bab 49 : deraian kasih

795 106 23
                                    

Di luar rumah, kelihatan budak-budak berkeliaran ke sana dan ke sini. Berlari sambil melempar bola-bola salji. Beberapa orang budak kecil membentuk olaf di tengah-tengah padang. Tanah itu telah diselaputi salji tebal. Seronok mereka bermain, berbaring dan berguling-guling di tengah tapak lapang itu.

Haejung dan Bong Hee turut sama bermain. Helena hanya berdiri tegak bersama bibirnya yang tersenyum. Gembira. Gembira dengan suasana. Segalanya telah berakhir. Tiada ancaman daripada puak John. Anaknya telah kembali. Jinyoung dan Haejung bakal mengikat ikatan sah.

Kesihatannya mula membaik. Apa yang dia mahu lagi selain keluarga bahagia. Namun terlihat seorang lelaki jauh dari tapak lapang itu. Terduduk sendirian di bawah pokok rendang yang mula bersalji itu.

Jauh dari orang, dia menangis kecil. Kepalanya terdongak, menahan air mata daripada jatuh. Sungguh dia tak kuat untuk lalui saat sukar sebegini. Jungkook meraup mukanya bersama rambutnya dicengkam kuat.

Foto bersama Sungha makin menguatkan gelora kesedihannya. Tiba-tiba secawan coklat panas diajukan kepada Jungkook.

Dengan pantas Jungkook menyimpan gambarnya bersama Sungha. Dia mengesat air matanya cepat-cepat. Cawan yang dihulurkan itu disambut baik oleh Jungkook.

"Buat apa dekat sini? Orang lain tengah seronok. Kau pula bersendirian di sini," kata Jinyoung sambil menghirup coklat panas itu. Cawan itu cawan berpenutup, jadi tak perlu risau kalau gerimis salji nak turun sekalipun.

"Saja tengok langit." Jungkook membalas selamba. Minuman itu diminumnya perlahan.

"Sampai menangis?" soal Jinyoung sambil mengejek. Jungkook menjeling ke arahnya.

"Kau jangan sampai aku tak restu hubungan kau dengan Haejung. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba saja nak kahwin. Dah berapa lama kau suka adik aku ni?" tanya Jungkook dingin. Jinyoung bersandar pada pokok itu lalu melihat ke langit.

"Dah lama. Selepas kita jadi kawan."

"Seronoklah kehidupan kau. Tempuh dugaan kecil dan dihadiahi sebuah penamat kebahagiaan. Tak macam aku. Mati kena belasah, nak hidup kena ada perempuan, hampir mati sebab selamatkan budak dan tempuh cabaran untuk pujuk seorang perempuan. Berharap semuanya bakal berakhir dengan kegembiraan tapi apa yang aku dapat hanyalah sebuah neraka yang terbina atas dasar cinta orang lain," luah Jungkook hiba. Tak dapat bertahan lagi, dia tewas. Menangis kecil.

"Aku tahu apa yang tengah berlaku sekarang."

"Jangan berpura-pura kau tahulah, sial."

"Aku tahu hubungan kau dengan Sungha. Perempuan yang kandungkan anak kau tu. Melihat betapa terkejutnya muka kau dan dia, aku cukup fasih dan kenal. Tambahan pula, aku dah korek rahsia daripada Encik Ha."

Jungkook berpaling ke arah Jinyoung dengan ekspresi mukanya yang begitu terkejut.

"Jungkook, aku tak boleh nak halang perkahwinan ibu dan bakal ayah kita. Aku teringin nak ibu bahagia macam dulu tapi aku pun nak kau bahagia bersama. Dapat saja tahu hal ni, fikiran aku kosong. Aku mohon kau jangan hancurkan kebahagiaan ibu. Aku akan tolong kau selepas ibu berkahwin," kata Jinyoung.

"Kau nak tolong apa? Dah tak ada apa-apa. Aku hanya perlu berbincang dengan Sungha sendiri. Sepakat untuk beritahu hal sebenar," balas Jungkook.

"Gilalah babi! Macam mana perasaan ibu nanti?"

"Perasaan ibu yang hancur sebelum berkahwin atau perasaan anak aku yang tak ada ayah?"


"Awak gila ke!" tengking Jungkook tinggi seoktaf. Anak matanya bergerak kiri dan kanan. Mentafsir riak wajah Sungha yang kosong. Perempuan mengandung itu terhincut bahunya akibat tengkingan Jungkook yang boleh tahan kuat dan lantang.

↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now