MHS : 6

16.6K 813 34
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SEMINGGU menjengah tanpa sepatah kata yang keluar dari mulut Erisha. Tengku Hael ketawa sayu mengingatkan bait penjelasan dari Din.

"Risha masih trauma setelah apa yang dah jadi. Aku harap kau bagi ruang untuk dia, tak perlu datang memaksa dia."

"Aku paksa?" Tiada jumlah yang boleh menzahirkan setiap titis air mata yang berguguran selama membimbangkan Erisha.

Air mata dikesat dalam sebak. Sesaat pun dia tak punya kekuatan melepaskan tenang yang mengurung di dada.

Batang tubuh Elina yang baru sahaja keluar dari perut lif menggamit pandangannya. Elina menolak kerusi roda yang diduduki oleh Erisha.

Tengku Hael menarik nafas sebelum bangun merapati Elina dan Erisha. Sekali lagi dia menyeka cecair jernih di pipinya.

"Makcik nak bawa Risha bersiar-siar kat taman sekejap," beritahu Elina seakan mengetahui perkataan yang akan terpancul dari bibirnya. Dia tahu Tengku Hael pasti akan bertanya.

Perlahan-lahan Tengku Hael melutut di hadapan kerusi roda yang Erisha duduki.

"Saya teman, boleh sayang?"

"Boleh, Hael. Hael bawa la Risha, makcik boleh pergi sarapan sekejap." Elina menjawab bagi pihak Erisha. Dia tak tega tatkala Erisha tidak langsung menjawab, malah memandang ke arah Tengku Hael pun anaknya itu tidak sudi.

Erisha menahan tangan Elina. Dia menggeleng tanpa bicara. Cukup isyarat itu meluahkan dia tidak mahu.

Tengku Hael pandang Elina disenangkan wajah ibu itu dengan senyuman. Dia enggan Elina berasa kasihan akan dirinya. Senyumannya saat itu jelas tawar dan sayu.

Elina akur akan nasihat Din, rakan sekampung anaknya juga merupakan doktor yang bertanggungjawab dalam merawat Erisha. Erisha memerlukan masa untuk pulih dari segi emosinya.

Hari berganti hari, Erisha masih tidak mempedulikan Tengku Hael. Setiap kali kehadiran Tengku Hael cuma dianggap seperti petir yang ingin segera berlalu pergi.

"Aku, Din dan kawan kau yang lain boleh saja kau bercakap? Apa masalah kau sebenarnya? Dia ke yang pukul kau?" desak Elina, meluahkan rasa tidak puas hati. Hati siapa saja tak sedar bila Erisha semakin lama menunjuk belang tanpa sebab.

"Bukan." Tenang Erisha menjawab. Seolah tiada apa yang berlaku.

Jawapan Erisha betul-betul membuatkan kesabarannya habis. Jika bukan, mengapa memperlakukan Tengku Hael seperti hilang seluruh perasaan. Walhal, lelaki itu yang menjadi dambaan.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now