MHS : 33

10.6K 496 219
                                    

HAMPIR setengah jam Tengku Hael menemani Erisha mencari bahan yang diperlukan bagi hidangan 'botok-botok' itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAMPIR setengah jam Tengku Hael menemani Erisha mencari bahan yang diperlukan bagi hidangan 'botok-botok' itu. Dia hanya membantu ala kadar, selebihnya pancaindera Tengku Hael bermain dengan bola mata Erisha yang fokus memilih.

"Kau ambil lah barang untuk kau berniaga juga, aku bayarkan." Hatinya terasa lembut dibuai indah indra penglihat Erisha.

"Tak apalah. Ada barang lagi," tolak Erisha tak mahu membebankan Tengku Hael. Lagipun dia yang berniaga, modal seharusnya dia sendiri yang keluarkan.

Sedih betul mendengar Erisha menolak. Erisha sewajarnya rasa tidak sampai hati.

"Tambah apa yang tak ada. No excuse. Apa-apa barang yang kau perlu lagi, ambil." Tengku Hael tegas seiring meletakkan beberapa paket biji selasih dalam troli. Teringin hendak rasa buko laici.

Sepertinya dia tidak dapat lagi mencari alasan. Dia angguk menerima. Tetapi dia tak mula mengatur langkah mencari bahan lagi, dia tetap di sisi Tengku Hael.

"Carilah." Anak mata Tengku Hael tertunak pada raut wajah Erisha.

Erisha cuma membalas dengan mengecilkan matanya. Lalu bibir merahnya senyum semanis gula. Nostalgia mereka saat ini seperti dulu.

"Saya nak cari dan pilih sama-sama dengan awak macam tadi." Erisha meraih tangan Tengku Hael bersama bibit senyuman.

"Memang la aku nak ikut kau, dah kau tak gerak, mananya aku nak jalan."

Erisha pamer sengih. Tengku Hael hanya menggelengkan kepala.

Isterinya tak putus senyuman berjalan dengannya, tak berhenti berceloteh.

Dulu saat ini cuma terjadi pada awal dan pertengahan percintaan mereka, bila dia makin sibuk, dia jarang dapat meluangkan masa. Dia terpaksa abaikan Erisha. Saat itu resort mula dibangunkan. Dia sibuk sehingga Erisha disisihkan.

Bila ada masa keluar bersama, dia cuma dapat meluangkan masa makan sahaja, selepas itu dia tidak dapat ada lama di sisi Erisha disebabkan urusan yang mendesak. Erisha pulang sendiri. Tetapi Erisha tetap menerimanya. Sehingga Erisha membuat keputusan meninggalkannya.

"Ambil la coklat tu." Kendur suaranya. Erisha cuma lalu tanpa menoleh.

Dia yakin Erisha masih terasa akan hal dulu. Dia pernah memarahi Erisha kerana gadis itu dia perlu kejarkan ke hospital gara-gara utama kesan pengambilan gula berlebihan. Pencerahan doktor, ianya menyebabkan kadar gula darah dan insulin naik mendadak, yang membawa kepada peningkatan tenaga, yang tahu mungkin mengenali sebagai 'sugar crush'. Lalu Erisha rebah kerana kekurangan tenaga, malah makin lemah setelah tanpa pengambilan makanan.

Erisha tidak sempat menjamah makanan dari tengahari hingga malam atas asbab terlalu ramai pelanggan. Gadis itu enggan mengambil waktu rehat, dia tidak tega meninggalkan kerjanya dengan seorang sahaja pekerja yang akan mengawal pelanggan jika dia keluar rehat.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now