bab 37 : lelaki ini

743 92 26
                                    

Jungkook meneguk secawan teh panas lalu meletakkan cawan itu di atas dulang kembali. Dia mempamerkan senyuman kelat. Wanita tua itu mendengar setiap satu perkataan yang keluar daripada mulut Jungkook. Banyak nasihat yang Jungkook dapat daripada wanita tua itu.

"Nak jalan-jalan dekat kampung ni ke?" soal Che Song. Jungkook mengangguk kecil. Sememangnya dia teringin daripada terperap dalam rumah. Nak cari jalan keluar pun tak tahu nak mula dari mana.

"Jalan kaki?"

"Tak. Naik basikal tua tu. Nanti Bong Hee boleh bawa jalan-jalan dekat sekitar kawasan kampung ni. Dekat hujung simpan sana ada pokok beri. Buah beri sedap tau." Che Song bersungguh-sungguh bercerita. Bong Hee yang memakai seluar jeans bersama t-shirt dipandang Jungkook.

"Jom."

"Sekarang?"

"Taklah pak cik. Esok."

Jungkook memuncungkan bibirnya. Dia menunduk 45° kepada Che Song lalu mengikuti Bong Hee yang menuju ke belakang rumah.

"Pak cik guna basikal ni. Saya guna basikal tu." Jungkook ternganga.

"Wah, betul-betul tak adil! Pak cik nak yang baru. Kalau pakai yang lama, mahu tak rosak basikal tu," cebik Jungkook. Basikal tua terlampau uzur pada matanya.

"Atuk saya naik, tak rosak pun."

Jungkook akur. Lawan dengan budak ni sampai ke tua pun tak akan menang. Dia duduk mengimbangi diri lalu mula mengayuh. Bong Hee yang ada depan diekorinya. Mereka sudah berada di atas jalan tar.

"Hujung sana ada kawasan paya. Ramai yang akan pergi sana hujung minggu. Cari ikan."

"Tak teringin nak keluar pergi bandar?" tanya Jungkook dengan soalan cepumas lalu mengayuh dengan lebih laju. Ingin berada di tepi Bong Hee. Budak perempuan ni betul-betul cool.

"Tak. Kampung lagi seronok."

"Pak cik tak sempat nak tanya nenek kamu tadi. Mana mak dan ayah kamu?" Jungkook bertanya lagi. Bong Hee diam sebelum bersuara. Dia memberhentikan basikalnya ditepi sawah lalu menangis.

"Ah, wae! Mianhae, jeongmal mianhae." ucap Jungkook lalu menggosok belakang badan Bong Hee.

"Mereka tinggalkan saya di sini sebab tak nak jaga saya. Ayah tiri saya cakap, saya tak layak hidup dengan mereka. Mak tinggalkan saya demi menutup malu. Ayah kandung saya menghilang. Apa yang ayah tiri saya cakap lagi, saya anak luar nikah. Hik. Hik." Teresak-esak Bong Hee menangis. Rambut Bong Hee diusap. Ubun-ubun kepala Bong Hee dicium.

"Calm down. Pak cik ada dengan Bong Hee. Kita duduk dekat jeti sana, jom!" ajak Jungkook. Bong Hee mengangguk.

☆★☆

"Teruk betul. Kenapa saya kena menangis depan pak cik." Bong Hee mengesat air matanya. Jungkook hanya melihat Bong Hee. Perwatakannya hampir sama dengan seseorang yang dia sangat rindu tika ini.

"Buat apa nak malu. Lebih baik meluahkan daripada memendam. Tak ke macam tu?" usik Jungkook. Bong Hee hanya memaparkan riak kosong. Pemandangan kampung sangat indah. Bukit-bukau yang jauh di sana sangat cantik bersama gumpalan awam yang berarak mengikut arah angin. Matahari kian terbenam.

"Kalau meluahkan tapi orang lain hanya berpura-pura dengan kata-kata lapuk macam 'saya faham perasaan awak. Awak kena tabah'. Bila dah luah tu sebenarnya dah tak tahan. Nak tabah macam mana lagi. Memang sial," ujar Bong Hee bersama carutan. Dia mengunyah buah ceri yang dipetik oleh Jungkook tadi.

"Ahh, budak mana boleh mencarut. Tak baik! Pak cik dulu masa umur lapan tahun, tahu sebut gula-gula saja."

"Macam nilah orang kurang kasih sayang daripada keluarga. Tak ada perhatian. Saya bercakap dah macam orang tua dan matang sebab dari umur lima tahun saya dah lalui macam-macam. Orang cakap budak kecil tak tahu apa-apa tapi mereka salah."

"Saya berbeza dengan budak lain. Dari kecil mak ayah tak jaga. Tak ada tempat nak bermanja. Minta dengan nenek dan atuk lagilah tak tergamak. Atuk dah lah susah tambah dengan sakit tulang belakang. Nenek pula kencing manis. Atuk kerja pun, cukup buat beli ubat nenek dengan beras saja. Mana sempat nak merasa ikan, ayam, daging apa semua tu," sambung Bong Hee. Dia dengan tatapan kosong tapi tidak dengan Jungkook. Sebak.

"Bong Hee sekolah?"

"Sekolah tapi tak lama."

"Tapi Bong Hee tak kerja kan?"

"Siapa kata? Setiap pagi pergi ke dusun. Kait, ikat dan kira majikan punya buah-buahan."

"Macam nilah hidup, Bong Hee. Bagi pak cik, Bong Hee seorang budak yang hebat. Tak semua mampu jadi macam Bong Hee."

"Tch. Kau fikir macam tu? Aku fikir lain, kenapa aku tak mati dalam perut mak aku. Kenapa aku dilahirkan? Aku dah lama nak hentikan hidup."

Perasaan Jungkook bercampur-baur.


Tengah leka bersembang, Jungkook terdiam tiba-tiba. Matanya tak berkelip. Melihat seorang lelaki yang cukup di kenali berada di kawasan sawah.

"Bong Hee balik, ya! Balik cepat! Pak cik ada kerja!"

"Bwo! Kerja apa pula?"

"Balik saja! Jangan banyak tanya."

Jungkook berlari menuruni bukit kecil lalu menerjah kawasan sawah. Lengan lelaki itu dipegang erat. Jungkook menarik lelaki itu supaya berpaling menghadapnya.


"Je... Jeon Jungkook."

Wajah Jungkook berubah kemerah-merahan. Tubir mata mula bergenang. Leher lelaki itu dicengkam membuatkan lelaki itu terjerit kuat. Mata-mata kini memandang Jungkook dan lelaki itu.










"Nasib kau kenal aku, Park Jinyoung."

🍑

Baju dia tak semewah macam ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baju dia tak semewah macam ni. Tapi inilah Lee Bong Hee.

↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now