sinopsis

902 82 8
                                    

Karya ini mengisahkan seorang lelaki bernama Jeon Jungkook atau nama samarannya JK. JK merupakan anak kedua bagi pasangan Jeon. Dia mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan. Ayah JK sudah lama meninggal dunia akibat strok manakala ibu JK sakit tenat. Sumber pendapatan mereka sekeluarga diperoleh daripada pekerjaan abang JK.

JK ialah sahabat kepada Park Jinyoung, seorang yang berani berhutang dengan ketua kongsi gelap, John tanpa tujuan jelas terhadap pinjamannya itu. Pada suatu hari, Jinyoung kalah bermain judi sehingga menyebabkan dia bankrap dan tidak dapat melunaskan hutangnya seperti yang dijanjikan. Jinyoung melarikan diri dan bersembunyi untuk menggelakkan dirinya daripada terserempak dengan John namun yang menjadi masalah adalah nama JK disabitkan juga.

JK akhirnya dijumpai lalu dijadikan tempat John dan konco-konconya melepaskan geram. JK mati akibat dibelasah dengan kejam. Jasad JK dibuang ke dalam gaung. Keajaiban telah berlaku sewaktu jari manis JK menyentuh kelopak bunga Smeraldo. Jasadnya serta-merta berada di atas awan bersama dengan seekor pari-pari lelaki bernama Chim.

Ha Sungha, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya. Hanya bergantung kasih pada sang ayah, Encik Ha yang bekerja sebagai pelukis komik. Pada suatu hari, dia ternampak JK dibuli oleh dua orang lelaki lain yang turut sama tinggal di Apartmen Sriwijaya. Sungha dengan beraninya menghentikan pertengkaran tersebut. Beredar saja dua orang lelaki itu, JK juga turut berlalu pergi tanpa ucapan terima kasih. Sungha bengang.

Takdir berlaku, Sungha dan JK bekerja di tempat yang sama dan juga tugas yang sama. Perkara itu menambahkan lagi rasa tidak puas hati Sungha. Lagi menyakitkan hati apabila JK pernah mengatakan Sungha sangat merimaskan.

Hari demi hari, Sungha seakan tertanya-tanya dengan identiti misteri lelaki itu. Keistimewaan yang mampu membaca suara hati manusia. Tidak dapat disangkal, Sungha jatuh cinta dalam diam. Sedari Sungha telah masuk perangkap, JK memberitahu segala yang terbuku di dalam hati kepada Sungha.

JK menginginkan virgin untuk terus hidup di kelahiran baru. Sungha dalam dilema. Permintaan daripada Jungkook sangat berat baginya. Malam sesudah dia memberitahu, seekor pari-pari Bwi menjelma. Menghalang keinginan JK yang bersifat mementingkan diri. JK harus hidup untuk mencari keluarga dan sahabatnya, Jinyoung. Motif Jinyoung harus diketahui. Pembalasan dendam harus berlaku.

Dan pada malam itu juga, Sungha memberikan segala-galanya kepada JK. Pari-pari Bwi memberontak. Dia ingin menyelamatkan Sungha namun Sungha telah rosak untuk kepentingan JK. Menjelang pagi kelibat JK sudah hilang. Janji untuk bertanggungjawab telah lesap kerana lelaki itu bukan mencintai Sungha. Dia mencintai Mia Yellena.

Tujuh bulan sudah berlalu, mereka berdua berjumpa semula di sebuah hospital yang ada di Seoul. Jungkook telah menjumpai ibunya. Rupa-rupanya duit yang dipinjam oleh Jinyoung adalah untuk membayar pembedahan ibu JK.

Dan disitu juga, JK melihat Sungha dalam keadaan berbadan dua. JK sedar yang dia bukan mencintai Mia Yellena tetapi Ha Sungha namun Sungha sudah membenci JK.

Lama-kelamaan mereka dapat bersama semula akan tetapi mereka berdua tidak dapat mengabadikan cinta mereka kerana disaat Sungha dan JK ingin memberitahu keluarga mereka tentang hubungan mereka, ibu Jungkook dan ayah Sungha berhasrat ingin berkahwin. JK dan Sungha hidup bercinta sebagai adik-beradik tiri.

-

Sinopsis itulah yang aku hantar kepada pihak wattys.

Namun apa yang berlaku, ada penyonsangan idea ni. Haha.

1) Ayah Jungkook sepatutnya dah mati sebab kena strok tapi apa yang aku buat, ayah Jungkook mati disebabkan serangan John.

2)Kim Taehyung sepatutnya memberontak dan melarang apa yang Jungkook buat tapi apa yang aku buat, Kim Taehyung datang kepada Sungha dan menasihatinya.

3)Sebenarnya Jungkook cintakan Yellena tapi apa yang aku buat dia cuma suka dan keliru.

4)Ini hanyalah sinopsis ringkas. 499 patah perkataan.

↪The JK↩◽ jjk ✔Where stories live. Discover now