MHS : 1

50.7K 1.4K 176
                                    

"ERISHA dah balik?" Lelaki itu mengulang semula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ERISHA dah balik?" Lelaki itu mengulang semula. Telefon masih di telinga menanti talian disambungkan kepada nombor Erisha. Kelihatan kerutan di dahinya.

"Tak berjawab?" Alissa bersuara.

Lelaki itu hanya mengangguk. Dia sudah berjanji dengan Erisha untuk tidak berbual dengan mana-mana perempuan. Janji mereka bersama. Meskipun Alissa sahabat Erisha daripada kecil, tidak terkecuali kerana tetap dalam kalangan perempuan juga. Hujung bibirnya menarik senyum tatkala dia teringatkan pesanan Erisha mengenai hal ini. Kuat cemburu juga walaupun sedingin salju.

Dia pun lebih kurang sama saja, dia yang Erisha label 'soft spoken' juga boleh cemburu melihat Erisha berbual dengan Hafiz. Tak bermakna kawan 'tak akan makan kawan'.

"Saya boleh call dia, mungkin bateri dia habis." Mata bengkak itu dipandang sekilas.

Tidak sampai hati dia hendak menyusahkan Alissa. Alissa baru sahaja kehilangan uminya, enggan membebankan fikiran Alissa dengan masalah mereka.

"Terima kasih, tapi tak apa, aku cuba cari berdekatan sini. Mesti dia tak jauh, in case tak jumpa juga, baru kau tolong," tolak lelaki itu dengan baik. Bukan terlalu darurat.

Tunang Erisha yang masih lengkap berpakaian kerja itu dipandang sejenak sebelum dia menangangguk. Pasti Hael terus gerak ke sini lepas mendapat khabar kematian uminya. Dia menghantar Tengku Hael dengan ekoran anak mata.

Dalam hati turut gelisah akan keberadaan Erisha.

"Sayang, awak dekat mana?" Langkahnya diatur berat.

Bohonglah dia tidak rasa bersalah kerana lambat untuk berada dengan gadis itu.

Baru sahaja dia hendak menyimpan telefonnya untuk memulakan pemanduan, bunyi pemberitahuan mesej bertalu-talu mengembalikan pegangan.

Erisha
Saya tunggu awak dekat bas stop hujung simpang.

Erisha
Saya minta maaf menyusahkan awak, saya betul-betul tak mampu duduk lama dekat rumah umi. Lagi lama saya tengok Lissa, hati saya makin sedih.

Erisha
Awak, lambat lagi ke awak nak sampai?

Tanpa membuang masa, Tengku Hael mengeluarkan keretanya daripada halaman rumah arwah Umi Eza. Jalan yang sunyi menerpakan kegusaran. Hampir satu jam setengah yang dihantar oleh Erisha berlalu. Keadaan talian internet di sini sangat perlahan.

Keretanya berhenti tepat di perhentian bas yang dimaksudkan Erisha. Matanya memulakan pencarian. Dia melangkah keluar setelah tingkap dibuka.

Erisha tiada di situ. Meliar matanya mencari susuk tubuh milik Erisha. Matanya tertumpu pada hujung jalan, cuba memastikan keberadaan Erisha.

Terjentik rasa kurang senang menyelinap hati. Telefonnya didapatkan pantas.

Erisha
Awak, lama saya tunggu. Awak tak sampai lagi?

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now