Percintaan yang indah. Itu yang dimiliki oleh Erisha bersama insan yang dicintai. "Awak sentiasa ada di saat orang lain yang hadir dalam hidup saya kian pergi." - Erisha. Dia begitu bahagia sehingga tanpa diduga, takdir bahagia itu lenyap sekelip mata. Lenyap angkaranya. Cintanya yang berpaling arah. "Hati saya dah berubah, Hael." - Erisha. "Kenapa awak hancurkan hati saya sampai macam ni sekali, sayang." - Tg Hael Dia meninggalkan Tengku Hael tanpa mempedulikan walau secebis perasaan Tengku Hael. "Saya percaya, perasaan awak terhadap Khairi sebaliknya. Awak tak pernah ada perasaan terhadap mana-mana lelaki melainkan saya." - Tg Hael. Akad dilafazkan oleh pilihannya dipersembahkan di depan mata Tengku Hael. Membuktikan perkataannya benar. "Dia ungkap sayang pada aku, Hafiz, dia janji hanya mencintai aku!" - Tg Hael. Mengharapkan Erisha tidak mengecapi bahagia lagi, tetapi silapnya masih sama. Dulu dia tak percaya, sekarang dia membuat kesilapan menawar diri. "Aku ada menemani kau meski di saat kau ingin melahirkan zuriat bahagia bersama lelaki lain." - Tg Hael. Dia yang membunuh hatinya sendiri. Dia tersakiti sehingga Erisha kembali semula, sebagai isteri. Begitu hebat cara Erisha demi mendapatkannya. Langsung tidak malu. "Saya mahu cipta bahagia kita semula." "Sampai lahirnya Zahra, takkan tak membuktikan kau dah terlalu cukup bahagia? Kau tak perlukan pun cinta kita. Sepertimana kau buang dulu seolah aku tak pernah ada di dalam hati kau." - Tg Hael. Mulanya dia begitu sayu. Apa yang mampu? Mengenang duka, mengenang sakit selama kepergian Erisha. Jauh di sudut hatinya, kehadiran Erisha semula terlalu diinginkannya. Dia telah hancur bertahun-tahun. Kembali semula, cukup bermakna. "Kau tak perlu kembalikan apa-apa, cinta aku tetap ada." - Tg Hael. Namun, cintanya yang tulus, sekali lagi diuji oleh wanita hebat itu. "Aku silap, kau hancurkan lagi hati aku. Apa salah aku selama mencintai kau, Syalia Erisha?"- Tg Hael.