MHS : 62

8.3K 356 41
                                    

CUACA pagi hari ini cukup nyaman. Dingin. Angin sepoi-sepoi bahasa masuk melalui celahan langsir dan menampar lembut pipi Erisha. Sungguh menenangkan.

Goodmorning sayang,” ucap satu suara. Sekali lalu suara itu menyapa telinganya, tubuhnya dipeluk dari belakang.

“Saya baru nak feeling titanic,” protes Erisha seraya memusingkan tubuh. Sudahlah dipanggil sayang, isy malu!

Ketika ini dia menghadap tubuh tegap yang memeluknya sebentar tadi. Tangannya naik merangkul leher si suami.

Hurm, rasa tak puas betul tidur. Banyak sangat kerja semalam,” luah Tengku Hael. Serak suaranya. Penat.

“Kesian suami saya ni.” Tangan Tengku Hael meraih tangan Erisha usai mendengarkan itu. Dia menggerakkan tangan Erisha, mahu dibelai.

“Awak tu lagi banyak buat kerja,” balas Tengku Hael semula. Malam tadi, Erisha bertungkus lumus mengaturkan meja beradab, mengisi cenderahati majlis, memantau bahan untuk lauk dan menggubah hantaran.

“Lama tak dengar awak bahasakan 'awak' tu. Rasa nak nangis je bila saya dapat peluang dengar lagi.” Saat mencari pakaian semalam, Tengku Hael memanggilnya 'awak'.

Sebenarnya, semalam hari yang cukup terkesan di hatinya. Tengku Hael memilih pakaian sanding! Untuknya. Tengku Hael beritahu, harini dia menempah pelamin dan jurugambar. Tengku Hael mahu menunjukkan kepada bakal anak mereka nanti gambar perkahwinan mereka.

Majlis ini khas untuk pengetahuan pekerja Tengku Hael, Tengku Hael masih terkesan dengan Irfan. Sejak hal sebulan lalu Irfan membuat onar di hati lelaki itu. Bahkan tanpa terjangka, Irfan menolak permintaan Tengku Hael untuk berbincang. Makin angin la Tengku Hael!

“Saya dah lama nak bahasakan diri saya dengan 'saya', dari hari akad nikah kita. Tapi hati saya masa tu sakit sangat, tak mampu lagi,” ujarnya menjelaskan. Mungkin, dia enggan Erisha terasa.

Bahagia hati menatap wajah Tengku Hael. Lelaki yang sentiasa berusaha pelbagai cara demi membahagiakannya.

“Saya faham perasaan awak, sayang. Saya tak pertikaikan sebab saya tahu awak masih belum bersedia. 'Saya, awak' ni memang ada kenangan, tapi kenangan tu jugak lah yang hancurkan awak.”

“Sekarang dah tak hancur. Awak sentiasa mampu mengekalkan setiap rasa saya terhadap awak,” balas Tengku Hael sambil mencuit batang hidung Erisha.

Wait, saya rasa! Why not saya panggil awak 'abang', nak?” soal Erisha lantang. Laju dia sesaat idea itu terlintas. Mujur jarinya lekas dijauhkan. Baru je nak picit hidung tu agar kembang sedikit, kalau tidak muncung betul!

“Lagi abang suka.” Tengku Hael ikut teruja. Terdengar lembut nada Tengku Hael. Sukanya! Suka sangat-sangat! 

“Terus try ea!” Mukanya mesti merah sangat tika ini. Dia tersipu-sipu.

“Nak juga rasa awak panggil saya abang, dari dulu terfikir. Abang pulak panggil awak macam dulu...” jeda Tengku Hael, sengaja ingin menduga Erisha. Entahlah Erisha ingat ke tidak.

Love?”

“Ya, love.” Tengku Hael mencuit hidung mancung itu.

“Mestilah nak!” Kedua-dua tangan Tengku Hael digoyangkan. Riang sungguh Erisha.

“Tahu tak saya ada idea jugak! Wujud idea ni masa kita berangan dulu!”

Sukar hendak menggambarkan. Dia memiliki Erisha sepenuhnya. Telatah manja Erisha setiap kali dia ingin meluah sesuatu. Aku pun tak sangka miliki peluang dengar suara kau sebahagia ini, sayang.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now