MHS : 18

11.2K 580 26
                                    

Music kt atas best tau

“SEMUA tu dah berlalu, ini pun Lia pujuk saya jumpa kak. Lia anak yang baik, kak. Saya cuma harap kak maafkan Lia sepertimana saya maafkan kak. Kisah lalu Lia dah berakhir, saya tak nak Lia bersedih lagi dan saya juga tak nak kak bersedih lagi. Saya...”

Telefonnya yang berbunyi menghentikan kata-katanya.

“Sekejap kak,” pamit Encik Razlan sebentar. Kakinya dihayun jauh daripada kedudukannya tadi.

Sebaris nama Erisha, anak saudaranya terpapar di skrin telefon. Dia tertanya tapi segera dia menjawab.

Salam diberi oleh Erisha di talian.

“Waalaikumussalam Lia.” Encik Razlan mulai tersenyum. Jika Erisha tahu dia di sini, pasti Erisha gembira. Dia mahu redakan keadaan tadi, dia tahu Erisha dirudung rasa bersalah.

“Pak Ngah sebenarnya ada dekat rumah ibu.” Sebaik dia memberitahu, dia menanti respon Erisha bersama senyuman yang tidak putus.

Apabila tiada sebarang respon, Encik Razlan diterpa rasa aneh.

“Lia, ada apa-apa jadi ke? Kenapa...” Sekali lagi kata-katanya mati. Kedengaran suara anak saudaranya lain.

“Kenapa ni Lia?” Encik Razlan mulai bimbang. Dia tegak berdiri menanti kata-kata Erisha seterusnya.

“Lia perlukan Pak Ngah, tolong datang rumah tadi semula Pak Ngah, tolong jangan beritahu ibu, Lia hanya nak Pak Ngah segera datang sini.”

“Lia, apa yang jadi? Kenapa ni Lia?” Encik Razlan pantas melangkah mendapatkan keretanya.

“Kak, saya minta maaf. Saya perlu pergi sekarang, ada urusan penting.”

Elina faham. Dia mengangguk dan mengundurkan langkah memberi ruang kepada Encik Razlan masuk ke dalam kereta.

“Hati-hati Raz.” Elina menitipkan pesan sebelum Encik Razlan memboloskan tubuh ke dalam perut kereta. Encik Razlan sempat mengangguk.

Sebaik enjin dihidupkan, kereta Encik Razlan meluncur laju di atas jalan raya menuju ke arah tempat Erisha berada.

Erisha yang menanti di lorong dipandang Tengku Afina. Air mata mengalir lesu ke pipi Tengku Afina. Dia terpaksa dalam banyak sebab. Tiada walau sekelumit keinginannya membuatkan anaknya derita. Andai Alissa menjadi isteri Hael, kebahagiaan belum tentu akan Alissa rasai. Anaknya masih mencintai Erisha. Erisha pilihan terbaik buat Hael.

“Kita tunggulah makcik. Hafiz dalam cuba mencari Alissa. Hanya Alissa layak untuk Hael. Hael dah lama derita kerana Erisha. Hafiz minta sangat-sangat makcik pertimbangkan semula mengenai Hael perlu mengahwini Erisha,” pinta Hafiz dengan hormat. Dia cuba memujuk Tengku Afina membatalkan permintaan itu meski dia tahu Tengku Afina inginkan terbaik untuk Tengku Hael. Tengku Afina juga perlu fahami perasaan Tengku Hael.

Tengku Afina cuma mendengar tanpa sebarang kata untuk membalas. Dia masih melihat ke luar, menanti pihak Erisha menyetujui hasrat ini.

Belum sempat Erisha melangkah menghampiri kereta Encik Razlan yang baru sahaja tiba, Encik Razlan terlebih dahulu keluar.

“Apa jadi Lia?” Resah melintas di wajah Encik Razlan.

Sebaik mendengar sahaja penjelasan Erisha, dia mengikuti langkah Erisha ke arah rumah itu. Bertemu mata dengan beberapa insan di situ dengan pandangan yang kurang senang Encik Razlan terima membuatkan dia ditujah firasat Erisha telah dilayan dengan buruk.

Permulaan kata oleh seorang wanita seakan seumur dengan usianya dan meneliti setiap perbincangan itu, dia diterpa rasa tidak puas hati. Encik Razlan terus bersuara.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now