MHS : 25

10.3K 556 22
                                    

BUNYI batuk yang kedengaran berkali-kali, membangkitkan Erisha dari lenanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI batuk yang kedengaran berkali-kali, membangkitkan Erisha dari lenanya. Erisha membuka perlahan-lahan kelopak matanya sebelum menyedari Tengku Hael terlihat hendak memulakan perjalanan.

"Awak, awak dah okey ke?" Matanya serta merta cerah. Dia sendiri tak sedar dia ikut tertidur.

"Aku okey," jawab Tengku Hael. Namun sesaat kemudian, dia melepaskan bersin.

Tangannya yang hendak memicit hidung apabila terasa ingin bersin lagi, dihalang oleh jari Erisha. Dia melirik tajam ke arah Erisha.

"Janganlah tahan, dah nak bersin, kan? Biarlah buang sakit tu," ujar Erisha bagi membalas pandangan itu.

Tengku Hael membawa hujung matanya kembali ke pemanduan. Dia enggan ambil pusing. Kening lebatnya yang terukir kemas itu berkerut usai batuk terlepas dari mulut.

"Demam awak makin teruk. Saya betul-betul minta maaf sebab saya awak tak sihat," luah Erisha dirudung rasa bersalah yang mencengkam jiwa. Hujung bibir mungil itu digigit halus.

"Kalau aku nak salahkan kau, dari awal aku dah salahkan. Tak ada sikit pun salah kau. Cuma imun badan aku cepat sangat lemah." Niat bicara itu sepenuhnya demi menenangkan hati yang walang itu.

"Tak payah nak menangis, kau bukan budak lagi," tegur Tengku Hael sebenarnya lebih kepada memujuk. Erisha di sebelah dilirik banyak kali.

"Budak atau dewasa, saya tetap salah." Kali ini Erisha meletakkan pandangan pada Tengku Hael.

Kau kekuatan aku, kau ada di sisi aku sekarang dah cukup bermakna. Bisiknya di dalam hati.

Perkataannya hanya terbiar tanpa dibalas oleh Tengku Hael. Mesti Tengku Hael tak berdaya. Bibir dan wajah Tengku Hael pucat lesi. Tubuh sahaja pasti dipaksa larat.

"Ibu tak balik harini, awak boleh parking dalam." Erisha bersuara sebelum Tengku Hael memasuki simpang hampir ke rumahnya.

Pintu pagar yang terbiar buka itu masih sama kedudukannya, memudahkan kereta mewah itu meluncur masuk. Sebaik sahaja tiba, Tengku Hael merapatkan kepalanya semula di tempat yang sama tadi.

"Sakit sangat kita pergi hospital nak tak, awak?" Tangan lelaki itu disentuhnya lembut. Begitu juga nadanya disusun. Tapi penuh dengan rasa bimbang.

"Tak larat lah Erisha. Tak perlu pergi mana-mana." Tangannya dielakkan ke stereng.

"Kita masuk dulu, awak kena mandi bagi kurang sikit rasa panas," kata Erisha lagi, tak putus ingin demam Tengku Hael dirawat.

"Please, just for a while. Aku betul-betul tak larat. Kalau kau nak masuk, pergi masuk dulu." Suaranya ditekankan pada mula kata, tetapi disusuli intonasi mulai kendur.

Kepalanya terlalu rasa berat.

"Saya ajak awak masuk juga. Dalam kereta ni panas, luar pun panas. Haba lawan haba, lagi merasa," lirih suaranya risau. Dia menghalang kemahuan Tengku Hael.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now