MHS : 36

11.3K 506 215
                                    

MASA berlalu memulihkan hati lelaki itu? Erisha kembali menunduk sayu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MASA berlalu memulihkan hati lelaki itu? Erisha kembali menunduk sayu. Dia cukup mengenali Tengku Hael. Tengku Hael tega menerima duka selagi rasa cinta.

Bertahun-tahun dia melalui hidup derita dengan insan yang bertegas ingin bertanggungjawab. Insan itu mempertahankan diri setelah melakukan perbuatan keji itu dengan nama cinta, namun hakikatnya cuma dendam angkara cinta tak berbalas.

"Abang bersalah, Risha. Abang bersedia bertanggungjawab. Abang terlalu mengikut rasa hati. Abang kecewa melihat Risha yang abang suka, mengagumi lelaki lain."

Dia tak pernah memberi harapan. Kenapa masih ada saja yang tak senang akan kehidupannya. Malah keluarganya juga hancur, hidupnya turut hancur.

'Cinta' itu sungguh meracun hati. Walhal setelah Khairi memilikinya tiada secebis rasa cinta yang dipupuk oleh lelaki itu di dalam hatinya. Dia akui dia sedar Khairi memperlakukannya tidak menentu gara-gara rasa bersalah, tapi berbaloikah rasa bersalah itu selama 9 tahun?

Dia yang mangsa. Mengapa dia harus hidup sengsara, jika benar cinta, setidaknya rasa bersalah itu dibuktikan dengan rasa bahagia.

Suara dering telefon berbunyi menggamit deria pendengaran. Dia bergerak langkah ke ruang tamu. Ingatan sesaat tadi itu berlalu.

Biasanya telefon rumah itu tidak berbunyi. Enggan berfikir panjang, dia lantas mengangkat gagang telefon itu.

"Assalamualaikum Risha." Suara itu menyapa gegendang telinganya melalui corong telefon membuatkan senyuman lebar meniti di bibir. Tengku Hael rupanya.

"Waalaikumussalam, ya awak." Erisha mengerling jam di dinding ruang meja makan.

Sesudah subuh, Tengku Hael pamit keluar. Tanpa memaklumkan tujuan. Hendak mengikut, tetapi kantuk menahan tuan.

"Kau nak roti canai?" Tengku Hael menanggalkan helmetnya lalu meraup rambutnya. Dalam masa yang sama, anak matanya memusat ke arah gerai makanan tepi jalan itu.

"Awak ada dekat mana?" Soalan dibalas soalan oleh Erisha.

Sukar sekali hendak menabur prihatin andai si isteri begini. Erisha sentiasa dengan rasa ingin tahunya terlebih dahulu.

"Dekat dalam hati kau." Selamba Tengku Hael menyahut persoalan Erisha.

Erisha membisu tanpa balas. Tersenyum Tengku Hael meneka ekpresi muka Erisha saat ini.

"Diam pulak?"

"Janganlah buat saya tak keruan, awak." Hendak sahaja dia melepaskan tawa. Erisha terlalu serius dulu, marah sahaja yang tahu. Bila diusik, lemah ketegasannya.

"Dah tu, bukannya salah aku. Aku tanya tadi, kau jawab lain, aku pun jawablah lain." Rambutnya dikemaskan melalui cermin sisi motor.

"Tapi tak ada ke dalam hati saya juga?" duga Erisha. Suka benar hati Tengku Hael tika ini. Erisha masih sama.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now