bab 34 : cerita sebenar

775 104 43
                                    

Kalau betul-betul Jungkook cintakan aku, aku teringin nak berhentikan dunia daripada terus berputar. Aku tak mahu kehilangan waktu ini. Indah. Teramat indah. Tanpa sedar aku semakin mencintai Jungkook. Setiap detik bersamanya bagaikan syurga bagi aku.


Aku nampak keikhlasan pada matanya seperti betul-betul mencintai aku. Aku cukup bahagia. Pejam celik pejam celik, hari ini sudah genap 15 hari kami bercinta. Setiap hari yang aku lalui bersamanya pasti penuh dengan adegannya yang menjengkelkan, comel dan lagaknya seperti seorang lelaki kononnya bagus.


Tak dapat aku nafikan dia sememangnya memiliki pakej yang cukup untuk citarasa seorang wanita. Baru-baru ni, Yellena ada bertanyakan tentang Jungkook kepada aku. Perempuan itu seperti merindui Jungkook. Dia tidak kelihatan seperti mempunyai kekasih. Setiap hari dia lalu depan rumah aku.


Mungkin nak tengok Jungkook?


Dan aku rasa bersyukur sebab Jungkook pilih aku. Aku tahu aku jahat hm.

Aku tersentak apabila Jungkook mencuit bahu aku. Dia meletakkan dua bekas ramen yang sudah diisi air panas bersama dua botol air susu di hadapan aku. Kami berada di padang besar; tempat biasa bagi pasangan kekasih meluangkan masa bersama.


Aku menggosok lenganku kerana berasa sejuk dengan cuaca pada malam ini. Jungkook yang sedar, terus memberikan aku jaket yang sedang dipakai olehnya.

How sweet my man.

"Sungha, kau nampak bintang tu?" soal Jungkook dan aku mengangguk. Aku mengacau ramen bersama perencahnya. Aroma ramen mula mencucuk deria bau aku. "Kenapa?" tanya aku pula.

"Aku sekarang duduk situ."

Aku tergelak besar dengan jenaka Jungkook yang begitu hambar lalu memukul bahunya lembut. Jungkook selalu menceriakan hari aku.

Jungkook being himself. No wonder I'm fall in love with him.

"Aku tak tipu. Aku sebenarnya dah mati." Ayat Jungkook betul-betul buatkan aku hampir tersedak. Aku meletakkan bekas ramen lalu mencapai sebotol susu yang Jungkook beli tadi. Terus aku meneguk mana minuman itu.

"Dah mati. Kau fikir aku percaya dengan kata kau? Orang mati mana boleh bergerak macam kau. Aku tahu kau cuba nak mengada malam ni. Okay teruskan," balas aku. Walaupun aku dah rasa tak senang duduk.


"Aku seorang lelaki. Masih remaja pada waktu itu, dipukul, dilepaskan segalanya kepada aku. Sahabat aku, meminjam duit yang banyak daripada ahlong dan dia tak mampu nak pulangkan wang yang sebegitu banyak jadi akulah mangsa keadaan. Aku bersyukur aku dapat lepaskan diri daripada orang John tapi pada waktu itu, aku terserempak dengan sahabat aku. Dia ego. Hiks... Hiks,"


"Aku fikir aku dah selamat. Rupanya tak, aku mengharapkan jawapan daripada kawan aku tapi aku tak larikan diri. Bodohnya aku! Aku dijumpai. Mereka lepaskan kemarahan kepada aku semula. Aku dibuang ke dalam gaung lalu tidak sedarkan diri. Oh tak, aku dah mati," jelas Jungkook lagi membuatkan aku terkejut sangat-sangat.


"Ada seorang pari-pari bercerita kepada aku. Aku diberi kehidupan semula kerana jari aku tersentuh kelopak bunga smeraldo yang ada di bawah gaung. Aku diangkat ke langit. Bertahun-tahun aku duduk disitu, mereka telah selamatkan aku. Aku, aku masih ada peluang untuk hidup dibumi sebagai manusia biasa. Jadi mereka berikan aku selama 40 hari untuk penuhi syarat agar dapat hidup dibumi sebagai manusia biasa," sambung Jungkook lagi. Jungkook menangis teresak-esak. Aku menarik tangan Jungkook. Rahangnya aku tarik supaya wajahnya memandang aku.


"Kenapa 40 hari?"


"Selepas proses persenyawaan, janin mula membentuk selama 40 hari, kan?"


Mata aku membulat kecil. Aku tak tahu sebab aku ignore saja masa aku belajar bab ni dekat sekolah dahulu. Ianya tak menarik dan sangat menggelikan.


"Aku diberikan topeng hodoh supaya tak akan ada manusia yang menganggu aku untuk menyelesaikan misi secepat mungkin melainkan manusia yang mengutuk dan mencaci aku. Aku tak kebal, Sungha. Aku bukanlah malaikat yang dapat tahan segala caci maki. Aku terkejut kau sapa aku. Bagaimana kau boleh tertarik pada manusia yang hodoh sedangkan engkau dah umpama bidadari?"

"Cinta dan suka tak kenal erti rupa dan harta,"

"Ak... Aku takut untuk berterus-terang. Aku takut kau mula pandang serong jika aku mahu meminta tolong dengan kau untuk bantu aku. Aku nak hidup. Aku nak balas dendam atas perbuatan sahabat aku. Aku nak balik ke pangkuan keluarga aku,"

"Bagitahu Jungkook. Aku sedia untuk tolong kau. Aku nak kau hidup dan kita bahagia bersama,"

"Virgin,"

"Dara wanita tapi kenapa?"

"Manusia hidup daripada segumpal darah. Hasil persenyawaan antara lelaki dan perempuan. Aku tahu ianya jijik. Aku sendiri tak nak, Sungha tapi aku terpaksa. Kal... Kalau kau tak nak, aku tak paksa. Aku akan mati."

"A... Aku tak akan buat kerja gila macam tu! Kita kahwin dulu!"

"Aku mati dengan cara kotor tak akan aku nak hidup dengan cara suci. Hina kan aku?"

"A... Aku tak akan korbankan maruah aku, Jungkook!" Dingin aku berkata lalu meninggalkan Jungkook.

🍺

Okay dah faham kan?

↪The JK↩◽ jjk ✔Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu