengan cara itu dia membawa Elina keluar.

"Ibu!" Erisha berjaya melepaskan diri daripada pegangan lelaki-lelaki tadi. Dia berusaha menolak tubuh lelaki yang menarik rambut ibu itu.

Lelaki itu senyum terhibur. "Tengok ini, anak kau cuba tewaskan aku. Tak jauh beza dengan ayah dia." Ketawanya makin besar.

Elina bertindak menolak anaknya. Sakit yang dirasakan bagai hilang rasanya saat melihat anaknya akan menjadi mangsa pukulan lelaki itu.

Lelaki itu menepuk tangan menggambarkan rasa terkejut menyaksikan Elina menolak anaknya.

"Ibu kau sikit pun tak hiraukan kau, malah dia tolak kau. Sekarang... pergi masuk dalam kereta aku!" tempik lelaki itu di hujung arahannya. Matanya memberi isyarat kepada pekerjanya mengawal Erisha.

Air mata Erisha menitis ke pipi saat terlihat ibunya tidak langsung memandang wajahnya. Bahkan ibunya menolak tanpa menghiraukan lagi dirinya.

Lelaki itu menarik Elina semula ke arah keretanya. Tubuh Elina ditolak masuk ke dalam kereta pada bahagian tepi pemandu.

Berdesing telinga Elina dengan tangisan anaknya tatkala dia menolak Erisha sebentar tadi. Maafkan ibu, sayang... maafkan ibu.

Elina memilih membuang pandangan ke luar tingkap.

Lelaki itu memandang Elina penuh nafsu. Tangannya cuba diletakkan di atas paha Elina.

Namun Elina cepat merapatkan kakinya dan mendekat dengan pintu kereta bahagiannya. Dia memejamkan matanya, dia benar-benar resah.

Abang... Fikirannya hanya mengingatkan suaminya. Jika suaminya masih ada. Dia pasti dilindungi oleh Riffyaz.

"Bukan bermakna aku takkan dapat kau. Kau jangan ingat kau akan berterusan dapat mengelak!" Nadanya kedengaran jelas dalam marah.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now