MHS : 13

13.7K 732 35
                                    

LEMAH tubuh Erisha setelah memboloskan badannya ke dalam teksi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LEMAH tubuh Erisha setelah memboloskan badannya ke dalam teksi. Air mata yang masih tersisa dikesat perlahan. Pandangan dilemparkan ke luar juga tidak dapat mengusir rasa sedihnya atas keputusan dulu yang pernah diputuskannya.

"Saya minta maaf. Saya tahu saya pentingkan kerja saya berbanding awak. Kalau saya ada dengan awak masa tahlil umi, masa awak balik kampung arwah umi, pasti perkara ini takkan berlaku pada awak," lirih suara Tengku Hael tika itu. Erisha tidak ingin langsung melihat mukanya. Benci benarkah Erisha terhadapnya?

Tanpa sebarang kata, Erisha terus ingin mengakhirkan hubungan mereka. Dia akui Erisha seringkali memberi kata putus sebegitu, namun sudah bertahun lamanya Erisha tidak mengatakan seperti itu lagi.

Erisha yang membelakanginya dipandang penuh harapan.

"Jawablah awak. Saya sayangkan awak Risha, beritahu saya yang sebenarnya kenapa awak hancurkan hati saya sampai macam ini sekali Risha. Ini bukan diri awak. Saya tahu hanya saya yang awak sayang." Ini kali pertama dia mendengar tangisan daripada Tengku Hael.

Sedaya upaya Erisha membeku perasaannya. Air matanya turun mencurah-curah ke pipi. Sedih hatinya menahan rasa hati. Longlai langkah Erisha memaksa kakinya menapak meninggalkan Tengku Hael.

"Saya percaya, perasaan awak terhadap Khairi sebaliknya. Awak tak pernah ada perasaan terhadap mana-mana lelaki melainkan saya. Terutamanya Khairi, awak tak pernah sukakan dia, awak selalu hindar dari dia, daripada dulu lagi. Sebelum hadirnya saya. Mustahil untuk awak sukakan dia secara mendadak." Suaranya bersulamkan esakan. Hiba dihatinya cuba ditahan. Walaupun hatinya benar-benar berduka, dia tetap menidakkan kata-kata Erisha.

Air matanya lebih deras mengalir mendengar kata-kata Tengku Hael. Benar, awak. Saya tak pernah mencintai dia. Saya cintakan awak sepenuh hati saya. Ya Allah, bantulah aku menghapuskan rasa lara ini agar aku bertahan. Kebenaran akan cuma membuatkan orang yang tidak bersalah menanggung sakitnya sebuah hakikat.

Dia sungguh mencintai Tengku Hael. Dia tidak sanggup Tengku Hael turut menjadi mangsa. Jika Tengku Hael sanggup, jika?

Tidak, dia tahu lelaki itu akan sanggup tetapi status andai wujudnya janin di dalam rahimnya, anak itu kekal anak bukan sah taraf. Bahkan hakikat ini takkan mungkin diterima sama oleh keluarga Tengku Hael.

Erisha mengorak kakinya bersama daya yang sebolehnya. Dia teresak sendirian seiring langkahnya. Kesal di hatinya hanya tuhan saja yang tahu.

"Apa yang perlu saya buat Risha? Untuk buat awak maafkan saya. Untuk saya dapat semula diri awak. Saya tak layakkah menerima kemaafan daripada awak sehingga awak mendadak buat keputusan macam ni?" Sedih suara Tengku Hael buat terakhir kalinya apabila Erisha sudahpun melolos ke dalam rumah. Tengku Hael menekup wajah bersama tangisan yang tidak mampu terhenti.

Erisha terduduk di lantai belakangkan pintu yang sayu dia tutup. Dia menghamburkan tangisannya dalam pilu tak terperi. Kebenaran apa yang cuba aku sembunyikan ini, Ya Allah!

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now