MHS : 58

5.6K 239 8
                                    

"BETUL ke ni, Lia?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BETUL ke ni, Lia?"

Tengku Hael? Dialah yang paling gembira. Kalau boleh, semua orang dia hendak beritahu.

"Syukur alhamdulillah Lia." Tengku Afina orang yang pertama mendapat tahu dari mulut Tengku Hael. Titisan air mata gembira seorang ibu itu menyentuh hatinya.

"Terima kasih, mama," balas Erisha hiba. Dia tunduk memeluk susuk tubuh di atas kerusi roda itu.

"Hael nak bawa Lia keluar, bawa dia pergi cari apa yang dia nak."

Dunianya terasa sukacita hendaknya. Bukan kerana permintaannya akan diturutkan, namun rasa bahagia yang dipamerkan. Andaikan dia memiliki saat ini dulu bersama Tengku Hael. Pasti Zahra ada di depannya tika ini. Andai begitu, dia akan ceritakan betapa bahagianya Tengku Hael.

"Amboi, cepat bukan main. Takkanlah nak cari baju baby dah?" Sakan Tengku Afina mengusik. Tiada kata-kata yang mampu diucapkan melainkan kalimat kesyukuran ke hadrat ilahi.

"Bukanlah ma, Hael nak cari makanan yang Risha suka."

Masih segar di dalam ingatan, tangan suaminya menggigil dan diri itu menahan sebak. Tidak cukup membuktikan dia senang akan kurniaan ini?

"Semua nampak ceria je, ada hal yang Azi terlepas?"

Tengku Hael berpaling. Ya Allah, dia rasa teruja. Beginikah perasaan seorang suami bila menyampaikan bahagia ini?

Wajah Erisha dipandang. Kerana kau, aku miliki rasa ni. Aku bersyukur Risha. Anak ayah, ayah bahagia sangat.

"Ada." Tengku Hael menuju ke arah Radzi yang menuruni anak tangga.

"Boleh ke aku tahu, Long?"

"Azi ada hal ke turun? Nak keluar?"

"Aku cuma dengar riuh dekat bawah tadi, kenapa Long?"

Wajah sang suami tak lekang dengan senyuman. Menitis air matanya.

"Jomlah ikut aku keluar, kita keluar satu family. Rawda mana? Along nak beritahu berita gembira."

Sayu benar Erisha saat terasa Tengku Afina memeluknya, wanita itu benar-benar memahami perasaannya.

"Mama, jom sekali."

Tengku Afina menggeleng perlahan.

"Hael keluar je la adik beradik. Mama dah tua, tak larat nak menyusahkan anak-anak, dengan kena heret mama berkerusi roda."

"Apa mama cakap macam ni?" Berat hati Erisha mendengarkan itu.

"Mama tak pernah menyusahkan Hael. Apa salahnya kita keluar satu family. Hael nak mama ada juga masa Hael beritahu kepada adik-adik Hael."

"Mama cakap tak apa. Mama kena tidur awal. Esok mama nak keluar dengan Cik Su dan kawan-kawan mama."

"Nak keluar dengan geng rupanya!"

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now