bab 13 : bersyukur

1K 120 30
                                    

"Ibu saya, ayah saya asyik berleter tanpa henti hingga saya rimas dan stres. Saya seorang pelajar tapi mereka meletakkan saya sebagai orang dewasa dan matang hanya kerana saya seorang anak sulung. Saya benci keadaan ni, sampai saya nak bunuh diri saya kerana terlalu tertekan. Jungkook oppa, siapa yang tak akan stres? Yellena rasa oppa pun akan stres, bukan?" luah Yellena dengan tangisan kecil. Kelopak mata kian membengkak akibat menangis tanpa henti sejak tadi. Jungkook mengusap lehernya. Menahan gelora sebak tatkala perkataan 'oppa' merujuk kepadanya.

"Yellena, minum coklat panas tu dulu. Berhenti menangis dan cuba bertenang. Saya faham situasi awak. Lapar?" ujar Jungkook bersama soalan. Yellena menggeleng malas. Wajahnya kelihatan sugul. Tisu ditarik daripada kotak tisu. Dia mengesat segala sisa air mata yang tinggal dan mula mengukir senyuman.

Tisu yang telah digunakan, dia buang ke dalam tong sampah kecil. Yellena mencapai cawan yang berisi air coklat panas lalu menyisip air itu perlahan-lahan.

"Jungkook oppa yakin yang Jungkook oppa faham situasi saya? Semua orang berlagak hero, tahu dan selami perasaan walhal tidak rasa dan melaluinya pun. Hanya berlakon supaya yang manusia seperti saya tenang dan menjalani kehidupan seperti biasa. Mustahil! Saya dah tak mampu nak teruskan hidup. Saya nak mati," kata Yellena lagi dengan kata yang penuh tersirat. Bibir Jungkook menguntum senyuman. Entah mengapa, senyuman Jungkook sangat murah pada gadis yang bernama Mia Yellena walhal baru saja mengenali gadis itu beberapa minit yang lalu.

"Yellena, cuba pejam mata dan bayangkan apa saya cakap," arah Jungkook mendapat penerimaan baik daripada Yellena. Dia meletakkan cawan kecil itu di atas meja lalu menutup mata.

"Bayangkan awak di dalam rumah tanpa leteran, tanpa nasihat, kebebasan tanpa batasan. Satu hari yang sangat bermakna. Yang betul-betul awak mahukannya."

Jungkook melihat perubahan riak wajah Yellena. Gadis itu tersenyum gembira. Jungkook meneruskan pengucapan katanya lagi.

"Tiba-tiba, ibu dan bapa awak balik dan berleter tentang kebebasan awak yang melampau, malas awak, tidak disiplin dan apa-apa saja topik ibu bapa awak bebelkan."

Perlahan-lahan senyuman Yellena memudar. Ekspresi wajahnya cukup menggambarkan yang dia sangat tertekan dan marah.

"Dan bayangkan, suatu hari tiada leteran di rumah buat selama-lamanya. Apakah awak masih suka? Tiada yang mencintai awak, menyayangi dan memberi kasih sayang yang secukupnya pada awak. Adakah awak akan bahagia buat selama-lamanya?"

Ayat itu cukup merobek jiwa Yellena. Sekali lagi, dia menangis. Dia faham apa yang Jungkook maksudkan.

"Tak! Hidup saya akan le... Lebih sunyi tanpa kehadiran ayah dan ibu serta keluarga yang suka menyakat."

"Yellena, bersyukurlah dengan apa yang awak ada. Tidak semua ada apa yang awak ada. Ada keluarga tapi tidak mengambil berat tentang sesama ahli. Yang mana awak mahu, Yellena? Saya mahukan keluarga seperti awak," nasihat Jungkook setiap minit. Dia bagai menyusur masuk ke dalam otak Yellena. Mencari apa yang menganggu fikiran gadis itu.

"Hargai nyawa awak, ramai lagi yang cemburu dengan awak. Saya akan jadi tulang belakang awak saat ini. Berusahalah Yellena, awak mampu. Ubahlah kehidupan awak. Senangkan ibu bapa awak kerana kebahagiaan awak terletak pada keredaan mereka," kata-kata Jungkook sangat menyuntik jiwanya tika ini.

"Ikut cakap saya, saya bersyukur kerana dapat mendengar leteran daripada ibu dan bapa. Ini bermakna, saya masih mempunyai ibu dan bapa yang masih menyayangi saya."

Yellena tersenyum kecil saat mengingati sapu tangan coklat diberikan kepadanya. Lelaki itu yang menenangkan jiwanya dan mampu membuatkannya berfikir waras semula. Di tangannya terdapat satu bekal makanan untuk diberikan kepada Jungkook. Lama dia menunggu di depan pintu rumah Jungkook.

Tak lama itu, Jungkook keluar dari rumah. Wajah Yellena menyapa pandangan matanya. Dahinya berkerut menandakan dia sedikit keliru. Cepat-cepat dia mengukir senyuman seraya itu menyarungkan kasut pada kakinya.

"Ada apa pagi-pagi datang rumah saya? Pagi-pagi saya tak ada. Saya kerja," kata Jungkook sopan sambil menyarung kasut pada kakinya. Mia Yellena tersenyum kecil.

"Ini untuk Jungkook oppa. Saya masakkan istimewa untuk oppa. Terima kasih sebab buat tidur saya jadi lena." Yellena menghulurkan bekal makanan itu kepada Jungkook.

"Ah, buat susah-susah saja awak ni. Terima kasih," ucap Jungkook malu-malu. Dia menyambut huluran Yellena.

"Tapi bukan tu saja, saya nak ikut Jungkook oppa sekali. Kita naik bas sama-sama."

"Eh, awak dah lewat ke sekolah ni!"

"Tak. Saya istimewa sikit. Jungkook oppa jangan risau. Mari!" ajak Yellena teruja lalu memaut lengan Jungkook. Lelaki itu sekadar mengangguk.

"Jungkook!"

Terus Jungkook berpaling melihat empunya suara itu. Ha Sungha.

"Awalnya, kau pergi. Kata nak sarapan dulu."

Jungkook terdiam lama. Cepat-cepat Yellena meraih perhatian Jungkook.

"Oppa, jom! Saya dah lambat ke sekolah ni." Dengan itu, Jungkook dan Yellena pergi tanpa menghiraukan Sungha. Sungha membulatkan matanya.

"Dasar mungkir janji! Gedik betul budak ni! Dah tahu budak sekolah, buatlah cara budak sekolah! Nak menggatal biar umur tu dah tua."

Sungha mencebik geram. Sampai hati Jungkook meninggalkannya seorang diri.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now