bab 32 : i am diabetes now

883 115 24
                                    

"Mengada kau, ya?" perli Sungha sambil mencebik bibirnya. Dia berjalan seiring dengan Jeon Jungkook.

Syalalalala.

Menuju ke syurga. Achia.

Jungkook ketawa kecil. Dia menolak troli masuk ke dalam pasaraya. Sungha hanya menggeleng dengan telatah Jungkook seperti budak kecil. Tolak sana, tolak sini. Fikir troli tok dia punya.

"Orang tengoklah," marah Sungha sambil mencubit pinggang Jungkook. Lelaki itu mengaduh sakit lantas berpura-pura merajuk. Sungha mengguling biji matanya ke atas. Annoying dengan perangai anak Jeon.

"Ada orang buat Kook merajuk tapi tak pujuk Kook. Kook tak sukalah orang macam ni. Nak cari lainlah. Pishang, hm," ucap Jungkook dengan memek meminta penampar daripada Sungha. Sungha mengejek.

"Gediklah Jungkook. Alololo, baby saya ni. Mengada mengalah budak kecil. Awak nak apa, oh sayangku?" tanya Sungha lalu dengan selamba merangkul leher lelaki itu. Jungkook mencuit hidung Sungha lalu mengusap dagunya.

"Kita beli barang kek dan kita buat kek. Nak?"

"Buat kek? Macam dah tak ada aktiviti lain. Bosan. You got no jam lah,"

"Tak kira! Kook nak makan kek juga! Kook nak kita buat kek sama-sama. Kalau tak Kook merajuk," ugut Jungkook. Sungha akur lalu mengangguk.

Nasib sayang. Kalau tak, dah lama sepak masuk neraka. Ops!

"Yalah Jungkook. Siapalah saya untuk tolak permintaan awak," ujar Sungha. Jungkook mempamerkan senyuman yang menampakkan dua baris giginya.

"Tak nampak ke yang aku tengah buat cute? Perempuan kan suka boyfriend yang hot dan dalam masa yang sama comel. Macam aku," kata Jungkook lalu mengambil tepung penaik, soda bikarbonat dan tepung gandum. Sungha be like :

What the hell with Jeon Jungkook.

"Sorry to say but you are not cute. Macam bibir itik. Perasan," kutuk Sungha. Kening Jungkook hampir bercantum. Dia hanya tak endah lalu meneruskan aktivitinya mencari bahan-bahan kek. Sungha ketawa mengekek di belakang Jungkook.

Rasain lorh Jungkook.

Dengan keadaan yang tiba-tiba sunyi, Jungkook berbunyi semula. "Teruskan lah bahasakan diri kau dengan aku, saya-awak. Nampak macam comel kan? I am the bad boy and you are the good girl," cadang Jungkook. Matanya terarah pada gadis itu. Sungha mengherot bibirnya ke bawah.

"Saya-awak? Nonsense. Itu cuma sebuah pujukan. Kau, bad boy? No! You are the mystery boy. If you are the bad boy, so I am the bad girl too," kata Sungha lalu meninggalkan Jungkook. Jungkook ternganga.



Girl, what have you done with my heart?

It's running faster than usually.

Stop and back to the reality.

☆★☆

"Cuba teka apa kek kesukaan aku?" soal Jungkook lalu meletakkan bahan-bahan kek di atas meja dapur rumahnya. Sungha berfikir sejenak lalu duduk di atas kerusi yang ada di dapur rumah Jungkook.

"Kalau betul, nak bagi apa?"

"Kasih sayang daripada seorang teman lelaki yang melebihi paras gula dalam badan kau," cadang Jungkook. Lelaki itu menayangkan riak wajah comel. Senyuman manis hingga ke telinga. Automatik pipi Sungha memerah seperti tomato. Dia dah makan banyak gula yang disuap oleh Jungkook sejak mereka bercinta.

↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now