bab 1 : ucapan terima kasih

2.8K 245 37
                                    

Bunyi manusia bergaduh di luar rumah membantut tingkah laku Ha Sungha yang sedang sibuk mengemas rumahnya. Bantal sofa dipukul lembut. Segala debu dan habuk kelihatan berterbangan di bawah cahaya matahari tersuluh.

Bulu ayam disangkut pada dinding rumah lalu Sungha bercekak pinggang menahan lelah sebelum menarik tombol pintu rumahnya ke dalam. Kepalanya mengendap ke kiri dan terhenti setelah pandangannya jatuh pada seorang lelaki yang dibuli teruk oleh lelaki lain atau lebih tepat orang lama yang tinggal di Apartmen Sriwijaya.

Anak matanya mengecil melihat kejadian yang berlaku di hadapannya. Dengan langkah berani, dia datang menghampiri mereka bertiga. Lelaki yang baru dilihat hari ini, sudah tentu penduduk baru yang akan tinggal di Apartmen Sriwijaya.

"Hoi! Dah tak ada kerja lain yang nak dibuat selain mengacau orang?" soal Sungha dengan pandangan geram. Ketiga-tiga orang lelaki tersebut memandang ke arah Sungha. Lelaki yang bernama Hwang Seobin merengus geram lalu tersenyum sinis.

"Ada orang nak jadi heroin lah! Hebat!" perli Son Jaehan dengan ketawa kecil. Lelaki yang dibuli tertunduk memandang lantai. Tidak mampu melihat perkara yang akan berlaku nanti. Pasti teruk. Perempuan ini betul-betul berani ambil risiko untuk tolong redakan keadaan.

"Boleh tak jangan masuk campur hal lelaki. Kau pergi balik rumah, tolong mak kau kemas rumah. Nanti melolong mak kau bila anak dara dia dah tak ada virgin, nak?" kata Seobin dengan nada yang berbaur perlian semata-mata.

Sungha mengetap gigi geram.

"Eh, biadap! Kau jaga sikit mulut tu ya. Jangan cakap besar kalau seluar dalam pun, mak kau still belikan," ujar Sungha sambil menyilang kedua-dua belah tangan di dada. Perempuan itu memprovokasi sehingga wajah mereka berdua mula membahang marah.

"Eh, perempuan ni! Apa yang kau merepek? Ayat kau tak ada kaitan lah bangang!" bentak Seobin kuat. Sungha menggulingkan biji matanya ke atas. Walaupun lututnya bergetar hebat berhadapan dengan dua orang lelaki tersebut namun keberaniannya untuk menolong lebih tinggi. Semuanya demi melepaskan seorang lelaki yang tak dikenali daripada dibuli.

"Kenapa kau nak marah-marah pula? Orang kata kalau mudah melenting, maksudnya apa ya?" Sungha berbasa-basi dengan mengurut dagu runcingnya. Sedari itu, Seobin dan Jaehan berpandangan antara satu sama lain.

"Kau menang untuk kali ni! Kalau kita orang dapat kau lain hari, jangan harap boleh balik dengan selamat," ujar Jaehan sinis. Tangannya yang mencengkam lengan lelaki baru itu dilepaskan.

Dengan jelingan tajam, mereka berlalu pergi dengan perasaan tak puas hati. Lelaki baru itu masih kekal menunduk. Dia mencapai kotak sederhana besar lalu berjalan pergi melepasi Sungha tanpa....

Ucapan terima kasih.

Ya. Dia berlalu pergi tanpa sepatah kata. Senyum lagilah tak ada. Sungha tercengang buat seketika. Wajahnya berpaling ke belakang. Bukan main ketar lututnya nak tolong lelaki itu tapi balasan terima kasih langsung tak dapat.

"Kau tak nak tegur aku ke?" soal Sungha lantang. Bibirnya mencebik masam. Sudahlah tunduk, tak senyum malah ucapan penghargaan pun tak mendapat. Sungha statik berdiri. Setia menunggu lelaki bertopi itu berpaling ke arahnya semula dan menegurnya.

Bukan itu sahaja.

Menunggu ucapan terima kasih daripada mulut lelaki itu sendiri. Langkah kaki lelaki itu makin perlahan dan seperti ingin berhenti.

Senyuman Sungha makin meleret. Walaupun wajah lelaki tidak sejelas pada ruangan mata namun dia yakin lelaki itu lelaki baik. Kalau tidak, dia pasti membelasah dua orang lelaki yang mengacaunya tadi.

Harapan pudar. Kecewa mekar. Sungha menghentak kaki hampa. Lelaki itu meneruskan langkahnya dengan laju tanpa menghiraukan Sungha yang menunggu ucapan terima kasih.

"Dalam mulut tu ada emas ya, sampaikan nak cakap terima kasih pun berat," ucap Sungha dengan harapan yang masih bersisa.

Sepi. Deru angin menampar lembut pipi Sungha. Dadanya berombak kencang.

Sungha menghela nafas berat. Perlahan-lahan dia menuju ke arah tangga untuk turun ke taman permainan yang ada di tepi Apartmen Sriwijaya.

So far, not good! :)Vomment dialu-alukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

So far, not good! :)
Vomment dialu-alukan

↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now