bab 6 : biar

1.2K 152 7
                                    

Sungha menarik pagar rumahnya namun terhalang apabila tubuhnya dilekatkan pada dinding. Anak mata berwarna coklat itu merenung wajah Sungha dengan pandangan tidak puas hati. Dagu Sungha diusap kasar.

Mata Sungha terbeliak kecil. Jantungnya berdegup kencang secara tiba-tiba. Dia menundukkan kepalanya. Rasa kesal kian bertapa kerana menolong lelaki seram itu. Seobin tersenyum sinis sambil mendongakkan kepala Sungha ke atas.

"Bukan main berani kau tunjuk hero depan aku semalam. Selama ni aku tak pernah rasa nak tampar perempuan tapi kali ni, aku terasa nak bunuh. Boleh?"  soal Seobin dengan pandangan yang cukup mengerikan. Keringat Sungha kelihatan terserlah. Dahi dan lehernya mula berpeluh. Sungha menggeleng takut.

"A... Aku cuba nak elakkan pergaduhan bukan n... Nak tunjuk hero. Lepaskan aku, Seo... Seobin," rayu Sungha bersungguh-sungguh. Tangannya menggeletar hebat. Cuba menolak dada Seobin yang menghimpit tubuhnya ke dinding. Terasa lemah.

"Perempuan lemah tapi masuk campur urusan lelaki. Cermin sikit diri tu," balas Seobin lagi. Dalam diam, Sungha mengetap gigi. Siapa tidak takut dengan Hwang Seobin dan Son Jaehan? Lelaki gangster yang paling digeruni di kawasan ini.

Derapan tapak kaki menghala ke arah mereka, serentak itu Sungha dan Seobin berpaling ke arah bunyi itu. Bunyi tapak kasut lelaki itu.

"Kenal tu siapa?" tanya Seobin dengan hilaian tawa. Matanya beralih kepada Sungha.

"Itu lelaki yang kau bantu semalam. Tanya dia, dia nak tolong kau tak? Rasanya dia terus masuk dalam rumah," kata Seobin kepada Sungha. Sungha terdiam. Dia pasti lelaki itu ada belas kasihan terhadap dirinya.

"Tolong aku," ucap Sungha perlahan. Matanya menunjukkan dia betul-betul merayu untuk diselamatkan. Lelaki itu mengepal penumbuk tanpa sedar tapi ada satu aura menyelubunginya membuatkan dia melepaskan genggaman tangannya. Dia lemah. Tidak berdaya untuk melawan seorang lelaki yang sudah tentu kekuatannya lebih berganda-ganda.

Lelaki itu melepaskan keluhan berat lalu membuka pintu rumahnya tanpa menghiraukan Sungha yang merayu meminta bantuan. Ketawa Seobin terletus.

Bagaimana? Bagaimana lelaki itu sanggup meninggalkan perempuan lemah seperti dia? Tak guna punya lelaki yang tiada nama! Pipi Sungha merona kemerahan. Bengang dengan lelaki itu!

"See, tak ada siapa nak tolong. Jom Sungha, kita pergi makan," ajak Seobin bersama senyuman nipis. Tangan kanannya memegang tangan kiri Sungha.

"Tak naklah, bangang. Aku dah kenyang. Kau ajaklah orang lain!" protes Sungha berani. Gigih dia melepaskan tangannya daripada pegangan Seobin.

"Aku ajak elok-elok, kau main kasar. Jadi makanan aku lah malam ni."

"Seobin, lepaslah. Seobin, orang tengok nanti. Kau yang kena. Kau nak masuk lokap? Aku boleh tuduh kau atas cubaan mencabul."

"Aku niat nak lepaskan kau tapi kau meronta jadi aku marahlah."

"Cakap dekat aku perempuan mana yang tak meronta kalau kena pegang macam ni? Lepaslah Seobin!" rayu Sungha lagi. Kalau boleh dia nak jerit tapi dia tak mahu menghuru-harakan suasana. Nanti jadi kes besar.

"Diam," bisik Seobin pada cuping telinga Sungha. Geli-geleman Sungha saat hembusan nafas Seobin mula memasuki corong telinganya.

"Hoi, dah tak ada kerja lain? Asyik nak buat kecoh saja. Semalam kau buli penduduk baru, sekarang perempuan pula. Apa nak jadi dengan kau ni, Seobin?" ujar Hoseok sambil berjalan ke arah Seobin dan Sungha. Serta-merta Seobin melepaskan tangan Sungha.

"Bukan apa, Hoseok. Dia cuba masuk campur urusan aku dengan lelaki semalam. Kalau dia tak kacau, aku takkan kacau dia lah," balas Seobin lalu menyilang tangannya.

"A... Aku dah cakap kan tadi, aku cuma nak tolong lelaki tu. Bukan berlagak hero," ujar Sungha geram. Pergelangan tangannya diusap.

"Dah tak ada apa kan, Seobin? Minta maaf dengan perempuan ni. Lepas tu, pergi balik. Sebelum orang lain tengok, jadi hebah pula," kata Hoseok pula.

"Kenapa aku yang kena minta maaf? Dia yang ganggu urusan aku!" bentak Seobin. Dia beredar dengan perasaan marah yang masih berbisa. Kali ni Ha Sungha menang lagi.

"Terima kasih, Ho...,"

"Hoseok. Nama awak pula?"

"Ha... Ha Sungha."

"Maaf ya, baru dapat kenal malam ni sedangkan saya dah lapan bulan tinggal dekat apartmen ni."

"Ah, tak apa. Terima kasih sebab tolong saya kalau tak, entahlah apa yang Seobin nak buat dekat saya. Sa... Saya masuk dulu."

"Ya, silakan masuk. Hati-hati."

Sungha mengangguk lalu menutup pintu rumahnya. Dirinya terharu untuk seketika. Hoseok. Hoseok, lelaki yang akan selalu dia ingat.

Tanpa sedar, ada seseorang melihat daripada celah pintu.

"Maaf."

Nak berapa bab lagi? Setakat ni dah tulis sampai chapter 13

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nak berapa bab lagi? Setakat ni dah tulis sampai chapter 13

↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now