bab 50 [ final ] : terlarang

1.1K 109 28
                                    

"Kan aku dah cakap Yam, drama semata-mata saja semua ni. Tengok, lelaki yang menyamar jadi suami dia hari tu sebenarnya bakal abang tiri dia. Aku dah cakap. Rugi teruk aku bagi percuma makanan dekat dia hari tu."

"Aku pun tak sangka. Kalau si Sungjae tak jemput kita ke majlis perkahwinan dia, sampai ke sudah kita tertipu. Hakikatnya memang si Sungha tu mengandung anak luar nikah."

"Entah-entah dia upah abang tiri dia. Paksa abang tiri dia. Jahat benar perempuan tu. Kita ni, kalau hati dah gelap, memang gelap dah ke sudah. Perempuan sundal."

-

"Encik Ha kahwin dengan ibu Jungkook. Lepas tu mereka tahu tak hubungan kau dengan Jungkook?"

"Tak penting pun untuk mereka tahu."

"Sungha, apa maksud kau? Jelas-jelas lagi keadaan semakin rumit kalau hal ni akan diketahui."

"Masakan pokok bergoyang tanpa angin. Jadi, ibu dan ayah aku akan tahu kalau ada yang bagitahu. Jadikan kisah ini sebagai rahsia tergantung."

-

"Honeymoon? Baru kelmarin kahwin, hari ni nak pergi bulan madu dah. Agak-agaklah ibu. Minggu depan lah," kata Jungkook sedikit terkejut. Mereka enam beranak tinggal di kondominium Encik Ha. Puas juga memujuk Jungkook untuk tinggal bersama. Akhirnya dia akur akan arahan ibunya.

"Jinyoung yang cadangkan. Ayah pun rasa ada baiknya kita pergi awal. Ayah dah mula sibuk minggu depan. Kita semua pergi. Anggap saja bulan madu ni sebagai percutian keluarga," ujar Encik Ha bersungguh-sungguh. Jungkook menyandarkan kepalanya pada sofa. Kakinya disilangkan.

Kusut dia memikirkan.

"Saya tak ikut. Ayah dan ibu pergilah bersama Jinyoung, Haejung dan Sungha. Esok saya dah mula kerja." Jungkook berbicara lalu menuangkan latte panas ke dalam cawan. Jinyoung ni pun sengaja nak cari masa yang dia tak boleh ikut.

"Baiklah kal...,"

"Sungha pun tak pergi ayah. Sungha mana larat nak bawa diri. Tambahan pula, Sungha kena buat check up kandungan," potong Sungha pantas. Baru dia ingat, esok dia ada janji temu dengan doktor. Encik Ha dan Helena memandang Sungha dengan perasaan kecewa.

"Kalau Jungkook dan Sungha tak boleh ikut, baik kita tak payah pergi. Buat apa pergi kalau tak cukup? Kita pergi lain harilah."

"Ibu, tak apa. Ibu pergilah dengan ayah. Ni kan bulan madu untuk pasangan kahwin. Sungha baik-baik saja di sini." Sungha menyokong kehendak mereka untuk bulan madu tanpa dirinya. Sebenarnya dia memng teruja untuk ikut bercuti bersama keluarga baharu dan pasti agak menyeronokkan tapi apakan daya, banyak benda yang menghalang dirinya.

Jungkook memandang Sungha sepi sebelum matanya beralih kepada empat beranak lagi. Tampaknya, mereka bersetuju untuk pergi berempat tanpa mereka berdua. Keesokan harinya, mereka berenam tercegat di muka pintu.

"Sungha selesa ke tinggal serumah dengan Jungkook? Kalau tak selesa, ibu suruh Jungkook tinggal di rumah sewa lain?" tanya Helena risau. Bahu Sungha dipegang lembut. Sungha diam. Sebolehnya, dia tak mahu tapi bukankah terlalu kurang ajar untuk perkara itu.

"Haih awak ni, Helena. Eloklah Jungkook duduk serumah dengan Sungha. Dia boleh tengokkan Sungha. Nanti jadi apa-apa senang dia nak call kita. Kalau dia jauh dari Sungha, susah pula. Sungha kan mengandung," kata Encik Ha. Membantah cadangan Helena yang difikirkannya agak menyusahkan. Haejung mengangguk. Setuju dengan cadangan ayah tirinya. Jinyoung pula tersenyum kecil.

↪The JK↩◽ jjk ✔Место, где живут истории. Откройте их для себя