MHS : 39

10.2K 502 75
                                    

SUARA dering jam kedengaran nyaring menyedarkan Erisha dari lenanya. Tangannya tangkas mematikan bunyi yang bergema segenap kamar itu. Dia menilik jarum jam yang menunjukkan pukul 7.40 pagi.

"Hurm..." Berat keluhan meniti di bibir.

Tiada cahaya yang menerangi bilik selain lampu bilik air. Mungkin mendung pagi ini. Dia bingkas bangun separa baring dan mencapai suis lampu di sisi. Lantaran lampu menyala, dia toleh ke sisi memastikan.

Ke mana pula perginya Tengku Hael? Dia yakin sebelum dia terlelap, dia sempat menyedari susuk tubuh suaminya membolos ke dalam bilik. Tengku Hael keluar lagi seperti semalam? Persoalan bertali arus berlegar-legar di pemikirannya.

Saat kakinya mencecah lantai bilik, dia mengecam satu figura tubuh beradu beralaskan sejadah.

Terpisat-pisat Erisha menggosok matanya. Tangannya mencapai bantal di atas katil. Dia turun tanpa menghasilkan sebarang bunyi. Berhati-hati dia mengambil tempat di sisi Tengku Hael.

Wajah Tengku Hael yang sedang lena diulit mimpi itu direnung sepuas hati. Hilang kantuknya usai memiliki saat ini.

Jarinya mula menyentuh lembut rupa lelaki itu. Tenang. Bahagia. Itu yang dia rasakan saat ini. Seolah merenung raut muka arwah Zahra ketika anaknya itu tidur.

Dia tak pernah mengamati wajah Khairi sedalam ini. Khairi juga tak pernah satu katil, satu bilik dengannya dan hal itu menjadi salah satu kesempatan bagi kakak iparnya menuduh dia mengkhianati Khairi.

"Rasanya dia tak perlu pun akur bila kau tak nak sebilik dengan dia. Dia kan isteri. Dia boleh pujuk kau. Tapi kau tu bagi muka sangat, dia dah la memang tak nak dengan kau. Kau pulak senangkan jalan dia, nanti kau tengoklah. Tu jadi alasan bercerai dengan kau, dik." Senang hatinya menyuarakan hasutan itu.

Erisha yang baru keluar dari bilik, dipandang sinis. Hatinya membuak rasa tak sabar. Boleh dia menyaksikan pertengkaran di depan mata.

Dia mengekor sahaja Erisha yang mendekati adiknya di pintu.

"Abang, boleh bawa Risha pergi klinik? Risha rasa tak sedap badan," pinta Erisha saat berdepan wajah dengan lelaki itu.

"Tak sedap badan atau kau dah dengar apa aku cakap tadi? Nak betulkan pulak apa aku cakap la tu."

Khairi yang berdiam diri menggamit rasa tak senang di hatinya. Pasti ada yang kakak iparnya cuba meragut kepercayaan Khairi.

"Abang," panggil Erisha sambil tangannya ingin memegang lengan Khairi.

"Risha dengar apa kak cakap tadi?" Mata lelaki itu berkaca menghadapnya.

"Risha tak dengar apa pun abang. Risha baru bangun, badan Risha rasa tak sihat bang. Apa yang kak cakap?" Takut rasa hatinya melalui saat ini. Gelora di hatinya ternyata benar, lelaki ini kian hari berubah sikap sejak Kak Alia menumpang rumah ini.

"Tak ada apa. Pergilah bersiap, abang tunggu." Lega. Itu yang membuatkan Erisha kembali tenang. Tangan Erisha naik mengesat airmata yang terlihat jatuh setitis di mata Khairi.

Terbuntang mata Kak Alia saat mendengarkan perkataan yang terlucut dari mulut Khairi.

"Kau memang cari nahas la dik. Mati akal la aku dengan kau ni. Pantang dengar suara dia, tengok muka dia. Macam kemaruk sangat! Betul-betul menjatuhkan maruah diri sebagai suami!"

Tetapi lelaki itu tewas untuk terus menahan diri. Hari-hari mendengar hasutan Kak Alia. Sehingga kian hari panggilan 'abang' tidak lagi meniti di bibirnya.

"Kau menangis sebab kau dah hilang cinta hati kau!" pekik suara itu masih berdesing di telinganya.

"Apa abang cakapkan ni, Risha dah lupakan dia. Abang suami Risha sekarang," balas Erisha cuba menenangkan lelaki itu.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now