bab 12 : rindu

1K 120 9
                                    

"JK, aku rindu ibu aku."

Bait-bait yang dilontarkan oleh Ha Sungha didengari jelas oleh Jeon Jungkook. Lelaki itu menahan saja daripada mengalirkan air mata. Cuba menghalang gelombang sedih daripada meragut tangisannya. Dia tidak mahu menangis di hadapan Ha Sungha.

Kelemahan dia adalah apabila dia merindui ibunya, dia akan cepat prihatin. Jungkook menyandarkan kepalanya pada kepala katil. Esakan perlahan mula keluar. Kulit muka yang dipegang, diramas kuat. Dia amat benci topeng bermuka hodoh ini.

"Aku rindu ibu dan ayah aku. Macam mana kehidupan mereka di Busan? Apakah baik-baik saja?" omel Jungkook perlahan. Tiba-tiba cahaya kuning memenuhi ruang di dalam bilik Jungkook. Jungkook terpana seketika kemudian matanya melilau melihat sekeliling. Muncul pari-pari bersayap segi tiga.

"Pari Chim?"

"Ya, aku. Apa kau baik-baik saja di dunia? Bagaimana dengan perkembangan kau setakat ni? Dah dapat? Aku dah nampak, jerat saja dia," kata Pari Chim namun Jungkook menggeleng lemah.

"Kenapa ni, JK?" soal Pari Chim lalu melabuhkan punggungnya di atas katil berhadapan dengan Jungkook. Lelaki itu monyok.

"Aku tak mampu. Aku tak pandai. Aku tak sanggup untuk melakukan hal yang sebegitu jijik bagi aku," keluh Jungkook berat. Setiap patah perkataan yang keluar daripada mulutnya seakan payah untuk ditutur.

"Jungkook, kau...,"

"Topeng ni? Topeng ni sampai bila aku nak pakai? Aku tak kebal nak tahan cacian daripada orang. Aku bukan malaikat. Aku hanya manusia biasa. Semua ni karut semata-mata," bentak Jungkook kasar lalu meraup mukanya. Topeng muka dilempar ke lantai.

"Jungkook, masa tak banyak. Aku harap kau berjaya. Kau tak rindu ibu kau? Keluarga kau? Motif sahabat kau berbuat begitu. Tak nak cungkil? Takkan nak tinggal semua ni dengan noktah semata-mata. 36 hari lagi," pujuk Pari Chim lagi. Topeng muka yang dilempar ke lantai, Pari Chim mengambilnya dengan kuasa apung. Topeng muka itu diberikan kepada Jungkook semula.

"Pakai. Dapatkan apa yang kau perlu dapat untuk balas dendam."

Serta-merta Pari Chim menjadi pecahan sinaran kuning. Jungkook terdiam lama. Menatap topeng muka yang ada pada telapak tangannya. Buku nota yang ada di atas meja, segera Jungkook ambil.

"Dapatkan untuk pembalasan dendam."

_____ THE JK _____

Lauk yang sudah diletakkan ke dalam pinggan dan mangkuk, terus aku susun di atas meja makan. Ayah menanti dengan penuh sabar. Tangannya yang bercantum itu disuakan pada mulut dan hidung. Tidak sabar nak makan.

"Kenapa tak cakap ayah nak balik? Tak adalah kena tunggu Sungha masak. Apa bateri telefon ayah mati. Kredit habis," bebel aku lalu berjalan ke dapur. Minuman manis yang aku kacau tadi, aku bawa ke meja makan. Kelihatan ayah menggeleng sambil tersenyum.

"Ayah ni kenapa?"

"Rindu ibu kamu," balas ayah sedikit membuatkan perbuatan aku menjadi perlahan.

"Kamu membebel macam ibu kamu. Banyak cakap betul tapi tak apa, ayah suka. Tak adalah sunyi hidup. Suasana pun ceria," kata ayah lagi. Aku menongkat dagu memandang ayah yang sudah mencedok nasi ke dalam pinggan.

"Ya ke? Tapi kan ayah, ada orang tak suka Sungha cakap banyak. Dia meluat," ujar aku hampa.

"Siapa? Lelaki? Ya lah tu, menipu saja. Nanti masa kamu tak ada, tercari-cari nanti. Sunyi katakan."

"Ya lah tu."

"Ya, sayang. Ayah pun dulu meluat dengan ibu kamu membebel. Dalam kelas, dia lah yang paling banyak cakap dan lelaki semua tak suka dia termasuk ayah. Tapi, jodoh tak pernah salah alamat dan kami pun berkahwin," cerita ayah ringkas. Aku membulatkan mata. Tertarik.

"Serius? Cerita lah lagi," ucap aku teruja. Aku menongkat dagu menggunakan dua belah tangan pula.

"Malaslah. Nanti ayah rindu ibu kamu." Aku mencebikkan mulut. Ayah menyambung aktivitinya dengan meratah lauk.

"Sungha pun rindu ibu,"

"Nantilah ayah cerita. Eh, dengar khabar ada jiran baru sebelah rumah. Lelaki?"

"Mana ayah tahu?" Dan ayah tersengih. Macam dah tahu-tahu mana dia dapat maklumat ni.

"So?"

"Ajak dia makan dekat sini. Lauk banyak ni, memang tak habislah. Panggil, tak adalah membazir,"

Mata aku terbuntang. Memang tidaklah aku nak ajak dia. Aku tengah merajuk ni. Eh, sekejap! Kenapa aku nak kena merajuk, dia bukan teman lelaki aku pun.

"Tak payahlah, ayah. Nanti Sungha bungkus bagi dekat jiran lain. Kita tak kenal siapa pun dia."

"Kita berbuat baik bukan hanya pada yang kita kenal saja, Sungha. Panggil."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now