MHS : 16

8.7K 421 11
                                    

“PAK Ngah tumpangkan sebab sehaluan dengan Pak Ngah dan sebab makanan Lia masak ni majukan perniagaan Pak Ngah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“PAK Ngah tumpangkan sebab sehaluan dengan Pak Ngah dan sebab makanan Lia masak ni majukan perniagaan Pak Ngah.” Sengaja Encik Razlan mengusik anak saudaranya. Erisha sudah menceritakan segala-galanya. Jika lelaki itu dia jumpa semula, sememangnya tumbukan jadi santapan.

“Pak Ngah jumpalah ibu sebelum bertolak ke Melaka, Lia tahu ibu nak sangat jumpa Pak Ngah dan minta maaf dengan Pak Ngah,” pujuk Erisha cuba menggelakkan jurang antara ibu dan Pak Ngah daripada berterusan. Ibu punca Pak Ngah dihalau oleh ayah, hubungan Pak Ngah dan ayah putus. Pak Ngah tidak langsung ingin bertemu semula meski tahu keberadaan ayah. Meski tahu keberadaan ibu.

“Pak Ngah kena terus pergi ke Melaka, Lia masuklah uruskan majlis kawan Lia. Semua pekerja Pak Ngah cukup untuk bantu Lia, kan?” Mendengarkan nada suara Pak Ngah berubah, Erisha tidak sanggup memujuk lagi. Selama ini, Pak Ngah juga menjadi tempat buatnya mengadu duka. Dia tidak mahu Pak Ngah berkecil hati kerana hal ini. Pak Ngah masih perlukan masa.

“Hati-hati Pak Ngah,” pesan Erisha seraya menyalam tangan Encik Razlan.

Senyuman tawar diukir oleh Encik Razlan. Hati Erisha dijengah rasa bersalah. Melihat Pak Ngahnya terus meninggalkannya, dia tahu dia benar-benar telah membuatkan hati Pak Ngah kembali gundah.

Erisha hampiri setiap jalan yang dia dan arwah umi lewati. Melihat sekeliling, terasa kenangan bersama arwah umi masih segar di ruang ingatan.

Tanpa sedar, air matanya menitis ke pipi. Dia rindukan kenangan itu, dia rindukan waktu bersama umi. Andai wujud putaran waktu, umi mesti masih ada di sini dan pastinya dia mempunyai hidup bahagia tanpa terpaksa melalui hidup dianiaya orang.

“Cik, kami perlu mula dari mana?” tanya seseorang menegur Erisha bila Erisha tidak mula lagi membahagi tugas.

Erisha kembali ke titik realiti dari fikirannya yang menerawang memikirkan seorang insan. Jari Erisha naik mengesat air mata sebelum dia berpaling ke arah pekerja yang diupah bagi menjadi pembantu majlis hari ini.

“Ini kertas tugas, ikut nama dan bahagian yang saya dah aturkan. Kalau ada nama yang saya terlepas boleh jumpa saya, saya akan urus bahagian peralihan makanan.” Erisha memberikan kertas tugas kepada seorang pekerja yang menegur tadi. Pekerja itu menyambut lalu mula berkumpul antara mereka.

Baru sahaja Erisha ingin mengambil alih tugasnya, kedengaran bunyi beberapa enjin kereta memasuki halaman rumah arwah umi. Hujung sekali, kereta milik Tengku Hael.

Erisha cuba mengabaikan kedatangan pihak Tengku Hael. Dia  meminta pekerja-pekerja lelaki membawa turun periuk berisi makanan.

“Nanti terus letak dalam dulang,” suruh Erisha lantas menunjukkan ke arah dulang yang tersedia di atas meja persediaan makanan.

Sebaik pekerja-pekerja itu mengangguk, Erisha mengundur langkah dan menguruskan bahagian lain.

Dia memerhati Tengku Hael dari jauh, Tengku Hael kemaskan sampinnya. Pakaian yang lengkap tersarung pada tubuh Tengku Hael itu yang ingin dilihatnya. Mereka cipta impian bersama namun akhirnya Tengku Hael bukan jodohnya.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now