bab 38 : mati kau

794 99 35
                                    

Aku tolak tubuh Jinyoung pada pokok besar. Aku mencengkam lehernya kembali. Menatap biji matanya yang tak mampu bertatapan dengan aku.

"Bahagia hidup kau sekarang ya?" sinis aku menyoal Jinyoung. Aku teramat bencikan lelaki di hadapan aku ini. Ingin saja aku tumbuk biar bersepai giginya. Biar dia rebah menyembah bumi. Biar dia nikmati kesakitan sebelum menghembus nafas terakhir.

"Ma... Maafkan aku."

"Kau fikir maaf kau tu boleh undur balik segala-galanya. Tak Jinyoung! Tak! Masa tak akan berputar kembali. Kau buat aku sengsara!" Cengkaman pada lehernya aku memperketatkan. Aku terdengar bunyi riuh-rendah.

"Hoi! Penjajah yang tak pernah aku nampak, jangan buah kecoh dekat sini lah! Jangan tunjuk gangster dekat kampung aku woi!" tengking seorang lelaki. Aku berpaling ke arahnya.

"Jangan sibuk hal aku."

"Sakit, Kook. Sakit." Jinyoung merayu. Dia semakin kehilangan nafas.

"Eh, budak tu dah nak mati! Lepaskanlah dia. Ya Tuhan, nak, jangan bunuh dia. Jangan nak, bawa bertenang. Segalanya boleh diselesaikan melalui perbincangan," pujuk wanita tua itu. Di kalangan mereka, terselit Bong Hee di situ. Dia menggeleng. Tanpa diduga air matanya jatuh perlahan-lahan.

Serta-merta aku melepaskan cengkaman tangan aku. Jinyoung terduduk lemah. Dia bersandar pada pokok. Terbatuk-batuk tanpa henti, mencari nafas. Matanya kuyu.

"Bawa aku jumpa ibu," kata aku perlahan sebelum menarik tangannya dengan kasar.

☆★☆

Jungkook memandang lemah rumah yang terbina dihadapan matanya. Bersaiz sederhana kecil yang dikelilingi rumah kecil lain. Bagaimana keluarganya boleh berada di sini sedangkan mereka tinggal di kondominium? Jungkook memandang sekeliling. Tidak jauh dari tempat dia diturunkan ke bumi.

Dia berjalan menghampiri pintu utama. Diketuk perlahan. Seketika itu, pintu rumah terbuka. Muncul wanita yang dimamah usianya, Jeon Helena. Helena meneguk salivanya kelat. Matanya beralih ke arah belakang Jungkook. Park Jinyoung.

Jinyoung mengangguk dengan tatapan sayu. Helena menekup mulutnya.

"Jeon Jungkook, anak ibu ke ni?" soal Helena lalu menggoncang tubuh Jungkook. Wajah Jungkook diusap. Jungkook langsung tak berkata, dia memeluk wanita kesayangannya itu.

"Ibu! Jungkook rindukan ibu! Jungkook rindu ibu sangat-sangat," kata Jungkook teresak-esak. Tak terkata wanita itu. Mereka berpelukan erat.

"Bukan kamu dah mati?" Akhirnya Helena mengutarakan hal itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bukan kamu dah mati?" Akhirnya Helena mengutarakan hal itu. Jungkook menangis semahu-mahunya dibahu Helena. Dia tidak berdaya.


"Masuk nak," ajak Helena. Dia mendudukkan Jungkook di atas sofa. Rambut anaknya dicium. Helena begitu merindui anak lelaki keduanya.

"Haejung! Abang kamu dah balik!" jerit Helena. "Dah berapa kali Haejung cakap, Jinyoung bukan abang Haejung!" balas Haejung. Dia berlari ke arah ruang tamu. Kaku dia disitu apabila anak matanya bertemu dengan Jungkook.

"Abang?" Rasa sebak terus menerpa lubuk hati gadis itu. Jungkook memeluk adiknya, kemas.

"Sihat?" Ibu jari Jungkook mengesat kelopak mata adiknya yang mula bergenang. Dia tak mahu melihat Haejung menangis.

"Ibu, mana ayah? Abang Jae?" Pertanyaan Jungkook mengundang seribu kali kepedihan di hati keluarga itu.

"Dah tak ada. John dah bunuh ayah dan abang kamu, Kook," ucap Helena. Hati Jungkook bagai ditusuk sembilu bisa.

"Ta... Tak mungkin," bisik Jungkook kecil. Matanya beralih ke arah Jinyoung yang berdiri di muka pintu.


"Ini semua bala daripada kau, sial!" Jungkook menerpa Jinyoung. Pipi Jinyoung ditumbuk berkali-kali. Helena panik. Tidak dapat mengawal keadaan. Haejung kaku. Dia hanya melihat dengan anak matanya.

"Jungkook! Jangan, Jungkook!" Halang Helena. Dia menarik tubuh Jungkook yang seperti dirasuk syaitan. Bengis wajah Jungkook tika ini hingga segala yang dilepaskan membuatkan tubuh Jinyoung lunyai dikerjakan. Haejung menarik abangnya.

"Tenang Jungkook! Ibu dah tak nak kehilangan siapa-siapa lagi selepas ni!" teriak Helena. Jungkook berhenti. Dia melihat muka ibunya.

"Ibu, apa yang dia buat pada keluarga kita tak dapat ditebus dengan wang sekalipun! Ibu, Jungkook memang dah mati. Untuk berdiri di sini, bukan senang seperti yang ibu lihat. Jungkook kembali dengan tujuan, Jungkook nak Jinyoung mati! Rasa apa yang dia buat selama. Pinjam duit buat judi," luah Jungkook. Enggan dia melihat Jinyoung. Lelaki itu sudah lebam dan cedera di seluruh mukanya.

"Tak Jungkook! Dia pinjam dengan John untuk bayar kos rawatan ibu, nak. Sudahlah Jungkook. Balas dendam tak menjamin kebahagiaan. Dia dah menyesal! Segalanya telah selesai. John dah tak cari. Ada orang dah tolong selesaikan semua masalah yang terbengkalai ini," terang Helena lagi. Diraup rambut anaknya. Jungkook tersandar pada dinding. Haejung memeluk lengan abangnya.

"Abang, lupakan lah semua ni. Haejung tahu, memang sukar untuk abang terima. Begitu juga dengan Haejung. Haejung nak kita bahagia semula."

"Tanpa ayah dan abang Jae? Tinggal dengan lelaki yang bukan ada pertalian dengan kita ni. Sahabat apa kalau namanya begini. Musibat yang tak pernah abang jangka. Ab... Abang sedih Haejung, abang tak sangka ada kawan macam ni,"

Jungkook penat. Penat dengan kisah hidupnya. Terasa hina dirinya dengan kehidupan dunia.

Tiba-tiba Jinyoung mencapai tangan Jungkook. "Aku memang kawan tak guna. Aku memang tak layak hidup di muka bumi ini. Aku tahu, aku tahu aku ni bukan bermakna untuk kau dan keluarga ni. A... Aku tahu aku cuma bala. Aku mi... Minta maaf Jungkook. Sumpah, aku begitu menyesal dengan diri aku. Maafkan aku tapi aku buat semua ni hanya untuk balas jasa ibu. Ibu yang beri aku kebahagiaan setelah kematian papa dan mama aku. Kook, maafkan aku,"

Setitis air mata jatuh lagi dan lagi.

Segalanya telah terbongkar, musnah dan kehilangan untuk selama-lamanya.

Lelah.

Kecewa.

Penat.

Sedih.

Semuanya bergaul menjadi satu perasaan yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Jungkook hanya mampu menangis. Dia bukan malaikat. Dia hanya seorang insan lemah.

Jungkook memeluk kepala Jinyoung. "Kalau ibu dan Haejung pun tak ada di sisi aku sekarang, memang mati kau aku tanam hidup-hidup."

Dalam kepahitan, Helena tersenyum kelat. Dia yakin, mereka akan bahagia.

😩

Kecewa sebab aku tak nangis.

↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now