bab 19 : hero? untuk apa?

945 113 7
                                    

"Mana kau punya girlfriend? Tak nampak pun hari ini?" perli Sungha lalu membuang pandangan ke luar bas. Kening Jungkook terangkat serta-merta.

"Entah dia. Hari ni tak muncul pula. Itu yang aku berbaik dengan kau. Kalau tak, nak kawan dengan siapa nanti," cebik Jungkook dan itu mengundang bahang dihati Sungha.

Oh, jadi lelaki ni berkawan dengannya hanya berlandaskan faktor kesunyian semata-mata.

Cis!

"Sila meninggal." Sungha menjeling Jungkook sekilas. Hampir terbakar jasadnya apabila dibalas dengan ucapan panas. Dikiranya dapat menyentap hati Jungkook akan tetapi hatinya yang terluka.

Otaknya ligat berfikir.

Kelopak matanya terbuka luas.

Dia berpaling ke arah Jungkook.

Gang!

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

Suara hati Sungha mula berkata.

Jadi, Jungkook memang bercinta dengan Yellena dan menganggapnya sebagai tempat menghilangkan rasa bosan.

Itu pun sebab Yellena tak ada disisi Jungkook.

Sungha tersenyum kelat lalu menunduk.

"Itu tak sama dengan apa yang hati kau bisikkan," ucap Jungkook terdengar jelas oleh Sungha. Dia menggigit bibirnya perlahan.

"Jungkook?" panggil Sungha lembut. Anak matanya memerhati setiap inci wajah itu. Wajahnya bersih daripada sebarang cela namun tona wajahnya amat berbeza dengan warna kulitnya.

Muka hodoh macam albino tapi tangannya, sumpah lawa. Kalah perempuan. Itulah salah satu sebabnya dia ingin mendekati Jungkook. Terlihat ada suatu aura. Entahlah dia sendiri tidak pasti apakah auranya. Cuma, lelaki di tepinya tersangat misteri.

"Ya?" Jungkook membalas. Dia tersenyum kecil.

"Kau boleh baca hati seseorang?" Soalan itu cukup membuatkan dia berdebar. Jungkook bermain dengan tangan sendiri. Gelisah memberi jawapan yang dia sendiri tidak pasti.

"Ak... Aku tak tahu tapi untuk kali pertama, aku dapat baca suara hati manusia,"

"Ka... Kau ni apa sebenarnya?"

________ THE JK _______


"Jangan cuba untuk gagalkan kehidupan Jungkook. Dia perlukan... Dia perlukan peluang kedua untuk hidup," ujar Pari Chim. Kelihatan mereka berdua sedang berperang mulut.

"Lelaki macam dia, sama saja spesies macam kita. Suci. Tak akan sesekali berani melakukan perkara itu dan kalau berlaku pun. Gagal tu ada depan mata. Berhentilah. Untuk apa berharap dengan yang sudah tentu memang tak akan berjaya," kata Pari Bwi pula. Gigih dia melontarkan kata-kata. Menafikan hal tersebut. Berbuih mulutnya tatkala ayat sama saja yang keluar dari mulutnya.

Bukannya dia tak mahu lelaki itu mendapat peluang kedua namun ada satu syarat dan syarat itu sangat menjijikkan. Tambah lagi dengan usia lelaki itu. Terlampau muda. Buktinya mereka berdua. Yang hanya berjaya boleh dihitung menggunakan jari.

Mengapa tidak mahu menjadi pari-pari yang dapat hidup dalam jangka masa yang lama?

Mengapa mahu kotorkan diri dengan sesuatu yang menjijikkan?

Mengapa tidak mahu jadi makhluk yang suci tanpa dosa?

Mengapa?

Mengapa manusia mempunyai sifat dendam yang tidak berkesudahan?

Dendam tidak membawa ke mana, sebaliknya akan memakan diri pula.

Entah, dia tidak berkuasa pula untuk membaca apa yang ada di fikiran sahabatnya.

Mengapa Pari Chim begitu bersungguh untuk membantu lelaki itu membalas dendam?

Semuanya harus dia rungkaikan.

Untuk kali ini, mereka tidak sehaluan. Tidak seiring dalam melaksanakan tugas.

"Bwi, kau masih ada peluang untuk bersama dengan aku. Bantu dia,"

"Tak. Dan tak akan pernah berlaku,"

Pari Chim mengeluh. Hati Pari Bwi begitu keras umpama batu.

"Suka hati engkaulah. Siapa aku untuk memaksa kau berkali-kali,"

Pari Chim melangkah keluar dari istana. Dia berhenti berjalan lalu memandang Taehyung yang merenung bunga Smeraldo tidak berkelip.

"Tidak kira apa yang akan berlaku sekali pun, aku tetap akan bantu dia," bisik Pari Chim perlahan lalu melangkah semula ke hadapan.

"Aku harus gagalkan rancangan lelaki itu walau dengan cara apa sekali pun."

Bibirnya terangkat ke kanan. Kelopak smeraldo diusap. Dia bukan ingin menjadi antagonis tapi ingin menjadi hero. Hero yang tidak perlu dipuja. Hero dalam diam.

Kalau dia berhasil, sumpah pada Tuhan yang dia akan selalu mengagalkan rancangan jika ada lagi yang mempunyai peluang seperti dia.

Rambut memang hitam tapi prinsip mereka amat berbeza. Jangan anggap semua makhluk sama.

🐣🐣🐣

Ace bagi detail untuk saya buat ff baru. Hahaha. Mana tahu saya berkenan

↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now