MHS : 14

870 51 30
                                    

"INI kad anak pakcik, Humairah nama anak pakcik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"INI kad anak pakcik, Humairah nama anak pakcik. Dia sebenarnya nak buat ambil catering daripada nak, itu pun kalau nak berkelapangan isnin nanti." Erisha menyambut kad itu.

"Untuk majlis pernikahan ke pakcik?" Suara Erisha sedikit gembira. Dalam hati dia panjat rasa syukur. Lama dia nantikan pelanggan yang inginkan perkhidmatannya.

"Ya betul. Nak call dulu anak pakcik," balas Pak Zai tumpang gembira sebaik mendengar nada baik daripada suara Erisha.

"Terima kasih pakcik, terima kasih sangat-sangat," ucap Erisha penuh hargai. Berbahasa tutur katanya pada pakcik itu.

Pakcik Zai ukir senyum sebagai membalasnya. Dia meminta diri. Tidak lekang dari bibir Erisha mengungkap terima kasih sebelum Pakcik Zai membolos tubuh ke dalam teksinya. Senyum dikirim seraya menghantar Pak Zai melalui ekoran anak matanya. Ya Allah, dia benar-benar bersyukur. Dari dia kecil lagi, lelaki tua itu banyak berperanan membantunya.

Nombor telefon yang tertera pada kad perniagaan itu ditaip. Sebaik panggilan diajukan, Erisha menanti penuh debar.

Erisha lantas memberi salam setelah panggilan dihubungkan. Senyuman menggayuti bibirnya saat Cik Humairah itu, memperincikan urusan catering untuk Erisha memberi perkhidmatan. Akhir kata, Humairah ingin memberi alamat majlis itu diadakan.

Cepat Erisha mendapatkan pen di dalam rumah. Dia berlari masuk semula. Elina yang menyedarinya jadi risau melihat Erisha terburu-buru melangkah.

"Hati-hati Risha," pesan Elina sebelum Erisha hilang di sebalik pintu stor iaitu di bilik bawah tangga.

"Ya ibu, maaf buat ibu risau." Erisha dapat menangkap makna tersirat pesanan itu.

Erisha mengangguk seakan Humairah itu tahu dia maksudkan selanjutnya. Tetapi dia tetap menyelit kata, cuma terbiasa bertingkah.

Saat akhir alamat cuba dibacanya untuk memastikan, tika itu tuhan sahaja yang tahu satu rasa yang menyentap tangkai hatinya. Dia menyambung dengan nada yang tidak semena-mena hiba.

"Nama pasangan itu atau salah seorangnya boleh saya tahu?" Pertanyaan itu terbit di bibirnya.

"Alissa Nabilla dan Tengku Hael," jawab Humairah menyebut nama kedua-dua mempelai pada hari pernikahan itu nanti.

Elina merampas kertas yang Erisha tulis. Dia dengar semua bicara Erisha di telefon melalui balas dan tanya daripada Erisha buat si pemanggil. Kertas itu tertulis alamat arwah Eza.

Melihat Erisha diam tanpa sepatah bicara lagi, membuatkan Elina mengambil alih panggilan itu. Dia lantas menamatkan sebaik meluah sepatah dua kata.

Wajah anaknya dibawa memandangnya.

"Tunang Hael yang ibu maksudkan adalah... Alissa?" Tanpa sedar air mata terus jatuh ke pipi Erisha saat soalan itu habis ditanya.

"Maafkan ibu, Risha." Elina terus mengatakannnya sebelum Erisha menerus ayat.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now