MHS : 23

2.8K 122 31
                                    

Music RACUN HATI BY ARA JOHARI pilihan lagu yang sesuai untuk scene pertama bab ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Music RACUN HATI BY ARA JOHARI pilihan lagu yang sesuai untuk scene pertama bab ini.

PAGI itu terasa sayu dilaluinya, hiba tadi masih berdarah di hati. Dia terbaring sahaja di atas katil ditemani air mata. Tengku Hael? Lelaki itu masih di ruang solat.

Tiada langsung bunyi pergerakan. Mungkin lelaki itu boleh tidur dengan tenang. Tetapi dia di sini menanggung perasaan dianggap oleh lelaki itu tidak menerima takdir.

Masih segar di ingatan ketika menerima khabar, Zahra, jasad di pembaringan sudah tidak bernyawa. Baru sahaja pagi itu dia melihat senyuman indah Zahra, tersemat lagi di ruang ingatan.

"Hari-hari saya dengan dia, hari-hari saya tengok senyuman dia, tatap wajah dia, belai rambut dia. Semua tu masih terasa lagi dekat tangan ni," luah Erisha sendiri, dia mengenggam tangannya dalam rasa perit. Titisan air mata tak henti berguguran lesu membasahi cadar katil.

Saat dia memejamkan mata, tubuhnya yang terbaring, diangkat lembut lalu serentak pandangannya bertemu sepasang mata itu. Ini bukan kali pertama air matanya mengalir di depan lelaki itu.

"Aku minta maaf." Tengku Hael menarik Erisha perlahan-lahan ke dalam dakapan. Sesungguhnya, hatinya tak sanggup mendengar tangisan Erisha. Bahkan mendengarkan luahan tadi.

Erisha menangis sepuas hati di ceruk leher Tengku Hael. Sedih yang menujah di hati terubat dengan perkataan 'maaf' itu.

"Zahra cukup bertuah dapat ibu macam kau," bisik bicaranya kedengaran di telinga Erisha. Makin sayu tangisan Erisha dilampiaskan tepat pada bahu Tengku Hael.

"Sekali lagi aku minta maaf, aku minta maaf sebab aku masih belum boleh terima keadaan ni, keadaan yang aku sekarang ni dah jadi suami kau."

"Sebabkan rasa tu aku buat hati seorang ibu macam tak ada makna, aku minta maaf Risha." Berkali-kali ungkapan maaf itu disebut oleh lelaki itu, malah dengan katanya yang lain. Erisha rasa tiada salah Tengku Hael lagi.

Tengku Hael hanya masih mengikut hati dan perasaannya yang terluka. Tidak pernah akan terniat di dalam hati lelaki itu ingin menyakiti perasaannya.

Perlahan-lahan Erisha menarik wajahnya dari terus di bahu itu tadi. Rambutnya diselit ke belakang telinga seraya mengesat air matanya yang masih mengalir.

"Tak apalah, awak."

"Saya tahu awak tak boleh terima status kita sekarang. Dengan apa yang saya dah buat semasa hari bahagia awak, Alissa juga tinggalkan majlis disebabkan saya," sambung Erisha sungguh menyedari kesalahannya. Tangan lelaki itu walaupun dia ingin pegang, dia membatalkan niatnya.

Lelaki itu darjat cintanya tinggi. Aku ni cuma perempuan yang dah sakitkan sepenuh hatinya. Tetapi Ya Allah, ingin sekali aku simpan rasa ingin memiliki cintanya lagi.

"Mama nak sangat aku dengan kau bersatu semula, dia fikir cinta kita mungkin boleh sambung semula seperti hubungan yang kita ada sekarang. Andai mudah, aku sendiri dah mula dari dulu.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now