MHS : 11

14.2K 676 25
                                    

TENGKU Hael menyarungkan sutnya pada tubuh sebelum melangkah keluar daripada perut keretanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TENGKU Hael menyarungkan sutnya pada tubuh sebelum melangkah keluar daripada perut keretanya. Buat seketika, telefonnya berbunyi memanggil untuk dijawab. Dia lantas mencapai telefonnya di dashboard.

Butang hijau ditekan. Dalam sibuk mengenakan sutnya, dia tidak sempat melihat pemanggil. Tapi, dia pasti itu Alissa.

"Assalamualaikum awak. Saya dah sampai, awak ada di mana?"

"Waalaikumussalam. Dah sampai tapi I nak jalan seorang diri, you pergilah dulu ke butik. I akan menyusul." Tengku Hael akhirnya mengatakan jujur. Sesal berbohong selama ini masih terkesan di hati.

Ya, dia tidak mahu berjalan bersama, cukuplah selama ini dia terpaksa melukai Alissa dengan kebohongan supaya tidak berjalan bersama.

Dia tahu, dia tidak seharusnya membuat seperti ini. Tapi, dia benar-benar telah membuat keputusan. Dia sungguh akan mengakhirkan segala-galanya hari ini. Meski dia tahu, dia bakal menerima amarah orang di sekeliling, dia akan akur. Dia tidak mahu terus berbohong. Lebih tepat, dia tidak mahu lagi terus melukai hati Alissa.

Dia menyusun langkah ke arah butik pengantin. Fikirannya yang bercelaru cukuplah hanya dia yang tahu dan hanya dia yang melaluinya.

"Hael," panggil Alissa daripada sebuah restoran bersebelahan butik pengantin. Terbang jauh fikirannya yang mengusutkan saat mendengarkan namanya dipanggil oleh satu suara. Alissa.

Tengku Hael melepaskan pegangannya di pintu masuk butik sebaik mendengar sebaris namanya dipanggil.

Kedudukan Alissa dipandang. Seketika dia menunggu butir kata daripada Alissa.

"Saya belum sempat makan lagi sebelum datang ke sini. Kalau... awak ada masa lapang, boleh teman... saya makan? Bukan sekadar teman, saya belanja awak sekali, boleh?" Bergetar suaranya kerana gementar. Dia tidak pernah berhasil membuatkan Tengku Hael mengungkap 'ya'.

Alangkah bahagianya jika dia dapat meraih tempat di hati Tengku Hael seperti Erisha ketika dulu. Pasti Tengku Hael akan sentiasa melakar senyuman setiap kali melihat wajahnya.

Di saat ini apa yang dilihatnya hanya wajah yang bengis tanpa senyuman yang tercalit di bibir lelaki itu. Tiada sebesar hama terpancar kegembiraan pada raut wajahnya. Alissa menelan kecewa.

Tetapi, langkah Tengku Hael yang melepasinya dan menuju ke restoran yang dimasukinya tadi kembali menujah bahagia dalam hati.

"Terima kasih untuk majlis pertunangan semalam," ucap Alissa memecahkan keheningan di antara mereka. Dia tetap menunduk meski bersuara.

Seperti selalu, tiada respon daripada Tengku Hael. Jauh hati. Itu yang dirasakannya setiap kali cuba berbual dengan Tengku Hael. Layanan lelaki itu yang dingin seakan dia yang mendesak Tengku Hael untuk meneruskan hubungan ini.

Sungguh dia inginkan Tengku Hael menerimanya dengan tulus. Bukan kerana terpaksa. Dia tidak ingin kata-kata Rawda menjadi kenyataan. Rawda bukan lawannya. Rawda juga bukan halangannya.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now