bab 11 : terdesak

1.1K 123 19
                                    

Langkah kaki Jungkook diikuti tapak kaki Sungha. Berusaha dia memanggil nama Jungkook namun lelaki itu kekal membisu. Lengan kanan Jungkook sempat diraih.

"Apa yang kau nak, Sungha? Kau begitu terdesak mahukan perhatian?" Pertanyaan Jungkook membuatkan gadis itu terdiam. Sungha melepaskan pegangan tangannya.

"Kau dengar apa yang Bambam bisik pada aku tadi?"

"Tak," balas Jungkook sepatah lalu bergerak masuk ke dalam lif. Terus Sungha mengikutinya lagi. Dia belum puas menanyakan hal tersebut kepada Jungkook.

"JK, apa yang kau anti sangat dengan aku? Aku cuma nak berkawan dengan kau. Kenapa kau macam tak su...,"

"Aku memang tak suka kau. Jadi, tolonglah jangan ganggu hidup aku lagi. Banyak lagi lelaki yang ada rupa daripada aku. Kau akan dicemuh disebabkan rupa aku yang hodoh ni. Fahamlah, Sungha. Cuba faham." Jungkook membentak lembut. Sungha mati kata. Suasana di dalam lif berasa janggal. Kedua-dua diam berkutik. Hanya hembusan nafas dan lif bergerak saja kedengaran.

"Kenapa tak suka aku?"

Jungkook mengeluh panjang. Perempuan ini seakan tak termakan dengan kata laser yang keluar daripada mulutnya. Tidak pernah berputus asa. Dia juga akan kalah. Seperti pagi tadi, melayan saja. Namun dia kembali kepada asal kerana Bambam.

"Perlu tahu?"

"Yalah, mana tahu aku cuba untuk berubah dan kau akan suka berkawan dengan aku."

"Diam dan jangan ganggu aku."

"Ah, mana boleh! Sengaja nak ambil kesempatan lah tu!"

Terasa lambat untuk sampai ke tingkat 10, Jungkook menyumbat earphone ke dalam lubang telinganya. Begitu meluat mendengar suara perempuan yang banyak bertanya.

"JK, kenapa nama kau sendu sangat daripada nama asal? Elok lagi nama asal tahu tak."

"JK, kalau nak tahu, aku ni bosanlah. Tak ada kawan perempuan yang nak kawan dengan aku. Mereka anggap aku akan jadi perampas teman lelaki mereka. Kalau aku diberi pilihan, aku nak jadi hodoh macam kau. Tiada siapa yang akan ganggu. Lelaki tak akan tertarik langsung. Walaupun dihina dan dicemuh, aku nak jadi macam kau. Tabah," kata Sungha kepada Jungkook namun dia tahu Jungkook tak akan mendengarnya.

"JK, aku rindu ibu aku. Ayah aku pergi Busan macam pergi Mexico. Malam aku beli burger tu, sempat juga aku bercakap dengan dia. Ayah aku romantis tau. Bukan macam kau, kayu," bebel Sungha lagi lalu tersengih sendirian. Pintu lif terbuka dan Jungkook terus melangkah keluar daripada perut lif. Sungha membuntutinya.

Mata Jungkook terpaku apabila melihat seorang perempuan yang menangis di bangku hadapan rumahnya. Jungkook mendekati perempuan itu. Sedari itu, perempuan itu terus berdiri.

"Maaf. Ini rumah encik?"

"Ya? Kenapa menangis?" prihatin Jungkook menyoal membuatkan orang yang ada dibelakang Jungkook, tercengang. Oh, nampaknya perempuan ni lebih menarik daripada dia!

"Tak payah tanyalah Jungkook, dia mungkin ada masalah peribadi. Kenapa kau nak sibuk pula?" tanya Sungha dengan nada yang meluat. Bukan dia cemburu tapi entahlah. Rasa tak puas hati.

"Cuba bersimpati sikit," kata Jungkook lalu membetulkan topinya. Sungha tergelak besar lalu menepuk perutnya.

"Simpati? Zaman sekarang masih ada golongan simpati? Nak ucap terima kasih pun tak mampu. Simpati? Lawak betul!" seloroh Sungha dengan gelak tawa hambar. Dengan rasa sebal, dia masuk ke dalam rumahnya tanpa menghiraukan dua makhluk yang sangat menyampah baginya.

"Em, nama siapa?"

"Min Mia Yellena."

"Yellena, kalau awak tak keberatan dan rasa selesa, boleh saja masuk rumah saya. Bagitahu saya, apa masalah awak. Kita minum malam," ajak Jungkook namun Yellena berfikir sejenak. Kalau dia balik sekarang, pasti akan ditengking lagi. Lagi membuatkan dia semakin memberontak dan hilang waras.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now