MHS : 28

10.6K 487 101
                                    

TIADA patah kata lagi dari Erisha walaupun hanya dia meminta ingin tahu hal sebenar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TIADA patah kata lagi dari Erisha walaupun hanya dia meminta ingin tahu hal sebenar. Sedari tadi juga Erisha cuma diam sehingga mereka dalam perjalanan pulang. Seharusnya tiada sebab buat Erisha merahsiakan. Dulu, dia sentiasa menjadi seorang yang Erisha perlukan untuk meluah.

Dia akur, dia perlu faham hubungan itu sudah berlalu. Erisha cuma bahagia. Boleh jadi Erisha hanya merasakan Khairi yang seharusnya di sisinya ketika itu.

"Ibu kau masih belum balik harini?" soal Tengku Hael memecahkan kesunyian di dalam keretanya tika itu.

"Belum, saya rasa mungkin dia balik esok atau lusa. Biasanya memang dia pergi bukan sehari, seminggu pun pernah," jawab Erisha masih tersisa rasa serba tak kena. Demi melupakan hal tadi, lebih baik mereka membicarakan topik lain.

"Jadinya, kau tinggal seorang diri setiap kali ibu pergi kerja jauh?"

"Memang tu dari dulu, kan?" Perlahan ton suaranya. Suaranya antara dengar atau tidak sahaja. Sedih, tetapi tiada bezanya. Ibu tetap memperlakukannya mengikut rasa yang Elina inginkan.

"Lepas ibu balik, kita cuba slowtalk tentang hubungan kita. Sekurang-kurangnya bila ibu outstation, aku boleh bawa kau tinggal dengan aku."

"Tapi, awak... Saya belum bersedia nak ibu tahu, dia mesti akan marahkan saya, seharusnya majlis awak dengan Alissa. Jika ibu tahu lebih menyakitkan hati ibu," luah Erisha disulami gusar nadanya. Dia mengharapkan Tengku Hael membatalkan niatnya itu.

Mata Erisha yang melihatnya dari arah sisi, dibalas pandangan dengan lirikan mata sementara dia hendak meneruskan perjalanan.

"Aku boleh beritahu. Macam mana pun hakikatnya, aku dah jadi suami kau. Aku dah terima kau dengan cara akad yang baik, cara baik juga aku kena perkenalkan diri aku pada ibu," bahas Tengku Hael sekali diiringi niat. Dia bukan mahu menenangkan Erisha semata-mata, tetapi itu seharusnya dia lakukan. Bukan mudah Erisha hendak menghadapi Elina seorang diri.

"Kita bagitahu nanti, awak. Saya belum bersedia sangat-sangat. Saya baru saja bergaduh dengan ibu malam kita dah diijabkabulkan haritu. Pagi sebelum ibu gerak semalam, kami dah berbaik." Suara itu kedengaran gugup lagi. Masih ingin hubungan mereka dirahsiakan dari pengetahuan Elina.

Enggan Erisha terus diselubungi perasaan itu, Tengku Hael menghela nafas berat nafasnya sebelum dia akur.

"Tapi jangan lama, nanti lagi buat ibu kau marah," putus Tengku Hael memberi izin kepada Erisha. Dia sendiri tak mahu Erisha perlu menghadapi keadaan terpaksa dengan Elina.

Erisha sungguh menghormati Elina. Hanya kejadian dulu menghilangkan hormat gadis itu terhadap ibunya. Dia sendiri sakit untuk bahas.

Erisha mengangguk perlahan. Cukup lelaki itu mengizinkan, sudah menenangkan hatinya. Dia tak rela hendak melalui semua masalah dengan serentak. Biarlah satu per satu diselesaikan dahulu.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now