MHS : 63

7.7K 340 7
                                    

TENGKU Hael hanya mendiamkan diri sejak tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TENGKU Hael hanya mendiamkan diri sejak tadi. Sewaktu mereka bergerak tadi, sepatah dua sahaja dia bersuara. Itupun berbicara dengan Tengku Afina.

"Abang, kenapa senyap je ni?" Tangannya masih di dalam genggaman Tengku Hael.

"Hei apani bisik-bisik?" Tengku Hael mendekatkan wajahnya. Seketika, senyumnya terlakar.

"Haih..."

Hampir setengah jam dia janggal tahu tak?

"Abang ni sengaja, kan?" Tangan Erisha laju mengenggam tangannya. Tadi bertemu tangan sendiri je.

Alahai isteri, risau abang marah? Tak sanggup la nak marah, Love. Abang tak suka marah 'orang comel'.

"Sengaja apa pulak?" Kening sebelahnya sengaja dinaikkan.

"Yelah, silent treatment dekat Risha." Dia tak peduli lagi Tengku Afina dan Cik Su di belakang, lengan Tengku Hael ditampar.

"Sakitlah Love," adu Tengku Hael hampir terjerit. Baru sahaja puas hatinya bila si isteri mengeluarkan suara, tapi pakej lain pula dia dapat.

"Yang abang senyap tu kenapa? Risau la Risha."

"Love risau abang cemburu?"

Erisha mengangguk.

"Abang memang panas sangat hati ni, sakit, tapi tunggulah habis majlis kita. Abang ada lagi banyak rancangan nak bahagiakan Love harini, daripada fikirkan dia."

"Apa yang tak menyenangkan di hati tu Hael?" soal Tengku Afina, dia terdengar perbualan merpati dua sejoli itu.

"Pekerja Hael tu mama." Tengku Hael melirik ke arah Erisha sebelum menjawab.

"Pekerja yang mana? Dia buat apa?" Dia kurang dengar asbabnya.

"Irfan, ma. Hael tak tahulah kenapa, dia seolah tak berpuas hati dengan Hael. Dia kaitkan Lia."

"Dia ada sakitkan Lia ke? Cuba cerita bagi habis, jangankan mama pula tampar tangan Hael macam Lia buat tadi."

Tengku Hael gelak sinis. Unexpected. Kedua-dua wanita ini, memang ganas.

"Dia cuba sakitkan hati Hael dengan ganggu Erisha, lebih tepat seakan mengurat Erisha."

"Lia, betul ke?" Tengku Afina beralih soalan kepada Erisha. Dia ingin memastikan.

"Lia tak pasti sangat, mama. Tapi berkemungkinan ya." Enggan menafikan hakikat itu.

Takkanlah dia hendak menyebelahi, padahal ketara Irfan punya perasaan terhadapnya. Dia juga sedar sebelum ini.

Mana tidaknya, mereka cuma bertemu buat kali pertama hanya ketika menandatangani kontrak, dan dia hanya mengenali Irfan sebagai pengantara kontrak. Namun Irfan lagak seperti sudah lama kenal.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now