MHS : 61

7.8K 315 6
                                    

“ABAH Rawda dah tahu?” soal Tengku Afina, namun dia masih belum ada kata putus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“ABAH Rawda dah tahu?” soal Tengku Afina, namun dia masih belum ada kata putus.

“Belum.”

“Radzi orang yang Rawda cinta tu?”

Yes, ma.”

“Beritahu abah, kalau abah setuju. Mama pun setuju, kita terus cari tarikh langsungkan.”

Bakal suami, lebih tepat ketika ini masih seorang abang angkatnya. Lelaki itu hanya mendengar tanpa bersuara. Senyum? Tiada secalit senyuman di bibirnya. Kosong tanpa riak.

“I nak bercakap dengan you,” bisik Rawda, dia berterus terang mengakui kehendak hati.

Lafaz kalimah syukur meniti di bibir Tengku Afina. Dia akui, dia sebenarnya enggan. Namun, luahan Rawda. Selama dia membesarkan Rawda, Rawda bukan seorang yang ingin meluahkan isi hati mahupun bercerita perkara remeh.

Usai mendengar luahan Rawda, dia menghargai detik itu. Biarlah restu menjadi tanda dia bersyukur atas takdir yang telah menyatukan semula keluarga kecilnya ini dan luahan Rawda, untuk sekian kalinya dia menjadi seorang ibu buat Rawda.

“Alhamdulillah sejak bersatunya hubungan Puan Lia dan Tengku Hael, puan tak lekang dengan senyuman.” Cik Su merapat.

Tengku Afina memaut tangan Cik Su. Satu-satunya temannya berbual.

“Banyak saya terima Su, bakal cucu saya dan kebahagiaan buat kedua-dua anak saya, nikmat apa lagi yang akan saya nak dustakan lagi? Syukur saya Su, syukur. Alhamdulillah.”

“Saya tumpang senang puan, semoga bahagia milik keluarga puan dan puan,” doa Cik Su turut memanjatkan kesyukuran.

“Su pun keluarga saya. Selalu tumpang gembira atas kebahagiaan saya dan sekeluarga, tapi lepasni kena selalu ingat. Bukan tumpang, tapi merasakan yang sama sebagai ahli keluarga juga, ya Su? Su sudi kan jadi sebahagian dari keluarga saya?”

“Sudi puan, saya sangat bersyukur. Puan pun keluarga saya, rezeki saya berjumpa majikan yang baik.”

Dari luar, Rawda menyaksikan senyuman di bibir Tengku Afina. Mampukah dia menghampakan mama lagi andai hubungan mereka yang semestinya akan dilanda masalah?

Seraut wajah Radzi direnung dalam. Nafasnya dihembus perlahan.

“I kenal you, you betul ke mahukan hubungan ni?”

“Aku maksudkan melainkan kau mahukan sebaliknya.”

“I ni ada hati, I tak nak hanya disebabkan you terpaksa, you akur. Perkahwinan maksudnya I hidup dengan you sampai I mati. I tak boleh go kalau cuma I yang berusaha dalam hubungan ni. Takkanlah nak ada masalah je nanti, you faham macam mana hubungan Along rumitkan fikiran mama. I tak mahu, cukuplah hubungan kita sebagai adik beradik dah bergaduh.”

“Aku tak pernah nak bergaduh dengan kau. Kau yang mulakan. Aku tahu kau sangat bencikan aku. Tapi, tak pernah aku jangka yang kau akan suka dekat aku.”

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now