MHS : 17

12.1K 649 15
                                    

MAJLIS akad nikah mula didatangi ramai orang. Tengku Hael melabuhkan punggungnya di atas pelapik yang tersedia bagi pengantin lelaki. Sejujurnya, tiada perasaan yang dirasakannya saat ini. Dia hanya akur. Sekilas pandangannya pada Tengku Afina, bahagia mamanya sudah cukup membuatkan dia enggan melukakan hati mamanya lagi. Rasa kasih dan sayang akan hadir.

Seketika menanti, pertemuan tempoh hari kembali menghantui ingatannya. Dia menggeleng perlahan lantas menekup wajahnya.

"Hael, kau okey tak?" tegur Hafiz berasa walang hati. Hafiz menyedari Tengku Hael tiba-tiba berkerut dan menekup wajah. Bahu Tengku Hael disentuh seraya menunduk sedikit melihat keadaan Tengku Hael.

"Okey... Cuma biasa, nervous." Tengku Hael memberi alasan yang biasa. Dia pamer senyuman nipis kepada Hafiz.

"Nervous sepatutnya bahagia, ini macam terpaksa dan berserah," sanggah Hafiz tidak puas hati dengan alasan Tengku Hael.

"Aku happy... Aku nervous sebab happy." Suaranya melonjak tinggi daripada katanya sebelum. Tetapi hanya terdengar antara mereka sahaja.

"Happy nervous kau bukan seperti ini."

Tengku Hael enggan mendengar lagi. Sudahlah hatinya kian kucar-kacir, Hafiz pula memberi tekanan. Namun, baru sahaja dia ingin berdiri kerutan di dahi mamanya, memagut pertanyaan. Sepupunya sedang berbisik lagi pada Tengku Afina.

"Ya Allah." Kalimah itu disebut dengan nada resah.

"Kenapa mama?" Azi berusaha mendapatkan mamanya. Mujur Pak Rashid memberikannya tempat duduk berhampiran mamanya.

"Alissa tinggalkan surat, Alissa dah tinggalkan majlis ini," beritahu gadis itu lagi, tetapi kepada Azi. Azi ditambat gusar.

Tengku Afina cepat menggerakkan kerusi rodanya apabila Tengku Hael terus berdiri dan menuju ke bilik persalinan pakaian Alissa.

"Mana Alissa pergi, makcik?" Hafiz terlebih dahulu bersuara. Silih berganti pandangannya pada orang-orang yang turut cemas dengan pemergian Alissa meninggalkan majlis itu.

Tengku Hael hanya kaku di tepi meja. Dia mengesan sehelai kertas yang dibarisi banyak perkataan. Kertas itu diangkat lantaran dia mula membaca setiap butir kata.

Saya minta maaf Hael, saya minta maaf makcik. Saya tak sanggup teruskan. Hael bukan selayaknya untuk saya. Saya sentiasa sedar kasih Hael takkan ada untuk saya, tapi saya tetap nak usaha untuk hadirkan kasih Hael buat saya. Tapi saya tergugat, saya tak mampu lalui dua hati yang masih mencintai.

Maafkan saya Hael sebab saya tinggalkan majlis ini tanpa berbincang dengan awak, saya dah malukan keluarga awak. Saya lebih sanggup dianggap mencemarkan nama awak sekeluarga daripada saya dan awak derita. Saya takut dengan keputusan ni, ini kesilapan terbesar saya buat, Hael.

Melepaskan awak. Saya derita bila saya rasa Erisha selayaknya buat awak. Saya derita kerana saya tak berhenti ingatkan diri saya hati awak masih buat Erisha. Lama saya berusaha untuk hubungan ini, tapi setiap kali saya usaha saya rasa takut, saya bakal hancurkan hati dua insan yang saya sayang. Ini keputusan saya Hael, demi hati awak, demi hati Erisha.

Matanya terarah ke tingkap yang menampakkan luar. Erisha. Syalia Erisha. Saat itu, matanya benar-benar berair. Penuh hanya sekelip mata sebaik matanya disapa wajah itu.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now