MHS : 66

9.5K 373 6
                                    

TENGKU Hael menolak panggilan Humairah. Hanya mesej ditaip sementara menanti Erisha. Dalam masa yang sama, hujung matanya melingas ke arah Khairi. Pandangan lelaki itu masih sama terhadap Erisha. Sedetik, hatinya terhiris.

"Berapa lama mak sakit, kak?"

"Kami dapat tahu lepas kau dengan Khairi bercerai. Mak demam teruk selepas aku buka mulut yang kauorang berdua bercerai. Masa tu kami bawa mak pergi hospital, doktor check penyebabnya dan hasilnya keadaan kesihatan mak dah masuk tahap 3," jawab Kak Alia, suaranya tidak lagi memetir seperti dulu. Mungkin cuma wayang di depan mak. Mak antara sedar tak sedar saja.

"Mak ada follow perubatan tak? Ada tak sebarang progress?" Erisha merapati katil wanita yang digelar mak itu, bersebelahan Kak Alia.

Tengku Hael beralih seketika ke arah Erisha sebaik sahaja mendengarkan nada Erisha disulam gusar.

Ya Allah, aku tak boleh salah faham. Erisha hanya merisaukan bekas mak mertuanya.

"Dah, Risha. Tapi, disebabkan risiko faktor umur, ada beberapa rawatan yang mak tak boleh buat. Sebagai gantinya, mak cuma diberikan ubat," jelas Kak Alia sambil mengesatkan kain basah di pergelangan tangan mak.

"Mak selalu rasa panas dekat tangan dia, effect ubat, selalu malam-malam kami dengar mak nangis sakit," kata Kak Alia lagi.

Air mata Erisha menjengah. Sayu saat matanya menjengah pada sekujur tubuh itu. Lemah, tak berdaya. Kesian mak.

Sungguh dia menyanjung tinggi seorang ibu. Dia cukup sanjung mak, mak salah seorang kawan ibu yang terlalu baik. Sama seperti arwah umi, sudi mencurahkan kasih. Di manakah lagi akan dia dengar suara seorang ibu yang penuh kasih sayang memanggilnya, menjaganya, menegurnya seperti layanan ibunya dulu terhadapnya?

"Assalamualaikum mak, Risha datang ni." Nafasnya tidak teratur bersama getaran mendakap seluruh tubuh. Insan bergelar ibu menanggung kesakitan, perit untuk dia menelan hakikat itu.

"Mak minta adik carikan kau, tapi dia cakap dia dah pernah jumpa kau. Dia rasa bersalah lepas jumpa kau, dia patut sedar yang dia tak layak tunjuk muka. Dia berkeras tak mahu bawak kau atau cari kau lagi." Erisha lantas menoleh ke arah Khairi sebaik mendengarkan Kak Alia mengungkapkan cerita itu.

Andai kerana itu, aku baru mengetahuinya sekarang. Maafkan Risha, mak.

"Apa yang dah jadi mustahil untuk buat Risha mampu berpatah balik, kak. Abang Khairi, Risha tak ada niat nak buat abang terus dengan rasa bersalah, tapi masa tu Risha memang tak sanggup kalau niat abang cuba nak memujuk Risha." Erisha berterus terang. Memang itu kenyataannya. Lebih baik dia menyuarakan sebelum menimbulkan salah faham.

"Bukan bermakna Risha benci sehingga tak mahu dengar keadaan mak, dah jadi macam ni tak salah untuk cari Risha sampaikan khabar keadaan mak. Mak jaga Risha sewaktu Risha hilang kasih yang seharusnya, takkanlah hanya kerana sejarah lalu, Risha buang mak. Tak mungkin," ujar Erisha menyakinkan kedua-dua insan itu. Dia menjejakkan kaki ke sini bukan kerana terpaksa. Demi seorang wanita yang tulus menjaganya.

"Maaflah abang menganggu Risha dan Hael lagi. Kalau bukan kerana..."

"Tak apa, Khairi. Saya faham." Tengku Hael menepuk bahu Khairi, dia mahu menyokong Erisha. Dia tahu, kedua-dua insan itu akan lebih yakin jika ada sokongannya. Apa salahnya dia mengurangkan rasa serba salah Kak Alia dan Abang Khairi?

Dia memang mendengar sedari tadi, namun dia tetap tidak tahu apa yang terjadi. Ingin tahu? Mustahil la tidak terjentik sebarang rasa.

Tetapi, ini bukan masanya. Cukup dia menemani Erisha saja. Walau bukan masa yang tepat, kisah yang berlalu bukan seharusnya disoal lagi.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now